Tuesday, October 9, 2012

CARA CARI DUIT MUDAH.....

1 comments


J O M !!! S e b a r k a n   I l m u . . .

...Sambil Menjana Pendapatan Hebat

TESTIMONI




SAP ni jualan E-BOOK
Contoh Pakej SAP RM20
...harga market 5 jenis Ebook RM100..
tp beli ngn kite rm20 suma 5 jenis ebook dapat diskaun 80%..
then..bila dah beli..automatik company akan lantik kite jadi agen jual ebook...
tp bukan kite yg promote..sistem yg akan promote utk kite automatik..

if kite offline pon sistem masih lagi buat promote kat fb..

jadi bila ada orang minat nk join o beli…dia akan bayar melalui kita n kte dapat komisen..

bagusnya..bayaran sekali seumur hidup dan x da expired date.

CONTOH SITUASI SEBENAR DI DUNIA REALITI
satu hari kite pergi ke kedai buku....nk beli buku..kita masuk ke kedai kita nampak ada promosi 5 buku dapat harga promosi RM20..saya pun ambil dan bayar di kaunter...tiba kat kaunter...saya bayar...sebaik jer bayar...orang jaga kaunter tu cakap…
"awak dah beli ikut harga promosi..saya lantik awk jadi agen, tp biar kami yg buat promosi”

❤Surirumah ✔ ✔
❤Ingin mencari pendapatan tambahan✔ ✔
❤Pelajar? Ingin mendapat duit poket lebih✔ ✔
❤Masih bekerja tetapi gaji tidak mencukupi ✔ ✔
❤Diberhentikan kerja oleh majikan✔ ✔
❤Ditawarkan VSS (Skim Pemberhentian Sukarela)✔ ✔
❤Pesara atau akan bersara✔ ✔
❤Masih menganggur✔ ✔

Kepada yang berkenaan di atas jom la join bisnes SAP ni, modal hanya serendah RM20 - RM99, sekali bayar je seumur hidup, x ada expired date... Semuanya mudah dengan SAP. Tak payah promosi, tanpa cari orang, tak payah mengiklan, tak payah buat kerja, modul SAP yang bekerja untuk kita...Jom join sekarang! Klik link di bawah.
http://rm20.ibct.my/2802
http://rm99.ibct.my/978

Thursday, October 4, 2012

0 comments

PERKARA-PERKARA SAMIYYAT

JIN
Beriman kepada yang ghaib adalah termasuk salah satu asas dari akidah Islam, bahkan ianya merupakan sifat yang pertama dan utama yang dimiliki oleh Allah S.W.T. Justeru itu, bagi setiap orang Muslim, mereka wajib beriman kepada yang ghaib, tanpa sedikitpun ada rasa ragu. Dalam perkara ini Ibn Mas'ud mengatakan: Yang dimaksudkan dengan yang ghaib itu ialah segala apa saja yang ghaib dari kita dan perkara itu diberitahukan oleh Allah dan Rasul-Nya. Begitu juga jin. Jin termasuk makhluk ghaib yang wajib kita imani, kerana banyak ayat-ayat Al-Qur'an dan Hadis Nabi yang menerangkan tentang wujudnya.
Walaupun jin itu tidak dapat dilihat, maka bukanlah bererti ia tidak ada. Sebab berapa banyaknya sesuatu yang tidak dapat kita lihat di dunia ini, akan tetapi benda itu ada. Angin misalnya, kita tidak dapat melihatnya, tetapi hembusannya dapat kita rasakan. Begitu juga roh yang merupakan hakikat dari kehidupan kita, kita tidak dapat melihatnya serta tidak dapat mengetahui tentang hakikatnya akan tetapi kita tetap meyakini wujudnya.
Jin dan syaitan adalah perkara ghaib yang tidak mampu dicapai oleh manusia dan tidak dapat mengetahuinya melalui pancaindera, akal dan manusia juga tidak boleh sesekali membuat kajian ke atas mereka (jin dan syaitan), akan diterangkan secara lebih lanjut tentang hakikat, hukum beriman dengan kewujudan mereka dan apa yang berkaitan dengannya.


