Wednesday, December 14, 2011

AURAT

0 comments



Korang TUTUP aurat ke BUNGKUS aurat?Beza BUNGKUS dengan TUTUP adalah amat besar.

Situasi 1:
Aisyah: Ahmad, cbe teka aku tgh BUNGKUS ape?
Ahmad: Alaaa, nasi lemak.
Aisyah: Aik? Mne ko tau?
Ahmad: Aku nmpk nasi tkluar sikit tu. Lgpun aku tau ko mmg jual nasi lemak.
Aisyah: Ok2. Cbe teka nasi lemak ni byk ke sikit?
Ahmad: Alaaa lg sng. Byk la.
Aisyah: Ha? Cmne ko tau ni?
Ahmad: Tgok bntuk & saiz laa. BUNGKUSan bsar, byk. BUNGKUSan kcik, sikit. Haha kantoi.
Aisyah: Pandainye ko ni.
Ahmad: Bkn aku yg pndai, ko yg xpndai. Haha.
Aisyah: Ceh. Malas la soal.

Situasi 2:
Aisyah: Ahmad, cbe teka aku TUTUP ape dgn tudung saji ni?
Ahmad: Hmmm. Ikan goreng?
Aisyah: Salah.
Ahmad: Telur dadar?
Aisyah: Salah lg.
Ahmad: Karipap?
Aisyah: Salah jugak.
Ahmad: Fail MQA?
Aisyah: Ish. Lg la salah.
Ahmad: Abis tu ape? Mne la aku nk tau ape yg ko TUTUP tu.
Aisyah: Nasi lemak laa. Cbe teka byk ke sikit?
Ahmad: Ceh. Mne aku nk tau. Malas la jwb.

Maka pilihlah TUTUP. :-)
#shared from someone awesome.. XD

FITNAH YANG MEMBAWA PADAH

0 comments






Penulis paparkan satu kisah benar hukuman Allah ke atas seorang wanita yang menuduh wanita solehah berzina walaupun wanita solehah sudah meninggal dunia. Bacalah dan ingatlah jangan mudah kita menuduh orang berzina tanpa bukti dan saksi.

Pada suatu ketika, di Madinah telah meninggal seorang wanita muslimah yang solehah. Lalu keluarganya mencarikan seorang wanita untuk memandikan jenazah.

Ternyata wanita tersebut memiliki sifat dan tabiat yang buruk iaitu suka mengatakan kata - kata kotor , keji, dan jahat. Sambil memandikan mayat itu wanita tersebut terus mengeluarkan kata - kata kotor dan keji.

Bahkan ia berkata demikian terhadap mayat tadi , ” farji " inilah yang banyak dipakai untuk berzina!”

Subhanallah, tiba- tiba kedua tangan wanita keji tersebut melekat erat mencengkam tubuh si mayat, ia berusaha melepaskan kedua tagannya, tetapi kedua tangan itu terus mencengkam dan melekat pada tubuh si mayat.

Sementara orang yang berada diluar sudah tak sabar menunggu proses pemandian jenazah yang lama sekali. Setelah diselidiki akhirnya mereka mengetahui apa yang terjadi.

Lalu mereka segera mengirimkan beberapa orang untuk bertanya kepada alim ulama Madinah. Ada ulama yang mengusulkan agar tubuh dari mayat wanita solehah tersebut dipotong agar bisa menyelamatkan tangan wanita keji tersebut. Ada lagi yang mengusulkan agar tangan wanita keji itulah yang dipotong, dan tangannya dikubur bersama wanita itu.

Ulama Madinah tidak ada yang mampu menyelesaikan masalah tersebut. Mereka berselisih pendapat mengenai cara mengatasi masalah itu. Akhirnya mereka bersepakat untuk bertanya kepada Imam Malik rah.a. Mereka segera menemui Imam Malik dan bertanya berkenaan kejadian aneh tersebut.

Setelah mendengar pokok permasalahannya Imam Malik pergi ke tempat kejadian, lalu ia memita izin kepada keluarga untuk mengusut dari balik hijab.

