Thursday, November 24, 2011

Kenapa Islam Tidak Vegetarian?

0 comments


Membunuh haiwan adalah perbuatan kejam. Mengapa Islam memilih untuk melakukan kekejaman?

Vegetarianisme kini merupakan satu aliran di serata dunia. Ramai yang mengaitkannya dengan kempen hak asasi haiwan. Mereka menganggap pengambilan daging dan hasi bukan vegetarian adalah suatu pencabulan terhadap hak asasi manusia.



Islam terlebih dahulu menyarankan belas dan ihsan keatas semua makhluk hidup. Pada masa yang sama Islam menegaskan bahawa Allah telah menciptakan tumbuhan dan binatang yang menakjubkan untuk manfaat umat manusia.

Orang Muslim boleh menjadi seorang yang vegetarian. Namun ianya tidak diwajibkan. Ia juga dilarang mengharamkan sesuatu yang tidak diharamkan dalam Islam. Ini kerana Islam membenarkan kita memakan makanan bukan vegetarian. Ayat al-Quran yang pertama dalam surah al-Maidah menceritakan :

“ Hai orang-orang yang beriman, penuhilah akad-akad itu. Dihalalkan bagi kamu binatang ternak, kecuali yang dibicarakan kepadamu…”

Tidak semestinya tidak vegetarian itu kita kelompok yang zalim. Sebenarnya Islam telah menjadikan pengganutnya hidup sesuai dengan fitrah kemanusiaan itu sendiri. Antara hujjah yang menyatakan bahawa demikian :

1 ) Daging berkhasiat dan kaya dengan protein lengkap.

Makanan bukan vegetarian merupakan sumber protein yang sangat baik. Ia mengandungi protein lengkap, iaitu kesemua 8 asid amino yang diperlukan yang tidak disintesiskan oleh tubuh dan dibekalkan di dalam diet. Daging juga mengandungi zat besi, vitamin B1 dan niasin.

2 ) Manusia mempunyai gigi omnivor

Cuba kita lihat kepada haiwan herbivor seperti lembu, kambing dan biri-biri. Semua haiwan tersebut mempunyai gigi-gigi yang rata. Ianya bersesuaian dengan diet herbivor. Jika dilihat kepada haiwan karnivor seperti harimau, singa, kesemuanya mempunyai gigi-gigi bertaring. Gigi manusia rata dan juga bertaring. Sebab itu gigi manusia dikategorikan gigi yang sesuai dengan cirri-ciri omnivor. Secara logiknya, mengapa Allah menjadikan manusia bergigi rata dan bertaring lalu ia menyuruh kita untuk memakan sayuran sahaja? Kesimpulannya manusia memerlukan kedua-dua makanan vegetarian dan bukan vegetarian.



3 ) Manusia mampu menghadam kedua-dua makanan vegetarian dan bukan vegetarian.

Sistem pencernaan haiwan herbivor hanya mampu menghadam tumbuhan. Sistem pencernaan haiwan karnivor hanya dapat menghadam daging. Tetapi sistem pencernaan manusia dapat menghadam kedua-dua makanan vegetarian dan bukan vegetarian. Sekiranya Tuhan Maha Kuasa hanya mahukan kita memakan sayuran, mengapa Ia mengurniakan kita sistem pencernaan untuk kedua-dua jenis makanan?

4 ) Agama Hindu juga membenarkan pemakanan bukan vegetarian

Kitab Hindu Manu Smruti dalam bab 5 rangkap 30 :

“Orang yang memakan daging yang boleh dimakan tidak melakukan keburukan, walaupun dia memakannya setiap hari, kerana Tuhan telah mencipta sebahagian untuk dimakan dan sebahagian lagi sebagai pemakan daging”.

5 ) Tumbuhan juga dapat merasai kesakitan

Fakta jelas pada masakini mengatakan bahawa tumbuhan juga adalah makhluk hidup. Sains hari ini menyatakan bahawa tumbuhan juga mampu merasai kesakitan. Tetapi tangisan tumbuhan tidak didengari kerana telinga manusia tidak berada dalam lingkungan 20 hertz sehingga 20,000 hertz. Apa sahaja yang berada di bawah atau diatas lingkungan tersebut tidak akan dapat didengari oleh manusia.

6 ) Lebih mulia membunuh makhluk dua deria

Ada golongan vegetarian yang berhujjah bahawa lebih elok membunuh makhluk dua deria iaitu tumbuhan. Daripada membunuh makhluk 5 deria seperti haiwan. Cuba bayangan kita mempunyai saudara yang pekak, bisu, dan buta. Apabila dewasa dia dibunuh. Apakah kita akan meminta kepada hakim untuk diringankan hukuman kerana saudara kita kekurangan deria?

Walaubagaimanapun, sebagai umat Islam kita mementingkan kesihatan. Isu makanan berzat jarang di klasifikasikan sebagai isu agama. Sedangkan ianya merupakan isu penting kesinambungan generasi hebat.

Amat sedih jika umat Islam kini apabila anak kecil mereka makan bihun. Lalu diasingkan sayur. Memakan burger dengan tanpa sayur. Sedangkan ‘orang lain’ mewajibkan malah dengan paksa menyumbat masuk kedalam mulut anak kecil mereka sayur-sayuran. Adakah kita selepas itu mahu mengkritik “kenapa anak mereka lebih pandai?”

imamudasyraf.com

P/s : Perbincangan lebih detil di dalam buku " 20 soalan paling lazim tentang Islam' m/s 20-25 versi Melayu