Definisi jin dan syaitan dari segi bahasa dan istilah: 
Perkataan jin berasal daripada bahasa arab yang terdiri daripada dua huruf iaitu jim dan nun "جن" yang bererti sesuatu yang tersembunyi sebagaimana firman Allah di dalam Al-Quran:
$£Jn=sù £`y_ Ïmøn=tã ã@ø©9$# #uäu $Y6x.öqx. ( tA$s% #x»yd În1u ( !$£Jn=sù Ÿ@sùr& tA$s% Iw =Ïmé& šúüÎ=ÏùFy$# ÇÐÏÈ  
76. ketika malam telah gelap, Dia melihat sebuah bintang (lalu) Dia berkata: "Inilah Tuhanku", tetapi tatkala bintang itu tenggelam Dia berkata: "Saya tidak suka kepada yang tenggelam."

Bahasa:        Kalimah jin diambil dari perkataan jan, ilmu ini menunjukkan suatu rahsia dan yang tersembunyi, contohnya: diambil orang gila, tersembunyi akalnya, dan tembok: perisai yang memenjarakan dengannya pembunuh, dan tersembunyi, dan janin yang mempunyai rahsianya dan sembunyinya berada dalam perut ibunya, dan syurga mengandungi pokok dan pokok kurma untuk menyembunyikan bumi.

Istilah:            Jin pada pengetahuan istilah ialah: makhluk yang akan datang dengan rupa mereka dan sesungguhnya dinamakan "Jaanan" untuk menyembunyikan mereka, dan tidak nampak mereka dengan pandangan mata kita.
Adapun syaitan-syaitan: mereka adalah jama' daripada syaitan, ia diambil dari perkataan "syaatin", iaitu menunjukkan "jauh", maka berkata: telaga "syutun" : apabila jauh daripada dasarnya, dan perang dan niat "syutun" iaitu: jauh. Syaitan merangkumi: semua perbuatan yang sombong dan derhaka daripada manusia, jin dan binatang, dinamakannya dengan gelaran tersebut untuk menjauhi mereka daripada rahmat Allah, dan berkata: ia diambil daripada: perkataan "syaatin"; dengan makna : celaka. 

Dinamakan dengan itu; kerana perbuatan mereka berakhir dengan kebinasaan, dimaksudkan dengan syaitan di sini adalah bukan perkara yang umum, bahkan yang dimaksudkan dengan syaitan yang ada dari jin yang terkeluar dari ketaatan dan suruhan kepada Allah, dan teramat sombong sifatnya. Syaitan merupakan pekerja jin, dan bukan sesuatu yang lain selain daripada itu.
Kewajiban percaya dengan kewujudan Jin:
Percaya dengan wujudnya jin, sesuatu perkara yang diketahui dengan darurat, disokong oleh beberapa dalil Quran dan hadis atas kewujudan mereka, maka sesiapa yang ingkar dengan kewujudan mereka, sesungguhnya terkeluar daripada islam. Seperti beriman kepada malaikat. Dalil kewujudan mereka ialah dalil sam'iyat yang berturutan, pertimbangan akal dalam percaya kepada kewujudan mereka adalah suatu perkara yang mungkin.dan terbang di udara, Jenis ular dan jengking dan Jenis yang menetap dan berpindah-pindah."

Dalil Kewujudan Jin:

Dalil naqli:
Firman Allah s.w.t dalam surah al-Nas:
ö@è% èŒqããr& Éb>tÎ/ Ĩ$¨Y9$# ÇÊÈ   Å7Î=tB Ĩ$¨Y9$# ÇËÈ   Ïm»s9Î) Ĩ$¨Y9$# ÇÌÈ   `ÏB Ìhx© Ĩ#uqóuqø9$# Ĩ$¨Ysƒø:$# ÇÍÈ   Ï%©!$# â¨ÈqóuqムÎû Írßß¹ ÄZ$¨Y9$# ÇÎÈ   z`ÏB Ïp¨YÉfø9$# Ĩ$¨Y9$#ur ÇÏÈ 
 Maksudnya: “Katakanlah (Wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia. “Yang Menguasai sekalian manusia,”Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, “Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, – “yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalamhati manusia, – “(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia”.