Dari balik hijab Imam Malik bertanya kepada wanita yang tangannya melekat, : ”Katakan terus terang apa yang telah engkau tuduhkan kepada si mayat?”.

Wanita ini dengan raut muka yang sedih dan malu menjawab :” ketika aku memandikannya aku telah menuduhnya berzina.” .




Kemudian Imam Malik keluar dan berkata kepada pihak keluarga bahwa wanita itu telah melanggar hukum Allah karena telah menuduh tanpa bukti dan saksi sebanyak 4 orang,sehingga sesuai ketentuan Allah wanita itu harus mendapat hukuman deraan sebanyak 80 kali.

Setelah hukuman dilakukan memang tangannya terlepas dari badan mayat dan wanita tersebut bertaubat atas kelakuannya yang buruk.

Kisah di atas telah memberikan kita pelajaran bahwa jangan sembarangan membuat tuduhan kepada pihak lain tanpa bukti bukti yang kuat, disebutkan dalam kisah di atas iaitu adanya 4 orang saksi, melihat kejadian secara langsung.

Apapun alasannya dan apa pun kejadiannya menuduh tanpa bukti adalah haram hukumnya, bahkan Allah menjelaskan bahawa dosa kerana menuduh sembarangan lebih kejam daripada dosa akibat menghilangkan nyawa orang lain secara paksa.




Cubalah halusi Firman-Firman Allah dan hadith-hadith di bawah ini mengenai dosa memfitnah orang. Semoga mendapat pengajaran:-
Al-Humazah : 1"Celakalah mereka yang mengumpat dan memfitnah"
An-Nur : 19"Orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang keji itu tersiar dikalangan orang-orang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan akhirat. Allah mengetahuinya, sedang kamu tidak mengetahui."

Al-Isra'a : 36"Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta bertanggung jawabnya tentangnya."

Al-Baqarah : 191"Dan fitnah itu lebih besar bahayanya dari pembunuhan"

An-Nur : 23-24Mereka yang memfitnah perempuan suci, celakalah di dunia dan akhirat; bagi mereka hukuman yang dahsyat dihari pengadilan; lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi diatas perbuatan mereka.
Al-Buruj : 10Orang yang memfitnah orang mukmim, kemudian tidak bertaubat, bagi mereka azab jahanam dan neraka yang membakar.

Khutbah Rasul Allah di Mekah23 / 2 / 632"Menyebut 15 aspek sosial. Satunya : Jangan Memfitnah."

Dari Imam Ghazali"Mengumpat itu dosanya sama dengan berzina 30 kali."

Dari Imam Al-Mawardi"Orang yang biasa mengumpat, isi batinnya kotor"

Dari R. Muslim"Seseorang yang menutup cela seseorang yang lain didunia, akan ditutupi celanya oleh Allah pada hari kiamat."

Daripada Abu Huraira, Termidzi:"Sesiapa yang duduk didalam perhimpunan yang tidak baik hendaklah membaca doa (memuji Allah dan meminta ampun darinya) sebelum berundur diri"

Daripada Al-Nabari:"Barangsiapa yang beriman kepada Allah S.W.T dan Hari Akhirat maka hendaklah ia mengucapkan perkara-perkara yang baik atau diam"

Daripada Al-Nabari:"Wahai Rasul Allah S.A.W, manakah orang Islam yang paling baik? Rasul Allah S.A.W menjawab : Ialah yang mana orang Islam lain terselamat dari gangguan lidah dan tangannya"


Semoga kisah d iatas menjadi contoh dan dorongan untuk kita selalu berada di jalan Allah SWT

Wallahua'lam

Saturday, December 10, 2011

Kisah Menarik Perbezaan Sang Alim & Sang Abid Tanpa Ilmu

0 comments



 Satu kisah menarik yang ingin saya kongsikan bersama para pembaca sekalian. Kisah ini saya nukilkan daripada apa yang disampaikan oleh Syaikhuna al-Allamah al-Hafidz Muhammad bin Ibrahim bin Abdul Ba’ith al-Kittani al-Syafie hafizahullah ketika beliau menyampaikan ceramah di Dewan Besar Yayasan Khairiah , Kupang Baling Kedah. Kebetulan pada waktu itu, saya disuruh oleh Syaikhuna Muhammad Ibrahim hafizahullah untuk menterjemahkan ucapan beliau di dalam Bahasa Melayu agar mudah difahami oleh para pendengar.
Syaikhuna memilih untuk membicarakan tentang kelebihan ilmu dan amal bagi penuntut ilmu. Maka beliau menceritakan sebuah cerita yang menarik perhatian semua pendengar pada petang tersebut.