Tuesday, November 22, 2011

KISAH CINTA SI GEMBALA

1 comments

Cinta itu adalah anugerah Allah....dari cinta... perasaan kita tidak dapat dibohongi...kerana setiap berjauhan.. kita selalu kerinduan...
Cinta tidak mengenal usia...darjat/pangkat,usia dan warna kulit sebagai penjamin tulusnya cinta sesama kita....tentunya cinta terhadap Allah dan para Rasul menjadi utama dan tidak dapat dinafikan cinta kita terhadapa Nabi junjungan Nabi Muhammad SAW...
petang ini aku menonton kisah seorang sang gembala kambing ...telah dilamar oleh seorang bapak tua untuk anak sedaranya yang menjadi janda buat 2 hari..suaminya menceraikannya dengan begitu sahaja kerana mengikut seorang kekasih...tetapi jodoh mereka tidak berpanjangan...
sang gembala menerimannya lalu mereka bernikah....begitu sabar dan ikhlas dia membuat yang terbaik ...dan sering juga menjadi satu dugaan tetapi ia seorang yang tabah sekali....
si isteri datang dari keluarga kaya raya dan tinggal di bandar..mempunyai rumah dan harta berlimpahan.....dan isterinya juga seorang yang berpelajaran tinggi....hingga menara gading....sedangkan sang gembala hanya perusahan kandang kambing peninggalan keluarganya...dan tinggaal bersendirian...
sang gembala suka meluahkan isi dan perasaannya dengan menyanyi dengan bermain guitarnya sebagai sahabatnya ketika dia sedang berseroangan......hinggalah dia bernikah dia tetap menyanyi....sang isteri juga menyambut dan menyanyi bersama-sama...
setelah menikah..timbulah bekas kekasih yang tinggal sekampong untuk berlibur buat beberapa bulan...mereka ketemu di kedai ketika hendak membeli keperluan rumah....bekas sang kekasih merasa malu...tapi sempat meminta maaf kerana beliau yang memutuskan cinta mereka dan bernikah oranglain....
sang gembala hanya berkata itu suaratan takdir.....bekas kekasih cuba mengingatkan kisah cinta mereka..tetapi sang gembala tidak begitu minat lalu menyuruh dia berhenti bercakap tentang masa silam...anggap itu tiada jodoh....
bekas kekasih tetap mengusik tetapi sang gembala membalas dengan memberikan nasihat.....
satu hari sang gembala sedang bercakap dengan bekas kekasihnya..isterinya itu tiba-tiba datang dan terlihat mereka berdua.....marah sungguh isterinya....tetapi sang gembala yang berhati mulia dan jujur mengikutnya pulang....dia tahu isterinya cemburu...lalu pergi mendapatkannya.....di rumah mereka bertengkar sedikit..tetapi sang gambala mendamaikan dengan meminta erti cinta sebenar...walaupun mereka nikah dengan itada alasan mereka itu bercinta....tiba-tiba isterinya tersa mual-mual..ternyata isterinya hamil....
kehamilan itu membuat mereka lebih akrab dan sentiasa bersama...membuat persiapan dmei untuk menyambut kedatangan orang baru iaitu anak pertama mereka....
satu hari mereka hendaka pulang....lalu bekas suami isterinya tiba-tiba muncul dan bertanya sambil menyindiir sang gembala itu....isterinya membela dan berkata sang gembala itu adakah suaminya yang sah....
bulan berganti bulan....masa berlalu tiba masanya untuk bersalain...isterinya meminta dia bersalin di rumah ibunya di kota....sang gembala hanya menurut sahaja demi percintaan mereka dan hargai kasih dan sayang...walalupun mula-mula ia agak keberatan menerima sang gembala sebagai suaminya....
lahirnya anak sulung mereka....dan dibesarkan di rumah isterinya di kota....mereka mula terpisah dengan keadaan pekerjaannya di kampong dan isteri bersama-sama anaknya...
satu hari isterinya ketemu bekas suami yang meninggalkannya itu...mereka berkawan semula....dan bekas suaminya itu menrayu agak dia kembali kepangkuannya sebagai menebus dosa-dosa....tetapi sang isteri enggan menerimanya kerana dia masih berstatus isteri sang gembala.....
sedang mereka berjalan-jalan...sang gembala kebetulan datang dan singgah di mall....lalu dia ternampak sang isteri bersama-sama bekas suami dengan begitu mersa...tanpa dia sedari....
sang gambala tidak menemuinya..dia terus pulang ke rumah mak mertuanya itu..dan menunggu kepulangannya...
tiba di rumah...ibubapa ..si munirah(namanya)...memberitahu suaminya(manan)sang gembala..telah sampai..Munirah shock kerana sang gembali,Manan tidak menghbunginya...sebelum datang.....
bila di dalam bilik...Manan menanyakan tentang kejujuran cinta mereka dan apa telah terjadi ketika beliau tidak bersama-sama isterinya yang tinggal di kampong...tambahlagi Manan tak tahu bahawa bekas suaminya mengejar Munirah...dan bertekad untuk merampas cintany kembali dari sang gembala....
sang gembala dengan redha dan iklas memberikan pilihan kepada Munirah dan ceritakan apa yang dia dengar dan nampak perjumpaan mereka siang tadi.....
Sang Gembala berkata kepada isterinya....dia sudah tahu bekas suaminya akan mendapatkan kembali Munirah dari tangannya dan ketahuan pertemuan mereka di Mall tadi..lalu menyuruh Munirah membuat pilihan...kata-kata sang gembala sungguh mecuit hati aku lalu aku tersentuh dan mata ku berkaca-kaca....dengan diiringi lagu kesukaan aku ketika masih belum nikah lagi....iaitu lagu dari Ibnor Riza bertajuk "Meneka dalam kesamaran..."sungguh touching....menitis airmataku....hinggakan sang gembala memberikan pilihan kepada Munirah iaitu dia buatlah pilihan yang terbaik..tetapi buatlah pilihan yang bijaksana jangan samapi terluka dan dipermainkan buat kedua kalinya...kerana dia akan hidup bersama bekas suaminya itu....bekas suaminya itu juga telah ditinggalkan oleh isterinya yang tidak suka car-caranya(Imran) meperlakukan terhadapnya..(Sarah)....lalu Sarah meninggalkannya...
buat beberapa hari ini mereka tidak bertemu...masing-masing menjalani aktivitas sendiri tetapi masih ada tanda tanya pada diri masing-masing....iaitu Cinta....di mana kesetiannya..ketulusan dan kejujuran menerima cinta seseorang tanpa mengukurnya...dan siapa yang bersalah....semua persoalan memberikan mereka satu keinsafan...
Munirah ketemu dengan bekas suaminya...aku jadi penasaran kenapa dia harus ketmeu dengannya padahal pernah dikecewakan ..lalu masih lagi berhubungan....di situ letaknya "kebodohan" seseorang yang berpelajran tinggi dan mahu mengambil kembalinya...itu aku tidak setuju....
sedang sang gembala pulang ke kampong...mereka di sana membuat planning untuk bernikah dan mahu berbulan madu..dan Imran mahu Munirah meninggalkan anak(muhd) kepada ibubya...Munirah keberatan dan tidak setuju cara-cara Imran mengaturnya...
selepas itu Munirah pun pulang..dan terlihat anaknya , Muhd ada di atas katil bersendirian...Munirah berkata kepada anaknya bahawa dia tahu Muhd rindukan bapanya sang gembala...tiba-tiba Munirah menitis airmata...dan berkata dia juga rindu kepada sang gembala.....
di kampong sang gembala menyanyi sambil meluahkan isi hatinya yang begitu dalam kesedihan...sambil dia menyanyi lagi percintaannya ketika Munirah mula-mula datang dan bernyanyi bersama....dia mula menyanyi dengan penuh penghayatan..tiba-tiba Munirah timbul dan menyanyi bersama-sama....sang gembala terkejut tetapi dia teruskan bermain guitar tuanya lalu Munirah juga menyanyi....selepas itu Munirah melafzakan penyesalannya....iaitu cintanya terhadap sang gembala tiada ternilai hanya mereka sahaja yang mengetahui nilai pencintaan mereka yang penuh bermakna....iaitu cinta tetap akan ada jika seseorang itu tahu erti dan menilaikannya.....cinta tidak akan putar jika kita pandai membuatnya sentiasa bersinar seperti cahaya matahari pagi yang memberikan kehidupan kepada makluk Allah di bumi ini...
satu pencintaan yang begitu agung sekali anugerah yang Allah berikan...ini juga terpulang kepada manusia membuatnya lebih interesting dan lebih bermakna.....aku pun turut menitis airmata keinsafan...  

Tuesday, November 15, 2011

KELEBIHAN SURAH AL-INSYIRAH

2 comments



BERUNTUNGNYA ORG YG RAJIN MENGAJI. Nabi Muhammad S.A.W bersabda : "Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku".

Barangsiapa membiasakan membaca surah Alam Nasyrah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya.

Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.

Barangsiapa membaca Alam Nasyrah sembilan kali sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.
 

BERSANGKA BAIK DENGAN ALLAH

0 comments


Bersangka Baik Dengan Allah S.W.T

Setiap perkara yang berlaku ke atas manusia, samada yang baik atau sebaliknya bagi orang yang beriman,ia merupakan sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah swt. Mereka menyakini dan menyedari disebalik sesuatu peristiwa ada hikmahnya yang tersendiri dan ia akan sentiasa menyangka baik terhadap Allah swt walaupun pada zahirnya apa yang berlaku ke atas dirinya adalah suatu keburukan atau kegagalan disamping sifat redha kepada ketetapan Allah.

Begitu juga sebaliknya apabila diberi nikmat, ia sentiasa terfikir dan bermuhasabah apakah ujian yang diberikan melalui nikmat ini, yang pasti ia adalah ujian kepadanya samada ia bersyukur atau sebaliknya. Renungilah Firman Allah swt; Al-Baqarah:216.

وَعَسَى أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَعَسَى أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لا تَعْلَمُونَ
Maksudnya; Kemungkinan apa yang kamu benci adalah amat baik bagimu, dan kemungkinan (pula) apa yang kamu sukai, ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak Mengetahui.

Sabda Rasulullah saw;
عن جابر بن عبد الله رضي الله عنهما قال سمعت رسول الله صلى الله عليه و سلم يقول قبل موته بثلاث : لا يموتن أحدكم إلا وهو يحسن الظن بالله عز و جل
Maksudnya; Daripada Jabir bin Abdullah ra, aku mendengar Rasulullah saw bersabda sebelum kefawatannnya tiga kali, janganlah seseorang kamu mati melainkan menyangka baik kepada Allah swt.

Sabda Rasulullah saw;
عن أبي هريرة عن النبي صلى الله عليه و سلم قال : قال الله عز و جل أنا عند ظن عبدي بي فإن ظن بي خيرا فله الخير فلا تظنوا بالله إلا خيرا
Maksudnya; Dari Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda, Allah swt berfirman, Aku bersama sangkaan hambaKu terhadapKu, sekiranya sangkaannya terkadapKu baik maka baginya kebaikan, maka janganlah bersangka terhadap Allah swt melainkan yang baik
Adakah sifat ini akan menjadikan manusia bersikap pasif, malas berkerja dan berusaha, tidak melakukan teguran dan nasihat?