Firman Allah dalam surah al-Rahman ayat 15:
t,n=yzur ¨b!$yfø9$# `ÏB 8lÍ$¨B `ÏiB 9$¯R ÇÊÎÈ  
Maksudnya: “dan Dia telah menciptakan jin dari lidah api yang menjulang-julang”

Firman Allah dalam surah al-Hijr ayat 26-27:
.
ôs)s9ur $oYø)n=yz z`»|¡SM}$# `ÏB 9@»|Áù=|¹ ô`ÏiB :*uHxq 5bqãZó¡¨B ÇËÏÈ   ¨b!$pgø:$#ur çm»uZø)n=yz `ÏB ã@ö6s% `ÏB Í$¯R ÏQqßJ¡¡9$# ÇËÐÈ  

26. dan Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk.27. dan Kami telah menciptakan jin sebelum (Adam) dari api yang sangat panas.

Dalil aqli:
Imam al-Mawardi telah menyebut di dalam kitabnya “A’lam al-Nubuwwah” dengan memaparkan pembicaraan tentang jin dan syaitan untuk menolak dakwaan orang yang menginkari kejadian jin. Al-Mawardi membawa dua bukti untuk orang yang tidak beriman dengan dalil syarak iaitu dalil naqli dan aqli . Perbahasan yang dibawa oleh beliau merupakan suatu perbahasan yang bernilai kerana ianya berkaitan dengan tajuk ini.


Beliau mendahulukan dalil naqli dengan katanya bahawa jin merupakan makhluk yang berada di alam yang berbeza dengan manusia yang mampu bercakap. Mereka makan dan minum, bernikah kahwin dan mati tetapi tidak dapat dilihat dengan mata kasar, bahkan berbeza perbuatan dan tinggalan-tinggalan melainkan orang yang diizin oleh Allah s.w.t melihat mereka. Manusia mengenali jin melalui kitab-kitab ketuhanan dan tanda-tanda tinggalan mereka.
Para ulamak bersepakat bahawa jin itu beranak-pinak dan mati, dan ada di antara mereka yang beriman dan ada juga yang kafir, tetapi mereka(para ulamak)berselisihan tentang syaitan. Ada di antara mereka berpendapat bahawa syaitan-syaitan adalah jin-jin kafir, beranak pinak dan mati. Ada juga di antara mereka berpendapat bahawa mereka bukanlah jin tetapi anak iblis.
Dalil-dalil akal dan hujah-hujah secara kias dapat mengatasi manusia yang menginkari dan tidak beriman dengan kitab-kitab Allah s.w.t tentang kejadian jin. Allah s.w.t mencipta alam dengan empat jirim sebagai pangkal dan penyebab kejadian alam yang hidup ini iaitu tanah, air, angin dan api. Alam ini terbahagi kepada dua iaitu atas dan bawah. Alam yang bawah dijadikan dari dua jirim iaitu tanah yang diduduki oleh haiwan dan air yang diduduki oleh ikan-ikan. Kedua-duanya berada di bawah kerana air dan tanah terletak di bawah, dan adanya ikan dan haiwan kerana adanya air dan tanah. Alam yang satu lagi juga mempunyai dua jirim iaitu angin dan api.
Kejadian malaikat  kekal daripada cahaya dan jin daripada api. Oleh kerana kedudukan angin di tempat yang tinggi, maka ianya layak bagi alam malaikat yang dijadikan daripada cahaya. Mereka tidak akan turun ke bawah melainkan dengan perintah Allah s.w.t dan mereka juga tidak dapat dilihat dengan mata melainkan dengan izin Allah s.w.t. Satu lagi jirim iaitu api yang pada asalnya berada di bawah, maka ianya adalah alam bagi jin kerana kekadang mereka berada di bawah dan kekadang di atas. Oleh kerana jisim mereka yang ringan maka mereka tidak boleh dilihat dengan mata kasar melainkan dengan izin Allah s.w.t.
Inilah apa yang dibawa oleh al-Mawardi tentang perkara ini tanpa kupasan yang lengkap. Perbahasan yang dibawa oleh beliau layak dijadikan sumber kerana beliau merupakan seorang yang alim dan terkenal kedudukannya di kalangan para ulamak

