Thursday, December 8, 2011

TAUBAT SANG PEMBUNUH

0 comments




Dan dari Abu Said Alkhudri berkata bahawa Rasulullah s.a.w. ada bersabda: Pada zaman yang terdahulu, terjadi seorang yang telah membunuh hampir sembilan puluh sembilan nyawa, kemudian ia ingin bertaubat. 
Lalu ia mencari seorang pendita dan bertanya apakah masih ada peluang untuknya bertaubat? Jawab pendita itu: Tidak ada. Maka segera dibunuh pendita itu menjadikan genap seratus orang yang telah dibunuhnya. 
Kemudian ia pergi mencari seorang alim pula dan bertanyakan akan pertanyaan yang sama. Maka dijawab oleh orang alim itu bahawa dia masih berpeluang untuk bertaubat dan tiada siapa yang boleh menghalangnya. Pergilah ke sebuah dusun di mana di situ terdapat orang-orang yang taat kepada Allah. Lakukanlah sebagaimana yang mereka semua buat dan jangan kembali ke negeri ini lagi. 
Lalu pergilah orang itu tetapi di pertengahan jalan ajalnya tiba lebih dahulu.
Maka bertengkarlah Malaikat rahmat dan Malaikat seksa. Berkatalah Malaikat rahmat: Dia telah berniat untuk bertaubat kepada Allah sepenuh hatinya. Berkata pula Malaikat seksa: Dia belum pernah berbuat kebaikan sama sekali. 
Kemudian datanglah seorang Malaikat berupa manusia sebagai hakim di antara mereka. Dia berkata: Ukur sahaja jarak di antara dua dusun yang ditinggalkan dan yang dituju, ke mana dia paling hampir masukkanlah ia kepada golongan itu. 
Setelah diukur, didapati jaraknya lebih hampir kepada dusun yang baik kira-kira sejengkal. Lalu dipegang rohnya oleh Malaikat rahmat.



Dari Abu Hurairah r.a. berkata: Saya telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Demi Allah, sesungguhnya saya membaca istighfar (memohon keampunan) dan bertaubat kepada Allah setiap hari, lebih dari tujuh puluh kali.

Wallahua'lam

KISAH GADIS BERMATA CANTIK

0 comments


Dalam kitab Jawahirul Bukhari menerangkan bahawa Hasan Basri sewaktu mudanya adalah seorang yang sangat tampan.Hasan Basri sangat suka memakai pakaian yang cantik-cantik dan kegemarannya ialah suka berjalan-jalan di sekitar Kota Basrah.

Pada suatu hari ketika Hasan Basri sedang berjalan-jalan maka dia terpandang seorang wanita yang sangat cantik dan telah menarik perhatiannya, lalu Hasan Basri mengikut belakang gadis tersebut.

Apabila wanita itu merasa ada orang mengekorinya maka dia pun menoleh ke belakang dan dia terpandang ada orang mengekorinya, lalu wanita itu berkata “Wahai orang muda!Apakah kamu tidak malu?”

Lalu wanita itu berkata “Malulah kepada Allah S.W.T yang Maha Mengetahui mata yang khianat dan apa-apa yang yang terdapat dalam hati.”

Hasan Basri tertarik kepada wanita tersebut dan terpendamlah rasa cinta dalam hatinya.Hasan Basri tidak dapat mengawal nafsunya, lalu dia tetap mengekori wanita tersebut dari belakang.

Apabila wanita tersebut melihat orang itu terus mengikutinya maka berkatalah wanita itu “Mengapa kamu terus mengikuti aku?”

Maka berkata Hasan Basri “Sebenarnya aku terpesona dengan matamu yang cantik itu”

Sebaik sahaja wanita itu mendengar kata-kata orang itu maka dia pun berkata “Baiklah oleh kerana kamu cintakan mataku ini, maka aku harap kamu tunggulah di sini, sebentar lagi aku akan berikan kepada kamu apa yang kamu kehendaki”

Setelah berkata demikian maka wanita itu pun pergi, dalam hati Hasan Basri berkata “Nampaknya dia telah menerima cintaku” Maka duduklah Hasan Basri di tempat tersebut menanti kedatangan wanita itu.