Pada suatu masa dahulu, terdapat seorang raja yang sangat bijak. Raja tersebut ingin mengajarkan kepada rakyat jelata suatu perkara yang sangat penting. Mungkin pada waktu itu masyarakat tidak dapat membezakan mana satu golongan alim dan mana satu golongan abid ( yang hanya beribadah tanpa ilmu) .

Maka raja memanggil seorang alim dan seorang abid yang tiada ilmu bagi membuktikan bahawa antara kedua-dua golongan ini pasti terdapat perbezaan yang jelas.

Raja menyuruh kedua-dua orang ini masuk ke dalam bilik yang berbeza. Setiap bilik diletakkan perkara yang sama iaitu diletakkan sebilah pisau, sebotol arak dan seorang wanita. Sang Raja juga mengarahkan kepada kedua-dua orang tersebut untuk melaksanakan salah satu daripada tiga perkara iaitu sama ada meminum arak, atau berzina dengan wanita tersebut atau mengambil pisau yang disediakan lalu membunuh wanita tersebut bagi mengelakkan daripada melakukan dosa zina.

Bilamana dimasukkan si alim dan si abid di dalam bilik masing-masing yang sudah tersedia di dalamnya ketiga-tiga perkara tersebut. Maka kedua-duanya sebaik sahaja berhadapan dengan ketiga-tiga perkara yang diarahkan oleh Sang Raja melaksanakan salah satu daripadanya, masing-masing punya pemikiran dan cara penyelesaian yang berbeza.

Bagaimana Sang Alim dan Sang Abid ini menyelesaikannya? Saya akan ceritakan satu persatu mengikut turutan. Kita lihat dahulu apa yang difikirkan oleh Sang Abid dan bagaimana dia menyelesaikan masalah tersebut.


SANG ABID DAN PENYELESAIANNYA

Sebaik sahaja masuk di dalam bilik tersebut, Sang abid melihat ketiga-tiga perkara telah berada di hadapannya. Sebilah pisau, sebotol arak dan seorang wanita cantik. Maka terlintas di dalam fikiran sang abid bahawa ketiga-tiga ini adalah dosa . Mengambil pisau dan menggunakan pisau tersebut untuk membunuh wanita cantik tersebut bagi mengelakkan zina adalah merupakan dosa yang besar. Berzina dengan wanita tersebut juga merupakan dosa yang besar. Perkara yang paling ringan sedikit berbanding membunuh dan berzina adalah minum arak. Maka , sang abid yang yakin dengan jalan penyelesaiannya terus mengambil botol arak dan meneguk isinya .

Apa yang berlaku seterusnya? Sebaik sang abid tersebut selesai minum arak, dia terus mabuk dan di dalam keadaan tersebut , dia menghampiri wanita cantik itu lalu mengajaknya bersetubuh dan akhirnya mereka berzina . Sebaik selesai berzina, sang abid sedar akan kesalahan yang dilakukannya . Bagi mengelakkan si wanita membongkarkan rahsianya, maka dia terus mengambil pisau dan membunuh wanita tersebut.

Maka , secara tidak sedar , Sang Abid telah melakukan ketiga-tiga perkara dosa tersebut secara sekaligus.

Bagaimana pula keadaan Sang Alim di bilik yang lain? Bagaimanakah dia menyelesaikannya?

Kita akan melihat pula bagaimanakah cara penyelesaian dan pemikiran Sang Alim tersebut.