Awal penciptaan jin
Allah S.W.T. menciptakan jin sebelum menciptakan manusia, dengan selisih waktu yang lama bila dikiaskan pada manusia mahupun jin sendiri. Allah S.W.T. berfirman ( maksudnya ) : "Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari tanah liat kering ( yang berasal ) dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Dan Kami telah menciptakan jin, sebelum itu dari api yang sangat panas. ( Surah Al-Hijr: 26-27 ).

Bagaimana jin dan syaitan hidup
Jin adalah makhluk yang sangat banyak sekali penduduknya, boleh dikatakan sama bilangan penduduk bumi sebanyak 5 bilion. Jarang ada suatu tempat di bumi ini yang tidak diduduki oleh jin, baik di daratan, lautan mahupun udara. Dunia mereka seperti dunia kita : Ada negara, kerajaan, berbagai bangsa & kabilah, penguasa dan rakyat jerata. Agama mereka pun tidak berbeza dengan agama manusia. Diantara mereka, alhamdulillah, ada yang Muslim dan memperoleh hidayah dari Allah S.W.T. Yang lain, beragama Masehi, Hindu, Buddha, penyembah berhala dan penganut ajaran komunis.
Tempat tinggal jin
Makhluk jin lebih mengutamakan untuk tinggal di tempat-tempat yang sunyi dan sepi dari manusia seperti di padang pasir. Ada yang tinggal di tempat-tempat kotor seperti di tempat pembuangan sampah kerana mereka memakan makanan lebihan manusia.

Ada juga mereka yang tinggal bersama manusia iaitu di dalam rumah. Abu Bakar bin Ubaid meriwayatkan: "Pada setiap rumah kaum muslimin ada jin Islam yang tinggal di atapnya, setiap kali makanan diletakkan, maka mereka turun dan makan bersama penghuni rumah."
Jin juga menjadikan tandas sebagai tempat tinggalnya. Rasullullah s.a.w. telah bersabda: "Sesungguhnya pada tiap-tiap tempat pembuangan kotoran ada didatangi jin, kerana itu bila salah seorang kamu datang ke tandas maka hendaklah ia mengucapkan doa: " Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadamu dari jin lelaki dan perempuan" (HR. Abu Dawud)
Jin juga sangat suka tinggal di lubang-lubang. Oleh kerana itu dalam sebuah hadis dijelaskan yang maksudnya: "Janganlah kamu kencing dilubang."(HR. An-Nas'i)


Kerajaan iblis
Iblis mempunyai kerajaan yang sangat besar. Ada menteri-menteri, pemerintahan dan pejabat-pejabat. Iblis juga mempunyai wakil-wakil, lima di antaranya wajib diwaspadai :
* Yang pertama, menurut kalangan Jin, bernama Tsabar. Dia selalu mendatangi orang yang sedang kesusahan atau ditimpa musibah, baik kematian isteri, anak ataupun kaum kerabat. Kemudian dia melancarkan bisikannya dan menyatakan permusuhannya kepada Allah. Diucapkannya, melalui mulut orang yang ditimpa musibah itu, keluh-kesah and caci-maki terhadap ketentuan Allah atas dirinya.
* Yang kedua, namanya ialah Dasim. Syaitan inilah yang selalu berusaha dengan sekuat tenaganya untuk mencerai-beraikan ikatan perkahwinan, membuat rasa benci antara satu sama lain di kalangan suami-isteri, sehingga menjadi penceraian. Dia adalah anak kesayangan Iblis di wilayah kerajaannya yang sangat besar.