Tidak berapa lama kemudian datanglah seorang pembantu (amah) menghampiri Hasan Basri sambil memberikan sebuah kotak yang tertutup.

Lalu Hasan Basri membuka kotak tersebut dan dia terperanjat apabila dia mendapati dalam kotak tersebut terdapat sepasang biji mata.Kemudian berkata pembantu rumah itu “Tuan puteriku berkata dia tidak memerlukan mata yang menyebabkan terpesona seseorang itu”

Apabila Hasan Basri mendengar kata-kata pembantu tersebut maka gementarlah seluruh tubuhnya serta berdiri bulu romanya, dia pun memegang janggutnya lalu berkata kepada dirinya sendiri “Celaka betul kamu ini, sudahlah berjanggut masih tidak ada rasa malu, sebagaimana malu wanita itu”

Setelah Hasan Basri menyedari kesalahanya dia pun pulang ke rumah dan menangis semalaman.

Pada keesokan harinya Hasan Basri terus pergi ke rumah wanita itu untuk meminta maaf dan supaya dia menghalalkan kesalahan yang telah dia lakukan.Apabila dia menghampiri rumah wanita tersebut, maka diapun bertanya kepada mereka yang berada di situ dan Hasan Basri diberitahu bahawa wanita itu telah meninggal dunia.





Hasan Basri tidak dapat menahan kesedihannya lalu dia kembali ke rumah dan menangis selama tiga hari, pada malam yang ketiga Hasan Basri bermimpi bertemu dengan wanita tersebut , wanita tersebut telah ditempatkan di dalam syurga. Lalu Hasan Basri berkata “Kamu halalkanlah segala kesalahanku terhadapmu”

Kemudian wanita itu berkata “Sesungguhnya aku telah menghalalkan segala-galanya dan aku telah mendapat kebaikan yang banyak dari Allah S.W.T sebab kamu”

Setelah Hasan Basri mendengar perempuan tersebut maka dia pun berkata “Berikanlah kepadaku sesuatu nasihat yang baik”

Berkata wanita itu “Dengarlah nasihatku ini.Apabila kamu bersendirian hendaklah kamu berzikir kepada Allah S.W.T setiap pagi dan petang, beristigfarlah , mohonlah ampun kepada Allah S.W.T dan bertaubatlah kepadanya”

Akhirnya Hasan Basri melaksanakan segala yang di nasihatkan kepadanya sehingga dia menjadi seorang yang masyhur di kalangan masyarakat dengan zuhudnya dan taat kepada Allah S.W.T dan dia memperolehi darjat yang tinggi lagi mulia di sisi Allah S.W.T serta menjadi wali kekasih Allah.

Seorang wanita telah mencungkil matanya disebabkan menjadi bahan fitnah, tetapi hari ini wanita berlumba-lumba untuk menunjukkan aurat mereka dengan mendedahkan apa yang di larang oleh Allah S.W.T.

Wahai saudaraku tutuplah aurat sebab bakal yang akan melihat aurat itu terdiri dari mereka yang hendak merosakkan dan bukan yang hendak memelihara.Dan apabila seseorang itu cinta kepada bentuknya yang ghairah maka sesungguhnya dia itu berserta dengan syaitan.

Tidak rugi seorang wanita itu menutup auratnya, melainkan dia mendapat pahala di sisi Allah, InsyaAllah dia akan selamat dari segala macam fitnah.




Wallahua'lam


Thursday, November 24, 2011

Kenapa Islam Tidak Vegetarian?

0 comments


Membunuh haiwan adalah perbuatan kejam. Mengapa Islam memilih untuk melakukan kekejaman?

Vegetarianisme kini merupakan satu aliran di serata dunia. Ramai yang mengaitkannya dengan kempen hak asasi haiwan. Mereka menganggap pengambilan daging dan hasi bukan vegetarian adalah suatu pencabulan terhadap hak asasi manusia.



Islam terlebih dahulu menyarankan belas dan ihsan keatas semua makhluk hidup. Pada masa yang sama Islam menegaskan bahawa Allah telah menciptakan tumbuhan dan binatang yang menakjubkan untuk manfaat umat manusia.

