Wednesday, April 18, 2012

Nikmat Tuhan Kamu Yang Manakah Yang Kamu Dustakan?

0 comments

assalamualaikum...sekadar copy paste

Maka Nikmat Tuhan Kamu Yang Manakah Yang Kamu Dustakan? Pernah tak dengar ayat ni? kalau tak pernah ini sebenarnya maksud ayat dari surah ar-rahman. Ayat ini diulang 31 kali dalam surah ini dan merupakan ayat yang terbanyak di ulang dalam al-quran. Benda yang disebut berulang kali membawa maksud penegasan. Kita mudah lupa dan kadang-kadang mendustakan nikmat yang tuhan berikan pada kita. Kita tidak bersyukur dan merasakan setiap perkara baik yang berlaku itu adalah atas usaha kita. 

Contohnya nikmat akal atau ilmu yang tuhan berikan. Kita hanya merancang dan berusaha tapi ingatlah hanya Allah SWT yang mampu menjadikannya. Setiap perkara di dunia ini tidak akan berlaku tanpa keizinannya. Jadilah maka jadilah (kun fayakun). Begitu juga dengan angota badan kita, berapa hebat kita belajar silat, kung fu, teakwando DLL tapi akhir sekali kita tetap kena berserah pada Allah. Janganlah kita rasa kita hebat kerana ianya adalah nikmat yang tuhan berikan dan bukan milik kita (tuhan mampu tarik nikmat itu bila-bila masa). Jadi jangalah kita dustakan nikmat yang tuhan telah berikan.


SUBHANALLAH!

Tujuan post kali ini adalah untuk peringatkan diri sendiri supaya jangan angkuh, sombong dan bangga diri kerana semua nikmat yang saya peroleh hari ini ada dari Allah SWT.