* Yang ketiga, namanya ialah Al-A'war. Dia dan seluruh penghuni kerajaannya, adalah pakar-pakar dalam urusan mempermudah terjadinya perzinaan. Anak-anaknya menghiaskan indah bahagian bawah tubuh kaum wanita ketika mereka keluar rumah, khususnya kaum wanita masa kini, betul-betul menggembirakan Iblis di kerajaan yang besar. Segala persoalan yang menyangkut keruntuhan moral dan perzinahan berurusan dengan pejabat besar mereka.
* Yang keempat, namanya ialah Maswath, pakar dalam menciptakan kebohongan-kebohongan besar mahupun kecil. Bahkan kejahatan yang dia dan anak-anaknya lakukan sampai pada tingkat dia memperlihatkan diri dalam bentuk seseorang yang duduk dalam suatu pertemuan yang disenggarakan oleh manusia, lalu menyebarkan kebohongan yang pada gilirannya disebarkan pula oleh manusia.
* Yang kelima, namanya ialah Zalnabur. Syaitan yang satu ini berkeliaran di pasar-pasar di seluruh penjuru dunia. Merekalah yang menyebabkan pertengkaran, caci-maki, perselisihan dan bunuh-membunuh sesama manusia.

Kumpulan-kumpulan jin
Jin juga seperti manusia yang inginkan nama dan keturunan dan hidup berpuak-puak. Puak dan kumpulan jin terlalu banyak dan bercakap dalam berbagai-bagai loghat dan bahasa. Ada sesetengah ulama membahagikan Jin kepada beberapa kumpulan, antaranya ialah :-
* Kumpulan yang menunggu kubur
* Kumpulan yang menunggu gua
* Kumpulan yang menunggu mayat
* Kumpulan yang menunggu air mata air
* Kumpulan yang menunggu tasek, kolam, telok, kuala, pulau dan sebagainya.

Pemimpin-peminpin jin
Jin juga mempunyai pemimpin dan kerajaannya tersendiri. Antaranya ialah :-
* Raja Jin Alam bawah yang kafir ialah seperti Mazhab, Marrah, Ahmar, Burkhan, Syamhurash, Zubai'ah dan Maimon.
* Empat Raja Jin Ifrit ( Jin yang paling jahat ) yang mempunyai kerajaan yang besar yang menjadi menteri kepada Nabi Allah Sulaiman a.s. ialah seperti Thamrith, Munaliq, Hadlabaajin dan Shughal.
* Raja Jin Alam atas yang Islam pula ialah Rukiyaail, Jibriyaail, Samsamaali, Mikiyaail, Sarifiyaali, ‘Ainyaail dan Kasfiyaail.
* Raja Jin yang menguasai segala Jin tersebut bernama THOTHAMGHI YAM TA LI. Manakala Malaikat yang mengawal kesemua Jin-Jin di atas bernama Maithotorun yang bergelar QUTBUL JALALAH.

Jenis-jenis jin
1. Iblis bapa dan pujaan kepada semua jenis Jin, Iblis dan Syaitan.
2. Asy-Syaitan - Syaitan-Syaitan
3. Al-Maraddah - Peragu-peragu ( was-was )
4. Al-Afrit - Penipu-penipu
5. Al-A'waan - Pelayan-pelayan
6. Al-Tayaaruun - Penerbang-penerbang
7. Al-Ghawwaasuun - Penyelam-penyelam
8. At-Tawaabi - Pengikut-pengikut ( pengekor )
9. Al-Qurana - Pengawan-pengawan
10. Al-Ummaar - Pemakmur.

 Anak-anak syaitan yang lainnya
1. ZALITUUN : Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.
2. WATHIIN   : Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.
3. A'AWAN    : Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
4. HAFFAF    : Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang berada di tempat-tempat maksiat .
5. MURRAH : Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah.
6. MASUUD : Duduk dibibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan segala apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut.
7. DAASIM    : Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga. (suami-isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan perbagai bentuk kemusnahan rumahtangga).
8.WALAHAAN : Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwudhuk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain.
9. LAKHUUS : Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api dan matahari.

Ini adalah sebagaian elemen yang perlu diketahui seorang muslim berkenaan beriman dengan kewujudan jin. Kita percaya kewujudan jin itu benar namun kita perlu yakin apa-apa perbuatan memohon pertolongan dan bantuan jin adalah membawa syirik kepada Allah s.w.t. Akidah yang benar dalam masalah jin ini adalah percaya mereka wujud dan percaya pula mereka itu sama dengan kita sebagai makhluk Allah S.W.T yang diberi tugas taklif yakni beribadah dan beriman kepada Allah S.W.T.