Orang Muslim boleh menjadi seorang yang vegetarian. Namun ianya tidak diwajibkan. Ia juga dilarang mengharamkan sesuatu yang tidak diharamkan dalam Islam. Ini kerana Islam membenarkan kita memakan makanan bukan vegetarian. Ayat al-Quran yang pertama dalam surah al-Maidah menceritakan :

“ Hai orang-orang yang beriman, penuhilah akad-akad itu. Dihalalkan bagi kamu binatang ternak, kecuali yang dibicarakan kepadamu…”

Tidak semestinya tidak vegetarian itu kita kelompok yang zalim. Sebenarnya Islam telah menjadikan pengganutnya hidup sesuai dengan fitrah kemanusiaan itu sendiri. Antara hujjah yang menyatakan bahawa demikian :

1 ) Daging berkhasiat dan kaya dengan protein lengkap.

Makanan bukan vegetarian merupakan sumber protein yang sangat baik. Ia mengandungi protein lengkap, iaitu kesemua 8 asid amino yang diperlukan yang tidak disintesiskan oleh tubuh dan dibekalkan di dalam diet. Daging juga mengandungi zat besi, vitamin B1 dan niasin.

2 ) Manusia mempunyai gigi omnivor

Cuba kita lihat kepada haiwan herbivor seperti lembu, kambing dan biri-biri. Semua haiwan tersebut mempunyai gigi-gigi yang rata. Ianya bersesuaian dengan diet herbivor. Jika dilihat kepada haiwan karnivor seperti harimau, singa, kesemuanya mempunyai gigi-gigi bertaring. Gigi manusia rata dan juga bertaring. Sebab itu gigi manusia dikategorikan gigi yang sesuai dengan cirri-ciri omnivor. Secara logiknya, mengapa Allah menjadikan manusia bergigi rata dan bertaring lalu ia menyuruh kita untuk memakan sayuran sahaja? Kesimpulannya manusia memerlukan kedua-dua makanan vegetarian dan bukan vegetarian.



3 ) Manusia mampu menghadam kedua-dua makanan vegetarian dan bukan vegetarian.

Sistem pencernaan haiwan herbivor hanya mampu menghadam tumbuhan. Sistem pencernaan haiwan karnivor hanya dapat menghadam daging. Tetapi sistem pencernaan manusia dapat menghadam kedua-dua makanan vegetarian dan bukan vegetarian. Sekiranya Tuhan Maha Kuasa hanya mahukan kita memakan sayuran, mengapa Ia mengurniakan kita sistem pencernaan untuk kedua-dua jenis makanan?

4 ) Agama Hindu juga membenarkan pemakanan bukan vegetarian

Kitab Hindu Manu Smruti dalam bab 5 rangkap 30 :

“Orang yang memakan daging yang boleh dimakan tidak melakukan keburukan, walaupun dia memakannya setiap hari, kerana Tuhan telah mencipta sebahagian untuk dimakan dan sebahagian lagi sebagai pemakan daging”.

5 ) Tumbuhan juga dapat merasai kesakitan

Fakta jelas pada masakini mengatakan bahawa tumbuhan juga adalah makhluk hidup. Sains hari ini menyatakan bahawa tumbuhan juga mampu merasai kesakitan. Tetapi tangisan tumbuhan tidak didengari kerana telinga manusia tidak berada dalam lingkungan 20 hertz sehingga 20,000 hertz. Apa sahaja yang berada di bawah atau diatas lingkungan tersebut tidak akan dapat didengari oleh manusia.

6 ) Lebih mulia membunuh makhluk dua deria

Ada golongan vegetarian yang berhujjah bahawa lebih elok membunuh makhluk dua deria iaitu tumbuhan. Daripada membunuh makhluk 5 deria seperti haiwan. Cuba bayangan kita mempunyai saudara yang pekak, bisu, dan buta. Apabila dewasa dia dibunuh. Apakah kita akan meminta kepada hakim untuk diringankan hukuman kerana saudara kita kekurangan deria?

Walaubagaimanapun, sebagai umat Islam kita mementingkan kesihatan. Isu makanan berzat jarang di klasifikasikan sebagai isu agama. Sedangkan ianya merupakan isu penting kesinambungan generasi hebat.