SANG ALIM DAN PENYELESAIANNYA

Sebaik sahaja sang alim tersebut masuk ke dalam bilik itu, beliau tersentak dengan kewujudan ketiga-tiga perkara tersebut. Sang Raja telah mengarahkan agar melaksanakan salah satu daripada tiga perkara itu.

Sang Alim berfikir, “ Jika aku mengambil pisau dan membunuh wanita itu maka aku telah melakukan dosa membunuh. Membunuh adalah dosa yang besar di sisi Allah taala. Jika aku berzina dengan wanita tersebut juga ianya merupakan dosa yang besar di sisi Allah taala. Jika aku mengambil arak dan meminumnya maka itu juga merupakan dosa yang besar. Jadi bagaimanakah cara yang terbaik untuk aku laksanakan?”

Sang Alim terfikir lagi , “ Jika aku meminum arak, akalku akan hilang dan kemungkinan aku akan laksanakan perkara yang aku tidak fikirkan. Maka jalan yang terbaik pada waktu sekarang adalah dengan aku mengambil pandangan di dalam Mazhab al-Imam Abu Hanifah radhiyallahu anhu yang membenarkan seorang wanita tersebut mengahwinkan dirinya sendiri tanpa kewujudan dan persetujuan walinya”

Maka sang alim terus pergi kepada wanita tersebut dan mengatakan kepadanya : “ Wahai wanita, sudikah kamu berkahwin denganku?

Wanita tersebut bersetuju dengan cadangan yang diberikan oleh Sang Alim tersebut. Maka sang alim tersebut melafazkan lafaz nikah dan sang wanita bersetuju dan menerimanya. Maka secara hukumnya mereka telah berkahwin mengikut pendapat di dalam Mazhab al-Imam Abu Hanifah rahimahullah.

Secara tidak langsung, sang alim telah menjauhkan dirinya daripada kesemua dosa tersebut. Beliau tidak membunuh, tidak minum arak dan berzina. Malah beliau mendapatkan perkara yang lebih besar daripada itu iaitu dengan berkahwin dengan wanita cantik tersebut.

Selesai perkara tersebut, Sang Raja tersenyum kerana akhirnya beliau dapat membuktikan tetap ilmu itu lebih mulia daripada segalanya. Tanpa ilmu seseorang itu akan tersilap melakukan penilaian yang terbaik.

Thursday, December 8, 2011

KISAH SEBIJI TEMBIKAI

0 comments






Pada suatu hari, seorang ahli Sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al-Balkhir.m. telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itupulang dan diberikan kepada isterinya.
Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk di makan, ternyata buah ternbikai itu tidak elok,maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.
Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: “Kepada siapakah engkau tujukan marahmu itu?
Adakah kepada penjual, pembeli, penanam, atau Pencipta buah tembikai itu?”
Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut.
Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya: “Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu beli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga.
Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan-Nya.”
Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan iapun redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.

Wallahua'lam

MASYITAH DAN BAYINYA YANG CINTAKAN TUHAN

0 comments






Kita semua, sedia maklum bahawa Firaun mengaku dirinya Tuhan dan memaksa semua rakyat jelata agar menyembah dan memperhambakan diri padanya. Barang siapa yang engkar dengan suruhannya akan diseksa atau dihukum bunuh. Begitulah kejamnya Firaun.