Perbandingan antara Jin dengan perkara empirikal

Ilmu Empirikal ialah ilmu yang berdasarkan fakta yang ditanggapi oleh pancaindera zahir seperti ilmu sains tabie, geografi, dan sebagainya. Akal merupakan alat untuk merumus dan membuat kesimpulan terhadap fakta-fakta tersebut. Asas ilmu empirikal terletak pada keupayaan pada keupayaan pancaindera memikir, membuat uji kaji dan merumus. Manakala ilmu rasional pula terletak kepada keupayaan aktiviti akal."
Sedia maklum bahawa di dalam Islam, jin terbahagi kepada dua iaitu Jin islam dan Jin kafir yang mana Jin islam mematuhi perintah Allah S.W.T dan Jin kafir enggan mengakui keesaan Allah S.W.T serta melanggar perintahNya. Jika dibandingkan dengan perkara empirikal jelas sekali Jin boleh di banding bezakan dengan manusia. Manusia juga terbahagi kepada dua iaitu yang beriman dengan yang tidak beriman dengan Allah S.W.T. Manusia yang beriman akan mengakui dengan hati dengan keesaan Allah S.W.T manakala manusia yang kafir akan menyembah selain Allah S.W.T.



MALAIKAT

            Malaikat dalam islam merupakan hamba dan ciptaan Allah yang dijadikan daripada Nur atau cahaya lagi mulia dan terpelihara daripada maksiat. Mereka tidak berjantina, tidak bersuami atau isteri, tidak beribu atau berbapa, dan tidak beranak. Mereka tidak minum dan tidak makan. Kata malaikat merupakan jamak dari bahasa arab iaitu “Malak” yang bererti kekuatan. Jadi malaikat adalah kekuatan-kekuatan yang patuh pada ketentuan dan perintah Allah.
Sebagai seorang islam yang beriman, wajib baginya mengetahui kewujudan malaikat. Percaya kepada para malaikat merupakan rukun iman yang kedua. Setiap muslim yang mengucap syahadah wajib mempercayai adanya malaikat. Zat malaikat adalah halus, tidak nampak oleh mata kasar manusia biasa tetapi mampu dilihat oleh manusia luar biasa seperti Nabi dan Rasul. Rupa malaikat yang sebenar hanya Allah sahaja yang tahu. Namun berdasarkan hadis, malaikat mampu menjelma dalam pelbagai rupa manusia dan bentuk makhluk yang lain. Mereka berakal, boleh berkata-kata dan boleh bergerak ke suatu jarak yang jauh dalam masa yang singkat
Firman Allah S.W.T. dalam surah Fatir, ayat 1; “segala puji bagi Allah penccipta langit dan bumi, yang menjadikan malaikat sebagai utusan-utusan untuk menguruskan bermacam-macam urusan, yang mempunyai sayap, masing-masing ada yang dua, tiga dan empat. Allah menambahkan pada ciptaan-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu”.
Selain dapada itu, dalil-dalil dari hadis Rasulluah S.A.W. juga sangat banyak. Antaranya hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim yang berasal dari Umar ibnul Khattab menceritakan peristiwa Rasulullah sewaktu ditanya berkenaan iman. Baginda menjawab; “Hendaklah engkau percaya kepada Allah, para malaikatNya, para RasulNya, hari kiamat dan takdir baik dan burukNya”. Dengan ayat Al-quran dan Hadis ini, dapatlah dibuktikan akan wujudnya malaikat.

Definisi Malaikat

Menurut bahasa: kata “Malaikat” merupakan kata jamak yang berasal dari Arab  malak (ملك) yang bererti kekuatan, yang berasal dari kata masdar “al-alukah” yang bererti risalah atau misi.