Amat sedih jika umat Islam kini apabila anak kecil mereka makan bihun. Lalu diasingkan sayur. Memakan burger dengan tanpa sayur. Sedangkan ‘orang lain’ mewajibkan malah dengan paksa menyumbat masuk kedalam mulut anak kecil mereka sayur-sayuran. Adakah kita selepas itu mahu mengkritik “kenapa anak mereka lebih pandai?”

imamudasyraf.com

P/s : Perbincangan lebih detil di dalam buku " 20 soalan paling lazim tentang Islam' m/s 20-25 versi Melayu


Tuesday, November 22, 2011

KISAH CINTA SI GEMBALA

1 comments

Cinta itu adalah anugerah Allah....dari cinta... perasaan kita tidak dapat dibohongi...kerana setiap berjauhan.. kita selalu kerinduan...
Cinta tidak mengenal usia...darjat/pangkat,usia dan warna kulit sebagai penjamin tulusnya cinta sesama kita....tentunya cinta terhadap Allah dan para Rasul menjadi utama dan tidak dapat dinafikan cinta kita terhadapa Nabi junjungan Nabi Muhammad SAW...
petang ini aku menonton kisah seorang sang gembala kambing ...telah dilamar oleh seorang bapak tua untuk anak sedaranya yang menjadi janda buat 2 hari..suaminya menceraikannya dengan begitu sahaja kerana mengikut seorang kekasih...tetapi jodoh mereka tidak berpanjangan...
sang gembala menerimannya lalu mereka bernikah....begitu sabar dan ikhlas dia membuat yang terbaik ...dan sering juga menjadi satu dugaan tetapi ia seorang yang tabah sekali....
si isteri datang dari keluarga kaya raya dan tinggal di bandar..mempunyai rumah dan harta berlimpahan.....dan isterinya juga seorang yang berpelajaran tinggi....hingga menara gading....sedangkan sang gembala hanya perusahan kandang kambing peninggalan keluarganya...dan tinggaal bersendirian...
sang gembala suka meluahkan isi dan perasaannya dengan menyanyi dengan bermain guitarnya sebagai sahabatnya ketika dia sedang berseroangan......hinggalah dia bernikah dia tetap menyanyi....sang isteri juga menyambut dan menyanyi bersama-sama...
setelah menikah..timbulah bekas kekasih yang tinggal sekampong untuk berlibur buat beberapa bulan...mereka ketemu di kedai ketika hendak membeli keperluan rumah....bekas sang kekasih merasa malu...tapi sempat meminta maaf kerana beliau yang memutuskan cinta mereka dan bernikah oranglain....
sang gembala hanya berkata itu suaratan takdir.....bekas kekasih cuba mengingatkan kisah cinta mereka..tetapi sang gembala tidak begitu minat lalu menyuruh dia berhenti bercakap tentang masa silam...anggap itu tiada jodoh....
bekas kekasih tetap mengusik tetapi sang gembala membalas dengan memberikan nasihat.....
satu hari sang gembala sedang bercakap dengan bekas kekasihnya..isterinya itu tiba-tiba datang dan terlihat mereka berdua.....marah sungguh isterinya....tetapi sang gembala yang berhati mulia dan jujur mengikutnya pulang....dia tahu isterinya cemburu...lalu pergi mendapatkannya.....di rumah mereka bertengkar sedikit..tetapi sang gambala mendamaikan dengan meminta erti cinta sebenar...walaupun mereka nikah dengan itada alasan mereka itu bercinta....tiba-tiba isterinya tersa mual-mual..ternyata isterinya hamil....
kehamilan itu membuat mereka lebih akrab dan sentiasa bersama...membuat persiapan dmei untuk menyambut kedatangan orang baru iaitu anak pertama mereka....
satu hari mereka hendaka pulang....lalu bekas suami isterinya tiba-tiba muncul dan bertanya sambil menyindiir sang gembala itu....isterinya membela dan berkata sang gembala itu adakah suaminya yang sah....
bulan berganti bulan....masa berlalu tiba masanya untuk bersalain...isterinya meminta dia bersalin di rumah ibunya di kota....sang gembala hanya menurut sahaja demi percintaan mereka dan hargai kasih dan sayang...walalupun mula-mula ia agak keberatan menerima sang gembala sebagai suaminya....
lahirnya anak sulung mereka....dan dibesarkan di rumah isterinya di kota....mereka mula terpisah dengan keadaan pekerjaannya di kampong dan isteri bersama-sama anaknya...
satu hari isterinya ketemu bekas suami yang meninggalkannya itu...mereka berkawan semula....dan bekas suaminya itu menrayu agak dia kembali kepangkuannya sebagai menebus dosa-dosa....tetapi sang isteri enggan menerimanya kerana dia masih berstatus isteri sang gembala.....