Jawapannya pasti tidak, ini kerana sifat ini menjadi pengimbang antara keinginan, kemampuan dan kehendak Allah swt. Pada hakikatnya Allah swt yang menentukan segala-galanya. Namun perlu diingat bahawa Allah swt mewajibkan manusia berusaha dengan berbagai bentuk taklifat dan tanggungjawab. Manusia akan dipertanggungjawabkan tentang taklifat tersebut bukan kejayaan atau kegagalan yang diperolehi. Justeru dengan adanya sifat baik sangka terhadap Allah, disamping sifat tawakkal dan redha, manusia akan menjadi manusia yang baik, tenang dan tidak menimbukan masalah pada diri, masyarakt dan negara.

Kebaikan Sangka Baik kepada Allah swt;
1. Keimanan dan keyakinan kepada Allah swt semakin kuat dan tinggi.
2. Hidup seseorang sentiasa berada dalam lingkungan tawakkal kepada Allah swt.
3. Hati sentiasa tenang kerana merasa apa yang berlaku ke atas diri adalah ketentuan Allah swt dan suamya mengandungi hikmah dan kebaikan tersendiri.
4. Tidak mudah putus asa apabila menghadapi sesuatu kegagalan.
5. Mendapat keredhaan Allah swt.
6. Terhindari dari sifat-sifat mazmumah seperti pemarah, sombong dan putus asa, menyalahkan orang lain dan lain-lain.

Sedarkah suatu hakikat yang ditegaskan oleh Allah swt dalam ayat 70 Surah al-Taubah;
فَمَا كَانَ اللَّهُ لِيَظْلِمَهُمْ وَلَكِنْ كَانُوا أَنْفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ
Maksudnya; Maka Allah sekali-kali tidak menzalimi mereka tetapi mereka yang menzalimi diri mereka sendiri.

Mudah-mudahan Allah menganugerahkan cahaya makrifat kepada kita, melaluinya kehidupan kita sentiasa terbimbing menuju kebahagian abadi, kabahagian di akhirat.

Wallahu A'lam.


CARA CARA MEMBERSIHKAN HATI KITA

0 comments

Bagaimanakah cara mendapatkan hati yang bersih dan tetap hidup??
1)      Selalu berzikir kepada ALLAH. Dengan berzikir, hati terus-menerus mendapat kekuatan sehingga hati menjadi sentiasa jernih. Hati yang sentiasa berzikir dipelihara kejernihannya sehingga suara hati iaitu suara fitrah menguasai perasaan dan emosi.
2)      Hendaklah hati ini sentiasa kita gunakan bagi merenung dan mengkaji ayat-ayat ataupun tanda-tanda kekuasaan ALLAH dalam setiap perkara. Biarkanlah hati ini menterjemah hikmah daripada segala sesuatu di sekeliling kita. Dengan hikmah yang kita dapat, hati kita sentiasa hidup dan bebas daripada segala penyakit.
3)      Berusaha memaksa diri bagi terus beribadat dengan ibadat yang terbaik kerana ibadat yang khusyuk menghasilkan kekuatan yang begitu besar demi keteguhan dan kebersihan hati.
Hati adalah tempat tersimpannya iman. Apabila hati kita besih, pasti iman dapat kekal di dalamnya. Keimanan tidak bertahan lama dan tidak hadir pada hati yang kotor. Keimanan hanya kekal pada hati yang bersih. Bersihkanlah hati kita selalu. Inilah modal awal untuk membuktikan yang kita orang Muslim.
ALLAH menjelaskan di dalam Al-Quran surah al-Ahzaab ayat 41 yang bermaksud “hai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) ALLAH, dengan zikir yang sebanyak-banyaknya”
4) Sifat Pemaaf Bersih Hati,Tenangkan Jiwa

KETIKA manusia diciptakan, Allah mencipta juga pelbagai bentuk emosi dan keinginan dalam diri manusia yang berbentuk positif dan negatif yang saling mempengaruhi antara satu sama lain. Antara sifat positif yang terdapat dalam diri manusia ialah pemaaf, yakni lawan kepada sifat pemarah dan pendendam.

Pemaaf adalah sifat luhur yang perlu ada pada diri setiap muslim. Ada beberapa ayat al-Quran dan hadis yang menekankan keutamaan bersifat itu yang juga disebut sebagai sifat orang yang hampir di sisi Allah.

Allah berfirman bermaksud: “Dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain, Allah menyintai orang yang berbuat kebajikan.” (Surah Ali Imran, ayat 132).

KISAH TUKANG GUNTING RAMBUT & PELANGGANNYA

0 comments
Pada suatu petang, seorang lelaki datang ke kedai gunting rambut untuk memendekkan rambutnya yang agak panjang dan tidak terurus. Seperti biasa, si penggunting rambut menyambut pelanggannya dengan mesra dan mempersilakannya duduk.

Sedang si penggunting rambut melakukan kerjanya, mulutnya tidak berhenti bercerita. Macam-macam dibualkan menyentuh isu semasa dan kehidupan harian. Tiba-tiba si penggunting rambut itu bertanya suatu soalan yang agak berat.

“Tuhan ni wujud ke?” tanya si penggunting rambut.

Lelaki tersebut terkejut dengan soalan tersebut. Belum pun sempat nak menjawab, si penggunting rambut menyambung percakapannya.

“Kalau Tuhan wujud kenapa dunia ni huru-hara, manusia saling berperang dan benci sesama manusia? Tuan tengoklah berita, di sana berperang di sini berperang. Asyik bergaduh sahaja di mana-mana…” adu si penggunting rambut.

“Lihat di negara kita, sana sini buang bayi. Kes bunuh pun selalu keluar di akhbar. Masalah sosial lagi. Rasuah lagi. Teruklah!” sambungnya lagi menyatakan kekesalan.

“Tuhan tu ada.” Jawab si lelaki itu singkat. Risau melihat semangat si penggunting rambut itu dengan gunting tajam di tangannya.

“Kalau betul Tuhan ada, kenapa DIA tak selesaikan semua masalah tu? Dan buat semuanya jadi aman sahaja? Kan senang!” ujar si penggunting rambut yang umurnya 40-an itu.

Selepas beberapa minit berlalu, sesi guntingan rambut pun selesai. Selesai membayar, si lelaki mengajak si tukang gunting melihat ke luar tingkap.

“Encik lihat tak lelaki-lelaki remaja di sana? Dan pakcik tua di seberang jalan tu yang sedang duduk tu?” tanya lelaki itu.

“Ya, saya nampak. Kenapa?” si penggunting rambut bertanya kembali.

“Lelaki remaja tu rambutnya panjang, nampak tak senonoh kan? Dan pakcik tua tu pula misainya tak terurus nampaknya. Setuju tak?” Lelaki itu meminta pandangan.

“Ya, betul. Saya setuju.” si penggunting rambut mengiyakan sambil mengangguk.

“Mereka jadi macam tu sebab tukang gunting rambut tiada kah?” tiba-tiba lelaki itu mengajukan soalan ‘istimewa’ kepada si penggunting rambut.

“Eh, tak. Bukan sebab tu. Ni saya ada ni.” Si penggunting rambut menafikan.

“Habis tu kenapa lelaki-lelaki remaja itu berambut panjang dan pakcik tua itu tidak tersusun misainya?” lelaki tersebut bertanya kembali.

“Tu sebab mereka tak datang jumpa saya. Kalau mereka datang jumpa saya tentu saya akan potong rambut remaja lelaki tu bagi elok. Dan pakcik tua tu pula saya akan trim misainya bagi kemas.” jawab si penggunting rambut.

“Ya, itulah jawapan kepada persoalan encik semasa encik memotong rambut saya tadi. Tuhan itu ada. Tidaklah bermakna berlakunya peperangan, pertelingkahan, jenayah, gejala sosial, rasuah di kalangan manusia itu adalah kerana Tuhan tidak ada. Masalah ini semua timbul kerana mereka semua tidak mahu ‘berjumpa’ dengan Tuhan.” kata lelaki itu.

Si penggunting rambut mendengar dengan teliti sambil mengerutkan dahinya. Berfikir agaknya.