Menurut istilah: malaikat dalah makhluk ciptaan Allah yang berbadan halus yang di ciptakan daripada cahaya dan di ciptakan sebelum manusia. Malaikat di kurniakan oleh Allah dengan banyak kebolehan dan sifatnya berlawanan dengan manusia dan jin.

Dalil-Dalil Kewujudan Malaikat

Kita wajib beriman kepada malaikat. Malaikat ialah makhluk Allah yang dijadikan daripada cahaya. Allah menjadikan malaikat sebagai makhlukNya yang sangat setia bertasbih sepanjang masa.Ada dikalangan malaikat yang diberi kelebihan daripada malaikat yang lain seperti malaikat Jibril, Mikail dan Israfil.

Dalil Naqli
  1. Al-Quran :
وَمَنْ يَكْفُرْ بِاللَّهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ وَالْيَوْمِ الْآَخِرِ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالًا بَعِيدًا

Maksudnya : "..sesiapa yang kufur ingkar kepada Allah dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya dan Rasul-rasulNya dan juga Hari Akhirat, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh." 
[An-Nisa ayat 136]
  1. Hadith Nabi :

Antaranya hadith nabi yang mengisahkan malaikat Jibril yang menyerupai Dihyah AlKalibi dimasjid bertanyakan iman, islam dan ihsan kepada Rasulullah.
Hadith yang lain antaranya mengenai pekerjaan malaikat :

تَعَاقَبُونَ فِيكُمْ مَلَائِكَةٌ بِاللَّيْلِ وَمَلَائِكَةٌ بِالنَّهَارِ
Para malaikat berdamping dengan manusia pada malam hari dan siang.
3. Bukti bahawa malaikat menyerupai sahabat nabi seperti Dihyah AlKalibi. Manakala, malaikat juga dilihat bersama-sama membantu muslimin ketika peperangan Badar AlKubra.
4. Zaman berzaman orang muslimin percaya malaikat sehingga ke hari ini.

Dalil Aqli
1. Malaikat adalah makhluk yang ghaib. Apabila kita beriman kewujudan ALlah begitu juga beriman dengan kewujudan malaikat.
2. Kewujudan malaikat dapat dibuktikan melalui beberapa peristiwa :
- Peristiwa penurunan wahyu kepada Nabi Muhammad adalah melalui makhluk Allah yang bernama Jibril 'Alaihissalam. Kewujudan malaikat yang bernama Jibril tersebut merupakan perantaraan wahyu kepada Baginda.
- Manusia yang ketika tidak dikawal dijaga oleh malaikat. Seperti keadaan manusia yang sudah tidur dijaga oleh para malaikat. Ada yang mengatakan namanya Hafazah. Iaitu malaikat yang ditugaskan untuk menjaga manusia setiap masa.
Sifat-Sifat Malaikat

1. Malaikat dicipta daripada cahaya
Sabda Rasulullah saw yang diriwayatkan daripada Aisyah RA :
"Malaikat dicipta daripada cahaya, jin dicipta daripada api dan manusia dicipta daripada apa yang diceritakan kepadamu (tanah)" [Riwayat Muslim]

2. Malaikat tidak berkehendak, tiada nafsu.
Dan mereka berkata: "Mengapa rasul itu memakan makanan dan berjalan di pasar-pasar? Mengapa tidak diturunkan kepadanya seorang malaikat agar malaikat itu memberikan peringatan bersama- sama dengan dia?" [Al-Furqaan : 7]

3. Malaikat taat melaksanakan perintah Allah tanpa sedikitpun membantah.
"Sesungguhnya malaikat-malaikat yang ada di sisi Tuhanmu tidaklah merasa enggan menyembah Allah dan mereka mentasbihkan-Nya dan hanya kepada-Nya-lah mereka bersujud." [Al-A'raaf : 206]

4. Malaikat dikurniakan Allah kekuatan.
"Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung 'Arsy Tuhanmu di atas (kepala) mereka." [Al-Haaqqah : 17]

5. Malaikat boleh berubah menjadi apa jua bentuk dengan izin Allah.
Dan tatkala datang utusan-utusan Kami (para malaikat) itu kepada Luth, dia merasa susah dan merasa sempit dadanya karena kedatangan mereka, dan dia berkata: "Ini adalah hari yang amat sulit" [Huud : 77]