Walaupun hukuman diugut dengan hukuman bunuh, terdapat beberapa orang yang telah sedar dan beriman kepada Allah. Diantaranya ialah Siti Asiah, isteri Firaun sendiri dan keluarga Masyitah.
Masyitah adalah pelayan raja yang paling lebih terkenal sebagai tukang sikat keluarga Firaun. Mereka terpaksa menyembunyikan keislaman mereka agar dengan itu mereka tidak diganggu oleh Firaun dan orang-orangnya.
Walau bagaimanapun suatu hari, sewaktu Masyitah sedang menyikat rambut salah seorang daripada puteri Firaun, tiba-tiba sikat itu terjatuh dan tanpa disengajakan dia melatah dan menyebut, “Allah!”
Puteri tersebut bertanya siapakah `Allah` itu. Pada mulanya Masyitah enggan menjawab pertanyaan itu. Namun puteri itu terus mendesak Masyitah agar menjawab pertanyaannya. Akhirnya dengan tenang Masyitah berkata, “Allah Tuhanku dan Tuhan sekalian alam .”
Puteri tersebut dengan serta-merta mengadu kepada Firaun tentang Masyitah. Firaun terperanjat apabila mendengar Masyitah menyembah selain dari dirinya. Firaun dengan kekuasaan yang ada padanya telah memerintah menterinya bernama Hamman untuk membunuh Masyitah dan keluarganya yang telah menyembah Allah.
Jasa Masyitah yang begitu banyak terhadap keluarga Firaun langsung tidak dikenang oleh Firaun. Selain menjadi tukang sikat, Masyitah juga mengasuh dan menguruskan istana. Tanpa usul periksa Firaun menjatuhkan hukuman berat kepada Masyitah dan keluarganya.
Begitulah zalim dan kejamnya Firaun yang tidak berhati perut langsung. Beginilah sikap manusia yang punya kuasa dan kedudukan, yang lupa bahawa dia juga hamba kepada Tuhan yang menciptakannya. Manusia yang lemah terus diseksa sesuka hatinya.
Di pihak Masyitah pula, dia sedar bahwa inilah masanya Tuhan hendak menguji keimanannya. Meskipun lemah fizikalnya namun Masyitah memiliki kekuatan jiwa yang sukar ditandingi oleh wanita lain. Beliau dengan lapang dada menerima apa sahaja yang hendak dilakukan oleh manusia kufur, sombong dan bongkak itu terhadapnya.
Hamman telah memaksa pengawal-pengawalnya menyediakan kawah yang besar. Hamman ingin merebus Masyitah serta keluarganya yang terdiri dari suami dan empat orang anak termasuk seorang bayi yang masih kecil.



Masyitah dan keluarganya melihat air di dalam kawah yang dimasak sehingga mendidih namun itu sedikitpun tidak menggugat keyakinan mereka kepada Allah. Sebelum ditolak ke dalam kawah tersebut, Masyitah sekeluarga telah ditanya oleh Hamman samada mahu selamat dengan menyembah Firaun kembali atau masuk ke dalam kawah dengan beriman kepada Allah. Dengan tegas mereka berkata, “Kami akan terus beriman kepada Allah sekalipun terpaksa terjun ke dalam kawah yang menggelegak ini.”
Maka Hamman pun memaksa satu-persatu keluarga Masyitah terjun ke kawah tersebut dengan sombong dan ketawa terbahak-bahak sambil menyindir dan menghina mereka. Suami Masyitah dicampak dahulu dan diikuti dengan anak-anaknya. Masyitah melihat sendiri bagaimana suami dan anak-anaknya terkapai-kapai di dalam air yang menggelegak itu. Akhirnya tinggal Masyitah bersama bayi yang sedang dikendongnya.
Di waktu itulah syaitan membisik ke telinganya, tidakkah dia rasa kasihan dan simpati pada bayinya yang masih merah dan tidak tahu apa-apa itu. Masyitah mula merasa ragu-ragu sama ada hendak membiarkan dirinya dicampak ke dalam kawah itu atau tidak. Ketika itu, dengan kuasa dan kehendak Allah, tiba-tiba anak yang masih kecil itu berkatakata berkata kepada Masyitah, ibunya, “Wahai ibu marilah kita menyusuli ayah. Sesungguhnya syurga sedang menanti kita.”
Bila mendengar kata-kata itu, Masyitah dengan rasa kehambaan kepada Allah mencampakkan diri dan anaknya ke dalam kawah yang sedang menggelegak itu. Kawah itu dikacau oleh pengawal dengan menggunakan penyudip besi. Mereka dikacau seperti ikan yang direbus. Maka matilah Masyitah bersama keluarganya demi mempertahankan aqidah dan keimanan mereka.
Walaupun di dunia ini menerima seksa dan sengsara tetapi di akhirat nanti, Allah telah menjamin syurga untuknya. Masyitah rela direbus hidup-hidup di dalam air menggelegak panas sehingga menyebabkan hancur dan masak kulit, isi dan seluruh badannya demi mempertahankan keyakinannya kepada Allah. Dia menerima segalanya dengan penuh keimanan, sabar dan redha kerana dia yakin Allah tidak akan mensia-siakan keyakinan itu.
Begitulah hebatnya keyakinan Masyitah dan keluarganya kepada Allah. Keimanannya sungguh mendalam sehingga dia tidak takut dengan ancaman Firaun. Sememangnya Allah telah menjanjikan nikmat syurga yang kekal abadi untuk Masyitah dan keluarganya.