“Mereka yang abaikan suruhan dan perintah Tuhan. Tuhan malah telah memberikan pedoman melalui RasulNYA dan juga melalui kitabNYA iaitu al-Quran. Malangnya, manusia memilih cara mereka sendiri. Mereka menjauhkan diri dari ALLAH. Jika manusia mendekatkan diri dengan ALLAH, tentulah keadaan manusia lebih baik dan sejahtera. Lebih kurang macam sayalah sekarang ni. Lebih handsome dari lelaki-lelaki remaja dan pakcik tua tu sebab saya jumpa encik untuk dirapikan rambut saya, hehe…”

“Betul jugak. Kenapa Tuan tak jelaskan pada saya semasa potong rambut tadi” Si penggunting rambut mengangguk setuju sambil bertanya.

“Oh bukan apa. Saya risau dengan gunting di tangan encik tu. Dibuatnya encik marah nanti, tak pasal-pasal saya kena nanti…hehe. Tapi, alhamdulillah encik tak marah, malah dapat menerima penjelasan saya” Jelas lelaki tersebut sambil ketawa kecil. Si penggunting rambut itu turut tertawa juga.

Kahwin Cepat - Yang Berkat Jadi Mudarat? ..

3 comments


MUHASABAH:.....Samer2 Fikirkan..

Majlis akad nikah itu baru sahaja usai. Saya dan beberapa orang sahabat masih menikmati minuman ringan yang disediakan oleh pihak tuan rumah. Tiba-tiba seorang lelaki tua yang memang saya kenali menarik tangan saya dan berrtanya, "Kenapa orang sekarang kahwin lambat sangat?" Saya lantas bertanya, "Tuk dulu kahwin cepat?"
"Umur 15 tahun, nenek kau dah dapat anak seorang..." Terbayang anak perempuan saya yang menuntut di tingkatan 5 sekarang.
Sukar nak membayangkan betapalah di usia itu dia sudah mempunyai anak.
"Bahagia Tuk?"
"Tak bahagia apa... anak Tuk 12 orang!"
Terhibur saya berbual dengannya, semuanya diukur dengan angka.
"Saya berkahwin pada umur 21 tahun. Waktu tu masih menuntut lagi, orang heboh saya tak sabar," adu saya tanpa dipinta. Sengaja mengundang
reaksi.

"Tak sabar? Pelik, kalau zaman Tuk, tu kira terlajak dah tu!"
"Betulkah saya tak sabar, Tuk? " tanya saya semacam mengusik.
"Eh, taklah. Kalau nak buat baik, eloklah cepat. Selamat dari maksiat.
Kalau betul tak sabar, Tuk ni lagilah tak sabar... umur 17 tahun dah kahwin, heh, heh, heh..."
"Setuju tak Tuk kalau dikatakan soal kahwin ni bukan soal cepat lambat, tapi soal dah bersedia atau tidak?"
"Setuju. Tapi kena hurailah maksud persediaan tu..." tajam Tuk membalas.
"Kalau ikut pandangan Tuk, apa agak-agaknya persediaan tu?"
"Soal ni tak boleh agak-agak... Mesti tepat."
Terkedu saya dibuatnya. Tuk ni bukan sebarang orang.

"Maksud bersedia bukan sahaja dari segi umur... Asal akil baligh dah boleh kahwin. Bukan sahaja diukur oleh badan yang sihat, pendapatan yang
cukup, tapi yang penting kematangan diri...
Ertinya, seseorang yang nak kahwin mesti dah mula dapat berfikir dengan baik, dah boleh sedikit
sebanyak kawal perasaan, dan jiwa tu sikit-sikit dah agak tenang."
Saya menung panjang. Tertikam di sudut hati petanyaan, sudahkah saya
matang sewaktu mula berkahwin dahulu?

"Jangan menung... Tuk cuma kata, dah sedikit sebanyak matang. Tak payah tunggu matang betul... nanti tak kahwin pula!" usik Tuk seperti dapat membaca fikiran saya. Walau tanpa ijazah, Tuk sebenarnya sedang menjelaskan asas kebahagiaan rumah tangga yang kadang kala tidak dapat ditimba di mana-mana menara gading.
"Macam mana nak matang?" tanya saya perlahan. Malu rasanya untuk diajukan soalan sedemikian di usia 40-an ini. Terasa terlambat!
"Tentulah dengan ilmu. Dulu Tuk dan kawan-kawan... umur sebelas tahun dah khatam Quran. Dah selesai belajar ilmu fardu ain. Rukun, sah, batal dan lain-lain ilmu asas dah OK. Bila sudah baligh buka kitab Muhimmah, baik lelaki, baik perempuan. Dah diterangkan tanggung jawab suami, isteri dan asas-asas kerukunan rumah tangga."

"Itu sahaja? Ilmu lain?" soal saya pendek.
"Eh, perlu. Mesti ada ilmu untuk cari rezeki. Yang otak baik, jadilah guru, pegawai kerajaan... ikut keadaan zaman tulah. Tuk ni tak nasib baik... kerja kampung sahaja, guna tulang empat kerat, buka tanah.
Itulah dusun yang Tuk kutip hasilnya sampai sekarang ni..."
"Tapi sekarang Tuk dah senang. Dengarnya dah dua kali naik haji."
"Tak senang. Tapi mudah-mudahan... tenang. Tulah doa Tuk, biar hidup kita tenang."

"Agaknya sebab kurang matang nilah orang sekarang kahwin lambat?" cuit saya, kembali ke tajuk asal.
"Ni agak Tuklah. Budak sekarang tak macam dulu. Mereka ni macam lambat matang. Kalau dulu umur 13 dah boleh pikul tugas. Dah berdikari, dah boleh harap jaga emak bapak. Setakat jadi imam dan baca berzanji tu lancar... tapi sekarang lain, umur dah 23 tahun pun masih bergantung kepada emak bapak. Nak jadi imam? Jauh sekali."
Terbayang kekesalan di wajahnya. Dia menyambung, "Sekali tu Tuk tengok betul-betul dengan mata kepala ni macam mana seorang bakal pengantin tersekat-sekat mengucap kalimah syahadah depan tuk kadhi. Bila tanya rukun sembahyang, geleng kepala. Yang dihafalnya rukun nikah saja..."

"Kalau macam tu macam mana?"
"Baik tak usah kahwin. Macam mana dia nak pimpin isteri dan anak-anaknya nanti? Tu baru ilmu yang paling asas, belum lagi ilmu... apa orang
kata... ... parenting skill."
"Tuk pun tahu parenting skill?"
"Sekarang ni macam-macam sumber ilmu ada. Di radio, tv, ceramah, buku-buku... ah, macam-macam."
"Tapi Tuk, kalau tak kahwin pun susah juga... Nanti terjebak dengan maksiat," kilas saya.
"Tulah, ajaran Islam ni macam mata rantai. Lepas satu disambung satu.
Bermula dengan yang paling utama, diikuti yang kedua, ketiga dan seterusnya... Ilmu tauhid, fekah dan akhlak perlu diasak di awal usia.
Diiring ilmu akademik. Jadi, bila dah nak kahwin nanti, ilmu tu semua dah ada. Persediaan agama ada, persediaan material ada."

"Macam mana kalau ada yang lambat-lambatkan kahwin kerana katanya belum bersedia, dari segi material dan agama?"
"Apapun biarlah berpada-pada. Kalau nak diikutkan ilmu agama... sampai mati pun tak akan habis dituntut. Cukuplah sekadar keperluan dulu dan tambah lagi selepas kahwin. Begitu juga soal material, soal kerja, profesion... Ni pun tak akan habis-habis. Ukurlah ikut keperluan dan kemampuan diri. Jangan sampai terlanjut usia sudahlah. Jangan nanti ilmu ada, matang ada, duit ada, calon pulak tak ada..."
"Tuk lihat macam mana keadaan anak muda masa kini?" terluncur soalan yang berbau akademik tanpa saya sedari.

"Akibat tak ikut tertib dalam menghayati ajaran Islam, keadaan jadi agak lintang-pukang sekarang. Yang berkat jadi mudarat. Tak dikahwinkan, membuat maksiat. Bila dikahwinkan, tak bertanggungjawab."
"Antara dua keadaan ni... yang mana patut kita pilih?"

"Perlukah kita buat pilihan? Pada Tuk... pilihlah keadaan yang tidak memaksa kita membuat pilihan!"
Saya terdiam. Kagum. Kata-kata tersirat itu boleh mengundang seribu wacana para sarjana!

Monday, November 14, 2011

PERZINAAN........