sedang mereka berjalan-jalan...sang gembala kebetulan datang dan singgah di mall....lalu dia ternampak sang isteri bersama-sama bekas suami dengan begitu mersa...tanpa dia sedari....
sang gambala tidak menemuinya..dia terus pulang ke rumah mak mertuanya itu..dan menunggu kepulangannya...
tiba di rumah...ibubapa ..si munirah(namanya)...memberitahu suaminya(manan)sang gembala..telah sampai..Munirah shock kerana sang gembali,Manan tidak menghbunginya...sebelum datang.....
bila di dalam bilik...Manan menanyakan tentang kejujuran cinta mereka dan apa telah terjadi ketika beliau tidak bersama-sama isterinya yang tinggal di kampong...tambahlagi Manan tak tahu bahawa bekas suaminya mengejar Munirah...dan bertekad untuk merampas cintany kembali dari sang gembala....
sang gembala dengan redha dan iklas memberikan pilihan kepada Munirah dan ceritakan apa yang dia dengar dan nampak perjumpaan mereka siang tadi.....
Sang Gembala berkata kepada isterinya....dia sudah tahu bekas suaminya akan mendapatkan kembali Munirah dari tangannya dan ketahuan pertemuan mereka di Mall tadi..lalu menyuruh Munirah membuat pilihan...kata-kata sang gembala sungguh mecuit hati aku lalu aku tersentuh dan mata ku berkaca-kaca....dengan diiringi lagu kesukaan aku ketika masih belum nikah lagi....iaitu lagu dari Ibnor Riza bertajuk "Meneka dalam kesamaran..."sungguh touching....menitis airmataku....hinggakan sang gembala memberikan pilihan kepada Munirah iaitu dia buatlah pilihan yang terbaik..tetapi buatlah pilihan yang bijaksana jangan samapi terluka dan dipermainkan buat kedua kalinya...kerana dia akan hidup bersama bekas suaminya itu....bekas suaminya itu juga telah ditinggalkan oleh isterinya yang tidak suka car-caranya(Imran) meperlakukan terhadapnya..(Sarah)....lalu Sarah meninggalkannya...
buat beberapa hari ini mereka tidak bertemu...masing-masing menjalani aktivitas sendiri tetapi masih ada tanda tanya pada diri masing-masing....iaitu Cinta....di mana kesetiannya..ketulusan dan kejujuran menerima cinta seseorang tanpa mengukurnya...dan siapa yang bersalah....semua persoalan memberikan mereka satu keinsafan...
Munirah ketemu dengan bekas suaminya...aku jadi penasaran kenapa dia harus ketmeu dengannya padahal pernah dikecewakan ..lalu masih lagi berhubungan....di situ letaknya "kebodohan" seseorang yang berpelajran tinggi dan mahu mengambil kembalinya...itu aku tidak setuju....
sedang sang gembala pulang ke kampong...mereka di sana membuat planning untuk bernikah dan mahu berbulan madu..dan Imran mahu Munirah meninggalkan anak(muhd) kepada ibubya...Munirah keberatan dan tidak setuju cara-cara Imran mengaturnya...
selepas itu Munirah pun pulang..dan terlihat anaknya , Muhd ada di atas katil bersendirian...Munirah berkata kepada anaknya bahawa dia tahu Muhd rindukan bapanya sang gembala...tiba-tiba Munirah menitis airmata...dan berkata dia juga rindu kepada sang gembala.....
di kampong sang gembala menyanyi sambil meluahkan isi hatinya yang begitu dalam kesedihan...sambil dia menyanyi lagi percintaannya ketika Munirah mula-mula datang dan bernyanyi bersama....dia mula menyanyi dengan penuh penghayatan..tiba-tiba Munirah timbul dan menyanyi bersama-sama....sang gembala terkejut tetapi dia teruskan bermain guitar tuanya lalu Munirah juga menyanyi....selepas itu Munirah melafzakan penyesalannya....iaitu cintanya terhadap sang gembala tiada ternilai hanya mereka sahaja yang mengetahui nilai pencintaan mereka yang penuh bermakna....iaitu cinta tetap akan ada jika seseorang itu tahu erti dan menilaikannya.....cinta tidak akan putar jika kita pandai membuatnya sentiasa bersinar seperti cahaya matahari pagi yang memberikan kehidupan kepada makluk Allah di bumi ini...
satu pencintaan yang begitu agung sekali anugerah yang Allah berikan...ini juga terpulang kepada manusia membuatnya lebih interesting dan lebih bermakna.....aku pun turut menitis airmata keinsafan...  