Wallahua'lam

TAUBAT SANG PEMBUNUH

0 comments




Dan dari Abu Said Alkhudri berkata bahawa Rasulullah s.a.w. ada bersabda: Pada zaman yang terdahulu, terjadi seorang yang telah membunuh hampir sembilan puluh sembilan nyawa, kemudian ia ingin bertaubat. 
Lalu ia mencari seorang pendita dan bertanya apakah masih ada peluang untuknya bertaubat? Jawab pendita itu: Tidak ada. Maka segera dibunuh pendita itu menjadikan genap seratus orang yang telah dibunuhnya. 
Kemudian ia pergi mencari seorang alim pula dan bertanyakan akan pertanyaan yang sama. Maka dijawab oleh orang alim itu bahawa dia masih berpeluang untuk bertaubat dan tiada siapa yang boleh menghalangnya. Pergilah ke sebuah dusun di mana di situ terdapat orang-orang yang taat kepada Allah. Lakukanlah sebagaimana yang mereka semua buat dan jangan kembali ke negeri ini lagi. 
Lalu pergilah orang itu tetapi di pertengahan jalan ajalnya tiba lebih dahulu.
Maka bertengkarlah Malaikat rahmat dan Malaikat seksa. Berkatalah Malaikat rahmat: Dia telah berniat untuk bertaubat kepada Allah sepenuh hatinya. Berkata pula Malaikat seksa: Dia belum pernah berbuat kebaikan sama sekali. 
Kemudian datanglah seorang Malaikat berupa manusia sebagai hakim di antara mereka. Dia berkata: Ukur sahaja jarak di antara dua dusun yang ditinggalkan dan yang dituju, ke mana dia paling hampir masukkanlah ia kepada golongan itu. 
Setelah diukur, didapati jaraknya lebih hampir kepada dusun yang baik kira-kira sejengkal. Lalu dipegang rohnya oleh Malaikat rahmat.



Dari Abu Hurairah r.a. berkata: Saya telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Demi Allah, sesungguhnya saya membaca istighfar (memohon keampunan) dan bertaubat kepada Allah setiap hari, lebih dari tujuh puluh kali.

Wallahua'lam

KISAH GADIS BERMATA CANTIK

0 comments


Dalam kitab Jawahirul Bukhari menerangkan bahawa Hasan Basri sewaktu mudanya adalah seorang yang sangat tampan.Hasan Basri sangat suka memakai pakaian yang cantik-cantik dan kegemarannya ialah suka berjalan-jalan di sekitar Kota Basrah.

Pada suatu hari ketika Hasan Basri sedang berjalan-jalan maka dia terpandang seorang wanita yang sangat cantik dan telah menarik perhatiannya, lalu Hasan Basri mengikut belakang gadis tersebut.

Apabila wanita itu merasa ada orang mengekorinya maka dia pun menoleh ke belakang dan dia terpandang ada orang mengekorinya, lalu wanita itu berkata “Wahai orang muda!Apakah kamu tidak malu?”

Lalu wanita itu berkata “Malulah kepada Allah S.W.T yang Maha Mengetahui mata yang khianat dan apa-apa yang yang terdapat dalam hati.”

Hasan Basri tertarik kepada wanita tersebut dan terpendamlah rasa cinta dalam hatinya.Hasan Basri tidak dapat mengawal nafsunya, lalu dia tetap mengekori wanita tersebut dari belakang.

Apabila wanita tersebut melihat orang itu terus mengikutinya maka berkatalah wanita itu “Mengapa kamu terus mengikuti aku?”