0 comments
AKHLAK: ISU PERZINAAN DALAM MASYARAKAT
2.0 Pengenalan

Kekecohan isu masalah gejala sosial di kalangan muda mudi di Malaysia  terbabit dengan maksiat semakin hebat diperkatakan. Isu pembuangan bayi, pergaulan bebas dan  seks rambang  perlu dijadikan iktibar dan pengajaran agar umat Islam tidak terjebak ke kancah seks secara haram dan terbabas daripada Syariat yang ditetapkan oleh Allah S.W.T.  
Di antara punca utama  seseorang  terlibat  dalam perzinaan adalah disebabkan kegagalan dirinya untuk mengawal nafsu seks yang memuncak.  Dalam masa yang sama faktor persekitaran turut menyumbang kepada kegiatan maksiat.  Pengaruh rakan sebaya, penggunaan alat telekomunikasi tanpa batas serta kesibukan ibu bapa yang  berkerjaya menjadikan anak-anak hidup tanpa bimbingan dan tunjuk ajar. Bagi menangani gejala maksiat ini, Islam menganjurkan umatnya supaya menahan diri dengan berpuasa.
Sabda Rasulullah S.A.W :
"Wahai golongan pemuda! Sesiapa yang berkemampuan untuk  al-baah maka hendaklah dia berkahwin kerana sesungguhnya perkahwinan itu lebih menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan. Sesiapa yang tidak mampu maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu penghalang baginya (daripada syahwat)."
(Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmizi, Nasai, Abu Daud, Ibn Majah).





AKHLAK: ISU PERZINAAN DALAM MASYARAKAT

Hanya keinsafan mampu sekat zina, kes buang bayi

(Oleh Zainul Rijal Abu Bakar)

Dangkal ilmu, iman tipis punca keruntuhan moral, akhlak masyarakat

GEJALA membuang bayi begitu menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Tanpa naluri kemanusiaan, bayi yang dilahirkan itu dibunuh dengan kejam semata-mata bagi menutup dosa ibu dan pasangan ibu bayi berkenaan. Bayi tidak berdosa itu menjadi mangsa. Hak mereka untuk hidup di dunia dihakis manusia tidak berperi kemanusiaan itu. Mungkin di dunia ini mereka boleh terlepas daripada hukuman kerana pihak berkuasa tidak dapat mengesan orang yang membunuh bayi ini namun sudah pasti di akhirat kelak Allah akan membalas perbuatan mereka dengan azab seksaan. Di akhirat nanti kita sudah pasti tidak akan terlepas daripada hukuman Allah.

Di sana, tiada peguam yang akan mampu membela orang yang melakukan kesalahan di sisi Allah. Perbicaraan di padang mahsyar begitu adil. Setiap amalan walau sebesar zarah akan dibalas sewajarnya.Gejala membunuh bayi begitu berleluasa kerana masyarakat sudah tidak lagi memandang aspek akhlak dan moral sebagai suatu yang begitu perlu dipertahankan. Sudah tidak ada lagi perasaan malu berdua-duaan ataupun melakukan perkara sumbang di kalangan masyarakat. Sudah sering kita lihat muda-mudi terkinja-kinja dalam parti dan disko tanpa segan silu, meminum arak dan berpelukan sudah menjadi kebiasaan di sesetengah tempat.

Malah, cubaan untuk mengawal moral sebegini sering ditentang kononnya melangkaui hak asasi manusia. Penggubalan undang-undang berkaitan kawalan moral tidak dapat dilakukan, malah undang-undang sedia ada berkaitan dengan moral juga hendak dihapuskan.Persoalan mengenai sama ada undang-undang boleh mencampuri hal ehwal moral dicetuskan semula beberapa badan bukan kerajaan (NGO). Badan itu melihat undang-undang semata-mata dari lensa Barat dan tidak diadunkan dengan budaya masyarakat tempatan yang disulami dengan jahitan agama. Mereka menolak penggunaan undang-undang dalam menjaga moral individu. Mereka mengatakan undang-undang tidak boleh mengawal salah laku moral. Jika seseorang itu berdosa, hanya Tuhan yang layak menghukum mereka. Namun, apabila gejala membuang bayi berlaku, tidak pula kedengaran usaha bagi mengetatkan undang-undang moral.

Sebenarnya budi pekerti dan moral yang mulia adalah satu-satunya asas paling kuat untuk melahirkan masyarakat yang ikhlas dan amanah. Orang yang tidak bermoral akan mudah terjerumus di dalam aktiviti jenayah. Undang-undang sebenarnya bersandarkan kepada moral dan moral bertunjangkan kepada agama. Walaupun satu daripada Rukun Negara adalah Kesopanan dan Kesusilaan, permasalahan moral ini sering diketepikan. Memang benar Rukun Negara tidak mempunyai kekuatan undang-undang untuk dilaksanakan, namun apa gunanya berikrar atas nama Rukun Negara sekiranya ia tidak mahu dipatuhi.

        Sepatutnya dalam membuat sesuatu keputusan, kita merujuk kembali kepada Islam sebagai agama negara. Seperti diriwayatkan ketika ditanya kepada Saidatina Aishah: “Apakah akhlak Rasulullah” maka Aishah menjawab: “Akhlak Rasulullah ialah al-Quran.” Oleh itu, apabila al-Quran melarang orang Islam meminum arak, apakah salah kerajaan membuat perundangan bagi mengharamkan orang Islam minum arak? Apabila al-Quran melarang berzina, apakah silap kerajaan membuat perundangan mengharamkan perzinaan dan pelacuran?

Rasulullah pernah bersabda bermaksud: “Sesungguhnya Rasulullah SAW itu diutus untuk menyempurnakan akhlak yang terpuji.” Pada masa sekarang, kita tidak dapat lari dari mengkodifikasikan ajaran Islam kerana masyarakat Islam itu sendiri begitu asing dari Islam.

Kalau dulu apabila ayat al-Quran mengenai pengharaman arak diturunkan maka sahabat berduyun-duyun membuang arak tanpa mempersoalkannya. Tetapi sekarang selepas 1,400 tahun berlalu, penghayatan terhadap al-Quran amat rendah. Oleh itu hukuman berbentuk keduniaan ini perlu bagi berperanan sebagai penghalang kepada budaya meminum arak ini.

Akhlak manusia tidak akan terdidik tanpa panduan undang-undang. Pada masa ini, dengan perundangan yang adapun akhlak masyarakat amat menyedihkan. Apa akan jadi jika semua perundangan itu dihapuskan. Maka wujud lakonan dalam perundangan ini. Secara hipotetikal, apabila undang-undang dihapuskan, apa akan jadi jika dua orang melakukan perbuatan tidak sopan di depan kita atau keluarga kita. Biarkan saja kerana ia hak asasi mereka? Biarkan remaja kita menonton aksi tidak bermoral itu? Apa yang hendak kita lakukan? Bagaimana pula dengan hak asasi kita yang berasa jijik melihat perbuatan seperti itu?

Tidak dinafikan pendidikan adalah elemen penting mengawal moral. Tetapi pendidikan saja tidak mencukupi kerana ia bertindak sebagai ‘amar maa’ruf’, manakala hukuman dalam bentuk perundangan bertindak sebagai ‘nahi mungkar’.

Kedua-dua kaedah ini sebenarnya tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain apatah lagi dalam keadaan negara mengambil Islam di dalam ruang yang begitu terhad dan berpilih saja. Amar makruf dan nahi mungkar sebenarnya saling melengkapi antara satu sama lain.

Dalam Islam, penguatkuasaan agama terletak dalam wilayah al hisbah. Mereka mempunyai hak dan tanggungjawab tersendiri. Jika kita meneliti kaedah hukum syarak, tidak timbul andaian suatu hari nanti mungkin ada undang-undang Islam yang membenarkan pegawai penguat kuasa masuk ke rumah dan periksa sama ada seseorang itu solat lima kali sehari atau tidak? Andaian ini adalah melampau dan meleset serta tidak diasaskan kepada kaedah fekah dan syariah Islam sebenar kerana Khalifah Umar yang terkenal garang pun pernah ditegur kerana mengintip rakyatnya melakukan kesalahan.