Tuesday, November 15, 2011

KELEBIHAN SURAH AL-INSYIRAH

2 comments



BERUNTUNGNYA ORG YG RAJIN MENGAJI. Nabi Muhammad S.A.W bersabda : "Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku".

Barangsiapa membiasakan membaca surah Alam Nasyrah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya.

Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.

Barangsiapa membaca Alam Nasyrah sembilan kali sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.
 

BERSANGKA BAIK DENGAN ALLAH

0 comments


Bersangka Baik Dengan Allah S.W.T

Setiap perkara yang berlaku ke atas manusia, samada yang baik atau sebaliknya bagi orang yang beriman,ia merupakan sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah swt. Mereka menyakini dan menyedari disebalik sesuatu peristiwa ada hikmahnya yang tersendiri dan ia akan sentiasa menyangka baik terhadap Allah swt walaupun pada zahirnya apa yang berlaku ke atas dirinya adalah suatu keburukan atau kegagalan disamping sifat redha kepada ketetapan Allah.

Begitu juga sebaliknya apabila diberi nikmat, ia sentiasa terfikir dan bermuhasabah apakah ujian yang diberikan melalui nikmat ini, yang pasti ia adalah ujian kepadanya samada ia bersyukur atau sebaliknya. Renungilah Firman Allah swt; Al-Baqarah:216.

وَعَسَى أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَعَسَى أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لا تَعْلَمُونَ
Maksudnya; Kemungkinan apa yang kamu benci adalah amat baik bagimu, dan kemungkinan (pula) apa yang kamu sukai, ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak Mengetahui.

Sabda Rasulullah saw;
عن جابر بن عبد الله رضي الله عنهما قال سمعت رسول الله صلى الله عليه و سلم يقول قبل موته بثلاث : لا يموتن أحدكم إلا وهو يحسن الظن بالله عز و جل
Maksudnya; Daripada Jabir bin Abdullah ra, aku mendengar Rasulullah saw bersabda sebelum kefawatannnya tiga kali, janganlah seseorang kamu mati melainkan menyangka baik kepada Allah swt.

Sabda Rasulullah saw;
عن أبي هريرة عن النبي صلى الله عليه و سلم قال : قال الله عز و جل أنا عند ظن عبدي بي فإن ظن بي خيرا فله الخير فلا تظنوا بالله إلا خيرا
Maksudnya; Dari Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda, Allah swt berfirman, Aku bersama sangkaan hambaKu terhadapKu, sekiranya sangkaannya terkadapKu baik maka baginya kebaikan, maka janganlah bersangka terhadap Allah swt melainkan yang baik
Adakah sifat ini akan menjadikan manusia bersikap pasif, malas berkerja dan berusaha, tidak melakukan teguran dan nasihat?