Maka berkata Hasan Basri “Sebenarnya aku terpesona dengan matamu yang cantik itu”

Sebaik sahaja wanita itu mendengar kata-kata orang itu maka dia pun berkata “Baiklah oleh kerana kamu cintakan mataku ini, maka aku harap kamu tunggulah di sini, sebentar lagi aku akan berikan kepada kamu apa yang kamu kehendaki”

Setelah berkata demikian maka wanita itu pun pergi, dalam hati Hasan Basri berkata “Nampaknya dia telah menerima cintaku” Maka duduklah Hasan Basri di tempat tersebut menanti kedatangan wanita itu.

Tidak berapa lama kemudian datanglah seorang pembantu (amah) menghampiri Hasan Basri sambil memberikan sebuah kotak yang tertutup.

Lalu Hasan Basri membuka kotak tersebut dan dia terperanjat apabila dia mendapati dalam kotak tersebut terdapat sepasang biji mata.Kemudian berkata pembantu rumah itu “Tuan puteriku berkata dia tidak memerlukan mata yang menyebabkan terpesona seseorang itu”

Apabila Hasan Basri mendengar kata-kata pembantu tersebut maka gementarlah seluruh tubuhnya serta berdiri bulu romanya, dia pun memegang janggutnya lalu berkata kepada dirinya sendiri “Celaka betul kamu ini, sudahlah berjanggut masih tidak ada rasa malu, sebagaimana malu wanita itu”

Setelah Hasan Basri menyedari kesalahanya dia pun pulang ke rumah dan menangis semalaman.

Pada keesokan harinya Hasan Basri terus pergi ke rumah wanita itu untuk meminta maaf dan supaya dia menghalalkan kesalahan yang telah dia lakukan.Apabila dia menghampiri rumah wanita tersebut, maka diapun bertanya kepada mereka yang berada di situ dan Hasan Basri diberitahu bahawa wanita itu telah meninggal dunia.





Hasan Basri tidak dapat menahan kesedihannya lalu dia kembali ke rumah dan menangis selama tiga hari, pada malam yang ketiga Hasan Basri bermimpi bertemu dengan wanita tersebut , wanita tersebut telah ditempatkan di dalam syurga. Lalu Hasan Basri berkata “Kamu halalkanlah segala kesalahanku terhadapmu”

Kemudian wanita itu berkata “Sesungguhnya aku telah menghalalkan segala-galanya dan aku telah mendapat kebaikan yang banyak dari Allah S.W.T sebab kamu”

Setelah Hasan Basri mendengar perempuan tersebut maka dia pun berkata “Berikanlah kepadaku sesuatu nasihat yang baik”

Berkata wanita itu “Dengarlah nasihatku ini.Apabila kamu bersendirian hendaklah kamu berzikir kepada Allah S.W.T setiap pagi dan petang, beristigfarlah , mohonlah ampun kepada Allah S.W.T dan bertaubatlah kepadanya”

Akhirnya Hasan Basri melaksanakan segala yang di nasihatkan kepadanya sehingga dia menjadi seorang yang masyhur di kalangan masyarakat dengan zuhudnya dan taat kepada Allah S.W.T dan dia memperolehi darjat yang tinggi lagi mulia di sisi Allah S.W.T serta menjadi wali kekasih Allah.

Seorang wanita telah mencungkil matanya disebabkan menjadi bahan fitnah, tetapi hari ini wanita berlumba-lumba untuk menunjukkan aurat mereka dengan mendedahkan apa yang di larang oleh Allah S.W.T.

Wahai saudaraku tutuplah aurat sebab bakal yang akan melihat aurat itu terdiri dari mereka yang hendak merosakkan dan bukan yang hendak memelihara.Dan apabila seseorang itu cinta kepada bentuknya yang ghairah maka sesungguhnya dia itu berserta dengan syaitan.

Tidak rugi seorang wanita itu menutup auratnya, melainkan dia mendapat pahala di sisi Allah, InsyaAllah dia akan selamat dari segala macam fitnah.




Wallahua'lam