Selagi seseorang itu beragama Islam maka ia berada dalam suatu sistem yang lengkap. Islam tidak sekadar rutin ritual harian, tetapi suatu cara hidup yang merangkumi semua aspek kehidupan termasuk kawalan moral ataupun akhlak Islamiah.Berbalik kepada gejala pembuangan bayi ini, sudah pasti jawapan bagi menangani gejala ini ialah berbalik kepada al-Quran dan al-Sunnah dengan memakai undang-undang yang digariskan Islam. Menjauhi zina adalah kewajipan setiap umat Islam. Memastikan zina tidak berlaku pula tanggungjawab masyarakat. Orang yang melakukan zina adalah orang yang dangkal ilmunya. Keimanannya tipis. Zina akan membawa kepada pelbagai masalah sosial di kalangan masyarakat serta memusnahkan susun atur sosiobudaya masyarakat. Apatah lagi masyarakat Timur yang dibina atas dasar keimanan dan ketakwaan. Undang-undang tanpa kesedaran juga mungkin tidak dapat membendung perzinaan. Anda bertindak bijak dengan menjauhi zina!










2.1 DEFINISI ZINA

Zina Ialah persetubuhan yang dilakukan oleh seorang lelaki dengan seorang perempuan tanpa nikah yang sah mengikut hukum syarak (bukan pasangan suami isteri) dan kedua-duanya orang yang mukallaf, dan persetubuhan itu tidak termasuk dalam takrif (persetubuhan yang meragukan).
Jika seorang lelaki melakukan persetubuhan dengan seorang perempuan, dan lelaki itu menyangka bahawa perempuan yang disetubuhinya itu ialah isterinya, sedangkan perempuan itu bukan isterinya atau lelaki tadi menyangka bahawa perkahwinannya dengan perempuan yang disetubuhinya itu sah mengikut hukum syarak, sedangkan sebenarnya perkahwinan mereka itu tidak sah, maka dalam kes ini kedua-dua orang itu tidak boleh didakwa di bawah kes zina dan tidak boleh dikenakan hukuman hudud, kerana persetubuhan mereka itu adalah termasuk dalam wati’ subhah iaitu persetubuhan yang meragukan.
Mengikut peruntukan hukuman syarak yang disebutkan di dalam Al-Qur’an dan Al-Hadith yang dikuatkuasakan dalam undang-undang Qanun Jinayah Syar’iyyah bahawa orang yang melakukan perzinaan itu apabila sabit kesalahan di dalam mahkamah wajib dikenakan hukuman hudud, iaitu disebat sebanyak 100 kali sebat. Sebagaimana Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang bermaksud :
èpuÏR#¨9$# ÎT#¨9$#ur (#rà$Î#ô_$$sù ¨@ä. 7Ïnºur $yJåk÷]ÏiB sps($ÏB ;ot$ù#y_ ( Ÿwur /ä.õè{ù's? $yJÍkÍ5 ×psùù&u Îû ÈûïÏŠ «!$# bÎ) ÷LäêZä. tbqãZÏB÷sè? «!$$Î/ ÏQöquø9$#ur ̍ÅzFy$# ( ôpkôuŠø9ur $yJåku5#xtã ×pxÿͬ!$sÛ z`ÏiB tûüÏZÏB÷sßJø9$# ÇËÈ 
“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari kedua-duanya 100 kali sebat, dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum Agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari Akhirat, dan hendaklah disaksikan hukuman siksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman”. (Surah An- Nur : 2)
2.2 PEMBAHAGIAN ZINA
ZINA TERBAHAGI KEPADA DUA :
1. ZINA MUHSAN
2. ZINA BUKAN MUHSAN
ZINA MUHSAN
Iaitu lelaki atau perempuan yang telah pernah melakukan persetubuhan yang halal (sudah pernah berkahwin)
ZINA BUKAN MUHSAN
Iaitu lelaki atau perempuan yang belum pernah melakukan persetubuhan yang halal (belum pernah berkahwin).
Perzinaan yang boleh dituduh dan didakwa di bawah kesalahan Zina Muhsan ialah lelaki atau perempuan yang telah baligh, berakal, merdeka dan telah pernah berkahwin, iaitu telah merasai kenikmatan persetubuhan secara halal.
Perzinaan yang tidak cukup syarat-syarat yang disebutkan bagi perkara di atas tidak boleh dituduh dan didakwa di bawah kesalahan zina muhsan, tetapi mereka itu boleh dituduh dan didakwa di bawah kesalahan zina bukan muhsan mengikut syarat-syarat yang dikehendaki oleh hukum syarak.




2.3 HUKUMAN YANG DIKENAKAN KE ATAS ORANG YANG ZINA MUHSAN DAN BUKAN MUHSAN
Seseorang yang melakukan zina Muhsan, sama ada lelaki atau perempuan wajib dikenakan ke atas mereka hukuman had (rejam) iaitu dibaling dengan batu yang sederhana besarnya hingga mati. Sebagaimana yang dinyatakan di dalam kitab I’anah Al- Thalibin juzuk 2 muka surat 146 yang bermaksud :
”Lelaki atau perempuan yang melakukan zina muhsan wajib dikenakan ke atas mereka had (rejam), iaitu dibaling dengan batu yang sederhana besarnya sehingga mati”.
Seseorang yang melakukan zina bukan muhsan sama ada lelaki atau perempuan wajib dikenakan ke atas mereka hukuman sebat 100 kali sebat dan buang negeri selama setahun sebagaimana terdapat di dalam kitab Kifayatul Ahyar juzuk 2 muka surat 178 yang bermaksud :
”Lelaki atau perempuan yang melakukan zina bukan muhsin wajib dikenakan kea tas mereka sebat 100 kali sebat dan buang negeri selama setahun”.

PEREMPUAN YANG DI ROGOL DAN DI PERKOSA

Perempuan-perempuan yang dirogol atau diperkosa oleh lelaki yang melakukan perzinaan dan telah disabit dengan bukti –bukti yang diperlukan oleh syarak dan tidak menimbulkan sebarang keraguan di pihak hakim bahawa perempuan itu dirogol dan diperkosa, maka dalam kes ini perempuan itu tidak boleh dijatuhkan dan dikenakan hukuman hudud, dan ia tidak berdosa dengan sebab perzinaan itu.
Lelaki yang merogol atau memperkosa perempuan melakukan perzinaan dan telah sabit kesalahannya dengan bukti – bukti dan keterangan yang dikehendaki oleh syarak tanpa sebarang keraguan di pihak hakim, maka hakim hendaklah menjatuhkan hukuman hudud ke atas lelaki yang merogol perempuan itu, iaitu wajib dijatuhkan dan dikenakan ke atas lelaki itu hukuman rejam dan sebat.

Perempuan-perempuan yang telah disabitkan oleh hakim bahawa ia adalah dirogol dan diperkosa oleh lelaki melakukan perzinaan, maka hakim hendaklah membebaskan perempuan itu dari hukuman hudud (tidak boleh direjam dan disebat) dan Allah mengampunkan dosa perempuan itu di atas perzinaan secara paksa itu.

2.4 DALIL DALIL TENTANG PERJUDIAN (AL-QUR’AN)
Zina dalam Islam termasuk perbuatan yang diharamkan. Oleh sebab itu Allah berbicara kepada kaum mukminin dengan firman-Nya:
Ÿwur (#qç/tø)s? #oTÌh9$# ( ¼çm¯RÎ) tb%x. Zpt±Ås»sù uä!$yur WxÎ6y ÇÌËÈ  
Maksudnya: Dan janganlah kamu menghampiri zina, Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan Yang keji dan satu jalan Yang jahat (yang membawa kerosakan). (Surah Al-Isra’ ayat 32)
Allah telah menggambarkan zina sebagai perbuatan keji yang sangat buruk dan ia adalah jalan yang buruk, maka sungguh buruk siapa yang menempuhinya. Ayat itu juga menunjukkan larangan mendekati zina, apalagi melakukannya. Juga Allah mengaitkan zina dengan syirik kepada Allah dan pembunuhan manusia tanpa hak serta mengecamnya dengan seksaan yang keras pada hari kiamat:
tûïÏ%©!$#ur Ÿw šcqããôtƒ yìtB «!$# $·g»s9Î) tyz#uä Ÿwur tbqè=çFø)tƒ }§øÿ¨Z9$# ÓÉL©9$# tP§ym ª!$# žwÎ) Èd,ysø9$$Î/ Ÿwur šcqçR÷tƒ 4 `tBur ö@yèøÿtƒ y7Ï9ºsŒ t,ù=tƒ $YB$rOr& ÇÏÑÈ   ô#y軟Òムã&s! Ü>#xyèø9$# tPöqtƒ ÏpyJ»uŠÉ)ø9$# ô$é#øƒsur ¾ÏmŠÏù $ºR$ygãB ÇÏÒÈ   žwÎ) `tB z>$s? šÆtB#uäur Ÿ@ÏJtãur WxyJtã $[sÎ=»|¹ šÍ´¯»s9'ré'sù ãAÏdt6ムª!$# ôMÎgÏ?$t«Íhy ;M»uZ|¡ym 3 tb%x.ur ª!$# #Yqàÿxî $VJŠÏm§ ÇÐÉÈ  
Maksudnya: Dan orang-orang yang tidak menyeru Tuhan lain di samping Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Alah kecuali dengan hak dan tidak berzina dan siapa yang melakukan itu ia akan mendapatkan keburukan dan seksaan. Dilipat gandakan seksaan baginya pada hari kiamat dan kekal di situ dalam keadaan terhina. Kecuali siapa yang bertaubat dan beriman serta berbuat kebaikan, maka mereka itu diganti Allah keburukan mereka dengan kebaikan dan Allah Maha Pengampun lagi Penyayang. (Surah Al-Furqan : 68-70)