Jawapannya pasti tidak, ini kerana sifat ini menjadi pengimbang antara keinginan, kemampuan dan kehendak Allah swt. Pada hakikatnya Allah swt yang menentukan segala-galanya. Namun perlu diingat bahawa Allah swt mewajibkan manusia berusaha dengan berbagai bentuk taklifat dan tanggungjawab. Manusia akan dipertanggungjawabkan tentang taklifat tersebut bukan kejayaan atau kegagalan yang diperolehi. Justeru dengan adanya sifat baik sangka terhadap Allah, disamping sifat tawakkal dan redha, manusia akan menjadi manusia yang baik, tenang dan tidak menimbukan masalah pada diri, masyarakt dan negara.

Kebaikan Sangka Baik kepada Allah swt;
1. Keimanan dan keyakinan kepada Allah swt semakin kuat dan tinggi.
2. Hidup seseorang sentiasa berada dalam lingkungan tawakkal kepada Allah swt.
3. Hati sentiasa tenang kerana merasa apa yang berlaku ke atas diri adalah ketentuan Allah swt dan suamya mengandungi hikmah dan kebaikan tersendiri.
4. Tidak mudah putus asa apabila menghadapi sesuatu kegagalan.
5. Mendapat keredhaan Allah swt.
6. Terhindari dari sifat-sifat mazmumah seperti pemarah, sombong dan putus asa, menyalahkan orang lain dan lain-lain.

Sedarkah suatu hakikat yang ditegaskan oleh Allah swt dalam ayat 70 Surah al-Taubah;
فَمَا كَانَ اللَّهُ لِيَظْلِمَهُمْ وَلَكِنْ كَانُوا أَنْفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ
Maksudnya; Maka Allah sekali-kali tidak menzalimi mereka tetapi mereka yang menzalimi diri mereka sendiri.

Mudah-mudahan Allah menganugerahkan cahaya makrifat kepada kita, melaluinya kehidupan kita sentiasa terbimbing menuju kebahagian abadi, kabahagian di akhirat.

Wallahu A'lam.


CARA CARA MEMBERSIHKAN HATI KITA

0 comments

Bagaimanakah cara mendapatkan hati yang bersih dan tetap hidup??
1)      Selalu berzikir kepada ALLAH. Dengan berzikir, hati terus-menerus mendapat kekuatan sehingga hati menjadi sentiasa jernih. Hati yang sentiasa berzikir dipelihara kejernihannya sehingga suara hati iaitu suara fitrah menguasai perasaan dan emosi.
2)      Hendaklah hati ini sentiasa kita gunakan bagi merenung dan mengkaji ayat-ayat ataupun tanda-tanda kekuasaan ALLAH dalam setiap perkara. Biarkanlah hati ini menterjemah hikmah daripada segala sesuatu di sekeliling kita. Dengan hikmah yang kita dapat, hati kita sentiasa hidup dan bebas daripada segala penyakit.
3)      Berusaha memaksa diri bagi terus beribadat dengan ibadat yang terbaik kerana ibadat yang khusyuk menghasilkan kekuatan yang begitu besar demi keteguhan dan kebersihan hati.
Hati adalah tempat tersimpannya iman. Apabila hati kita besih, pasti iman dapat kekal di dalamnya. Keimanan tidak bertahan lama dan tidak hadir pada hati yang kotor. Keimanan hanya kekal pada hati yang bersih. Bersihkanlah hati kita selalu. Inilah modal awal untuk membuktikan yang kita orang Muslim.
ALLAH menjelaskan di dalam Al-Quran surah al-Ahzaab ayat 41 yang bermaksud “hai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) ALLAH, dengan zikir yang sebanyak-banyaknya”
4) Sifat Pemaaf Bersih Hati,Tenangkan Jiwa

KETIKA manusia diciptakan, Allah mencipta juga pelbagai bentuk emosi dan keinginan dalam diri manusia yang berbentuk positif dan negatif yang saling mempengaruhi antara satu sama lain. Antara sifat positif yang terdapat dalam diri manusia ialah pemaaf, yakni lawan kepada sifat pemarah dan pendendam.

Pemaaf adalah sifat luhur yang perlu ada pada diri setiap muslim. Ada beberapa ayat al-Quran dan hadis yang menekankan keutamaan bersifat itu yang juga disebut sebagai sifat orang yang hampir di sisi Allah.

Allah berfirman bermaksud: “Dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain, Allah menyintai orang yang berbuat kebajikan.” (Surah Ali Imran, ayat 132).