2.5 DALIL DALIL TENTANG PERJUDIAN (AL-HADIS)
Nabi S.A.W memperingatkan tentang zina dengan sabdanya:
    “Wahai manusia, takutlah kepada zina kerana di dalamnya terdapat enam perkara: Tiga perkara di dunia dan tiga perkara di akhirat. Apa pun yang di dunia: Maka ia menghilangkan kebaikan, menimbulkan kemiskinan dan mengurangi umur. Adapun yang di akhirat: Maka menimbulkan kemarahan Allah, perhitungan yang buruk dan seksa neraka.”
        Hadis ini disebutkan oleh As-Suyuthi seperti itu dalam Al-Jami’ul Kabir dan diriwayatkan oleh Al-Khara’ithi dalam “Masawi’ul akhlaq,” dan Baihaqi dalam As-Syu’aab.
         Sabda Nabi (menghilangkan kebaikan) mengisyaratkan kepada hakikat yang dapat dicapai, iaitu bahawa zina mengharamkan pelakunya daripada kejernihan jiwa dan keindahan jiwa yang keduanya merupakan sumber ketenangan dan kebahagian.
     Dan sabdanya: (Menimbulkan kemiskinan) menunjukkan kerugian akibat dari kesibukan bersenang-senang berupa kemampuan-kemampuan di samping wang yang dibelanjakan untuk kepentingan ini pada umumnya berjumlah besar sehingga menyebabkan pelaku zina menjadi miskin.
    Adapun sabda Nabi Muhammad S.A.W : (Mengurangi umur) maka ia bererti hilangnya kesihatan pelaku zina dan menjadi lemah badannya dengan kenikmatan-kenikmatan yang menghabiskan kegiatannya, serta menyebabkan cenderung terkena penyakit syphilis dan jantung serta mengakibatkan kematian usia muda

2.6 PUNCA-PUNCA PERZINAAN

Antara faktor-faktor penyebab kepada gejala ini ialah gaya hidup yang begitu jauh dengan gaya hidup sihat sebagai seorang muslim sejati.
Kebanyakannya bermula dan berpunca daripada:
1) Gaya hidup meniru orang barat / kafir.
2) Institusi keluarga yang tidak stabil; masing-masing membawa diri.
3) Masyarat yang tak peduli dengan suasana persekitaran.
Begitu ramai remaja/pelajar yang terlibat dengan kegiatan sosial yang tidak bermoral, sama ada terlibat dengan lumba haram, pergaulan bebas, hiburan melampau, rokok, dadah, gam, ecstacy, ice, arak dan sebagainya.
Situasi sosial dan hidup moden dalam masyarakat kita pada hari ini juga sebenarnya memarakkan lagi gejala zina, di mana berleluasanya budaya wanita yang mendedah aurat, berpakaian menjolok mata, penyebaran majalah-majalah yang mengghairahkan, video-video lucah, filem-filem berbentuk seksual, bahan-bahan seks yang penuh di dalam internet, handphone serta lain-lain media.
Gaya hidup moden sekarang banyak mendedahkan remaja kepada fenomena ini yang mendorong kepada hidup bebas, berpasangan dan pergaulan tanpa batas. Ini ditambah dengan faktor rangsangan nafsu syahwat, hasutan syaitan, dan dorongan budaya barat yang buruk. Amalan hidup mereka ini dapat membawa kepada kerosakan dan kemusnahan diri mereka, baik di dunia mahupun di akhirat. Justeru, remaja perlu disedarkan tentang akibat buruk dan bahaya yang akan berlaku hasil tingkahlaku dan perbuatan mereka ini.
4) Penyakit SMS / Facebook:
عن أبي هُرَيْرَةَ عن النبي : ((كُلُّ أُمَّتِي مُعَافًى إِلا الْمُجَاهِرِينَ، وَإِنَّ مِنْ الْمُجَاهَرَةِ أَنْ يَعْمَلَ الرَّجُلُ بِاللَّيْلِ عَمَلا ثُمَّ يُصْبِحَ وَقَدْ سَتَرَهُ اللَّهُ عَلَيْهِ، فَيَقُولَ: يَا فُلانُ عَمِلْتُ الْبَارِحَةَ كَذَا وَكَذَا، وَقَدْ بَاتَ يَسْتُرُهُ رَبُّهُ، وَيُصْبِحُ يَكْشِفُ سِتْرَ اللهِ عَنْهُ)). رواه البخاري.
Maksudnya: Dari Abu Hurairah ra, bahawa Rasulullah saw telah bersabda: ((Setiap umatku itu dimaafkan, kecuali orang-orang yang menampakkan (menunjuk-nunjuk) kejahatannya sendiri. Dan sesungguhnya termasuk dari mereka yang menampakkan (keburukan sendiri) itu ialah jikalau seseorang melakukan sesuatu perbuatan (dosa) di waktu malam, kemudian tiba waktu pagi, sedangkan Allah telah menutupi keburukannya itu, tiba-tiba dia mengatakan pada paginya itu: “Wahai Fulan, malam tadi aku melakukan demikian, demikian.” Orang itu pada malamnya telah ditutupi dosanya oleh Allah, tetapi pada waktu pagi dia telah membuka apa yang ditutupi Allah kepadanya itu.)) [HR Bukhari dan Muslim]
5) Faktor Keluarga / Masyarakat yang langsung tak ambil peduli.
Mungkin disebabkan kerana kejahilan atau membuta tuli kepada apa yang berlaku, dalam ertikata lain sudah “mati perasaan” “tidak ada sifat ghirah” “Amar Ma’ruf nahi mungkar





2.7 AKIBAT PERZINAAN
Zina mempunyai kesan yang sangat buruk di dalam masyarakat. Diantara kesan zina adalah:
  1. Penzina akan dipandang oleh manusia dengan pandangan sinis dan penuh ketidak-percayaan.
  2. Zina menghilangkan harga diri pemuda / pemudi dan merosak masa depannya disamping meninggalkan aib yang berpanjangan bukan bagi pelakunya saja tapi seluruh keluarga.
  3. Perzinaan akan melahirkan generasi sebatangkara yang tak bernasab, sehingga orang-orang pun akan was-was terhadap anak dari hasil zina. Di mata masyarakat dan lingkungannya ia dipandang tidak memiliki status sosial yang jelas.
  4. Perzinaan menjadikan sebab hancurnya suatu masyarakat yakni mereka semua dimusnahkan oleh Allah akibat dosa zina yang tersebar dan bahkan terbuka terang-terangan.
5.    Zina juga dapat menarik bala bencana dan malapetaka, sabda Nabi SAW:
((
إِذَا ظَهَرَ الزِّنَا وَالرِّبَا فِي قَرْيَةٍ، فَقَدْ أَحَلُّوا بِأَنْفُسِهِمْ عَذََابَ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ)) رواه الطبراني والحاكم.
Maksudnya: “Apabila zahir/nyata zina dan riba dalam sesebuah tempat, maka penduduk tempat itu telah menghalalkan untuk diri mereka azab dan siksa Allah”. [Riwayat al-Hakim, dan katanya; sahih isnadnya].





2.8 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI PERZINAAN

1.    Menjaga batas pergaulan dalam Islam
Islam amat melarang pergaulan bebas tanpa  batas di antara lelaki dan perempuan. Larangan ini dinyatakan oleh Allah S.W.T sebagaimana firman-Nya.
Maksudnya :  Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman  supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara  kehormatan mereka... (Surah an-Nur : 31)
Firman-Nya lagi :
@è% šúüÏZÏB÷sßJù=Ïj9 (#qÒäótƒ ô`ÏB ôMÏd̍»|Áö/r& (#qÝàxÿøtsur óOßgy_rãèù 4 y7Ï9ºsŒ 4s1ør& öNçlm; 3 ¨bÎ) ©!$# 7ŽÎ7yz $yJÎ/ tbqãèoYóÁtƒ ÇÌÉÈ 
Maksudnya :Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuan-Nya tentang apa yang mereka kerjakan. (Surah an-Nur : 30)

      Islam mengharuskan pertemuan di antara lelaki dan perempuan  jika ia menjurus kepada matlamat yang mulia seperti mencari ilmu yang bermanfaat, amal ibadat, perkara kebajikan,  jihad dan perkara-perkara lain yang memerlukan penggemblengan tenaga antara kedua-duanya.


Etika dan batas pergaulan di antara lelaki dan perempuan menurut Islam ialah :

i. Menundukkan pandangan. Firman Allah S.W.T :
ôs)s9ur !$uZø9tRr& óOä3øŠs9Î) ;M»tƒ#uä ;M»uZÉit7B WxsWtBur z`ÏiB tûïÏ%©!$# (#öqn=yz `ÏB óOä3Î=ö6s% ZpsàÏãöqtBur tûüÉ)­GßJù=Ïj9 ÇÌÍÈ   
@è% šúüÏZÏB÷sßJù=Ïj9 (#qÒäótƒ ô`ÏB ôMÏd̍»|Áö/r& (#qÝàxÿøtsur óOßgy_rãèù 4 y7Ï9ºsŒ 4s1ør& öNçlm; 3 ¨bÎ) ©!$# 7ŽÎ7yz $yJÎ/ tbqãèoYóÁtƒ ÇÌÉÈ  
Maksudnya :Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan. (Surah an-Nur : 30)

ii. Menutup aurat sebagaimana firman Allah S.W.T :
@è%ur ÏM»uZÏB÷sßJù=Ïj9 z`ôÒàÒøótƒ ô`ÏB £`Ïd̍»|Áö/r& z`ôàxÿøtsur £`ßgy_rãèù Ÿwur šúïÏö7ム£`ßgtFt^ƒÎ žwÎ) $tB tygsß $yg÷YÏB ( tûøóÎŽôØuø9ur £`Ïd̍ßJ胿2 4n?tã £`ÍkÍ5qãŠã_ ( Ÿwur šúïÏö7ム£`ßgtFt^ƒÎ žwÎ)  ÆÎgÏFs9qãèç7Ï9 ÷rr&  ÆÎgͬ!$t/#uä ÷rr& Ïä!$t/#uä  ÆÎgÏGs9qãèç/ ÷rr&  ÆÎgͬ!$oYö/r& ÷rr& Ïä!$oYö/r&  ÆÎgÏGs9qãèç/ ÷rr& £`ÎgÏRºuq÷zÎ) ÷rr& ûÓÍ_t/  ÆÎgÏRºuq÷zÎ) ÷rr& ûÓÍ_t/ £`ÎgÏ?ºuqyzr& ÷rr& £`Îgͬ!$|¡ÎS ÷rr& $tB ôMs3n=tB £`ßgãZ»yJ÷ƒr& Írr& šúüÏèÎ7»­F9$# ÎŽöxî Í<'ré& Ïpt/öM}$# z`ÏB ÉA%y`Ìh9$# Írr& È@øÿÏeÜ9$# šúïÏ%©!$# óOs9 (#rãygôàtƒ 4n?tã ÏNºuöqtã Ïä!$|¡ÏiY9$# ( Ÿwur tûøóÎŽôØo £`ÎgÎ=ã_ör'Î/ zNn=÷èãÏ9 $tB tûüÏÿøƒä `ÏB £`ÎgÏFt^ƒÎ 4 (#þqç/qè?ur n<Î) «!$# $·èŠÏHsd tmƒr& šcqãZÏB÷sßJø9$# ÷/ä3ª=yès9 šcqßsÎ=øÿè? ÇÌÊÈ  
Maksudnya : Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya. (Surah an-Nur : 31)

iii. Wujud batas/had pergaulan antara lelaki dengan perempuan. Firman
Allah S.W.T :
Maksudnya :  ... dan apabila kamu meminta sesuatu yang harus diminta dari isteri-isteri Nabi maka mintalah kepada mereka dari sebalik tabir. Cara yang demikian lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka...Surah al-Ahzaab : 535


iv. Tidak berdua-duaan di antara lelaki dan perempuan.
Sabda Rasulullah S.A.W  yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas R.A :
Maksudnya :  Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya.(Riwayat Bukhari & Muslim)
Sabda Rasulullah S.A.W lagi :
Maksudnya :  Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duaan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya.
(Riwayat Ahmad & Termizi dengan sanad yang sahih)
v. Tidak melunakkan ucapan (percakapan).   Seorang wanita dilarang melunakkan ucapannya ketika berbicara selain kepada suaminya.
Firman Allah S.W.T :
uä!$|¡ÏY»tƒ ÄcÓÉ<¨Z9$# ¨ûäøó¡s9 7tnr'Ÿ2 z`ÏiB Ïä!$|¡ÏiY9$# 4 ÈbÎ) ¨ûäøøs)¨?$# Ÿxsù z`÷èŸÒøƒrB ÉAöqs)ø9$$Î/ yìyJôÜuŠsù Ï%©!$# Îû ¾ÏmÎ7ù=s% ÖÚttB z`ù=è%ur Zwöqs% $]ùrã÷è¨B ÇÌËÈ 
Maksudnya : Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut  manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan). (Surah al-Ahzaab : 32)
vi. Tidak bersentuhan di antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram sepertimana yang diriwayatkan daripada Aisyah R.A :
Maksudnya :  Demi Allah, tangan Rasulullah S.A.W tidak pernah menyentuh tangan wanita meskipun ketika membaiat. (Riwayat al-Bukhari)

2.    Etika berpakaian juga harus dititikberatkan di mana pakaian seorang muslimah itu wajib memenuhi fungsi dasarnya iaitu menghindarkan seseorang dari dorongan berahi kerana jika aurat tidak ditutup dengan sempurna ia akan mengundang berlakunya kejadian rogol atau perbuatan zina yang boleh merosakkan maruah individu yang terlibat. Hari ini seakan menjadi trend, kebanyakan pakaian yang dipakai oleh golongan muda (ada juga yang telah berumur) terlalu pendek, ketat dan nipis. Fenomena seperti ini patut dicegah demi kesejahteraan seluruh masyarakat.

3.    Segala-saluran yang dikira boleh membawa manusia kepada perzinaan seperti rumah-rumah pelacuran, disko-disko, rumah-rumah urut dan sebagainya hendaklah dicegah ditutup keseluruhannya.

2.9 KESIMPULAN

Islam menyifatkan perbuatan zina sebagai penggugat kehidupan masyarakat dan kesejahteraan ummah. Zina adalah musuh ketat kepada institusi keluarga yang mana keluarga adalah punca dan asas kepada jatuh dan bangun sesebuah negara.Membenarkan perbuatan zina atau membiarkan masyarakat terus melakukanperbuatan dan perkara yang membawa kepada zina boleh menyebarluaskankejahatan dan keburukan di kalangan masyarakat. Ia akan menghancurkaninstitusi kekeluargaan dan akhir sekali menghancurkan ummah.Masyarakat Eropah dan masyarakat Barat pada umumnya rosak disebabkanzina. Akhlak yang mulia hancur disebabkan pergaulan yang tidak mengenalbatasan. Anak-anak gadis di bawah umur lagi sudah sedia mengenali budayaburuk ini. Dengan kata lain, anak-anak gadis pada umur 15 tahun lagi ataupunyang lebih awal dari itu sudah hilang dara. Tegasnya, bersekedudukan sebelumkahwin adalah perkara biasa bagi masyarakat barat. Oleh itu, hari ini arus
pemikiran Barat tersebar luas di kalangan masyarakat dunia. Seruan kebebasan wanita dilaungkan dan pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan tanpabatasan dianggap sebagai perlakuan biasa dalam masyarakat.
·