Nama dan tugas para Malaikat

Di antara para malaikat yang wajib setiap orang Islam ketahui sebagai salah satu Rukun Iman, berdasarkan Al Qur'an dan hadits. Nama (panggilan) berserta tugas-tugas mereka adalah sebagai berikut:
  • Jibril - Pemimpin para malaikat, bertugas menyampaikan wahyu dan mengajarkannya kepada para nabi dan rasul.
  • Mikail - Membagi rezeki kepada seluruh makhluk.
  • Israfil - Meniup sangkakala (terompet) pada hari kiamat.
  • Munkar dan Nakir - Memeriksa amal manusia di alam barzakh.
  • Izrail - Mencabut nyawa seluruh makhluk.
  • Ridwan - Menjaga pintu syurga.
  • Malik - Pemimpin Malaikat Zabaniah dan penjaga neraka.
  • Zabaniah - 19 malaikat penyiksa dalam neraka yang bengis dan kasar







Fungsi dan tugas-tugas malaikat

Jumlah malaikat sangat banyak. Tidak ada yang dapat mengetahui jumlah sesungguhnya kecuali Allah SWT. Mereka mempunyai tugas dengan fungsi yang berbeza-beza. Mereka menjalankan tugasnya secara profesional, mereka tidak pernah mengingkari tugas dan tidak pernah istirehat dalam menjalankan tugas yang dibebankan kepada mereka dengan penuh ketundukan dan kepatuhan kepada Allah SWT. Antara tugas-tugas Malaikat seperti membawa wahyu kepada para Nabi dan Rasul, bertasbih dan patuh dan sujud pada Allah, memikul Arsy, dan berdoa untuk orang-orang beriman. Dalam ilmu Tauhid, umat Islam diwajibkan mengenal 10 malaikat dan tugasan mereka.

Malaikat Jibrail diberikan amanat untuk menyampaikan wahyu, turun membawa petunjuk kepada Rasul agar disampaikan kepada umat. Allah Taala berfirman, "Dan sungguh dia (Muhammad) telah melihatnya (Jibril) di ufuk yang terang"(QS. At Takwiir : 23) Rasulullah S.A.W. bersabda, "Aku melihatnya (Jibril) turun dari langit, tubuhnya yang besar menutupi antara langit sampai bumi”.
Malaikat Mikail diserahi tugas mengatur hujan dan tumbuh-tumbuhan dimana semua rezki di dunia ini berkaitan erat dengan keduanya. Terdapat penyebutan Jibril dan Mikail secara bersamaan dalam satu ayat, Allah Taala berfirman, "Barangsiapa menjadi musuh Allah, malaikat-malaikat Nya, rasul-rasul-Nya, Jibril dan Mikail, maka sesungguhnya Allah musuh bagi orang-orang kafir"(QS. Al Baqarah : 98)

Malaikat Israfil Dia diserahi tugas meniup sangkakala atas perintah Rabb-nya dengan tiga kali tiupan. Pertama adalah tiupan keterkejutan, tiupan kedua adalah tiupan kematian dan tiupan ketiga adalah tiupan kebangkitan.

Malaikat Izrail, Tugasnya ialah mengambil nyawa, iaitu mematikan apabila sudah sampai ajal, dan tugasnya mengambil nyawa tidak akan cepat sesaat dan tidak akan lewat sesaat. Allah Taala berfirman, "Mereka berseru, 'Hai Malik, biarlah Rabb-mu membunuh kami saja'. Dia menjawab, 'Kamu akan tetap tinggal (di Neraka ini)'.

Sesungguhnya Kami telah membawa kebenaran kepada kamu tetapi kebanyakan diantara kamu benci kepada kebenaran itu"(QS. Az Zukruf : 77-78)

Malaikat Munkar dan Malaikat Nakir. Tugasnya menyoal orang mati di alam kubur. hadis Abu Hurairah, Rasulullah S.A.W. bersabda, "Tatkala orang yang mati telah dikubur, datanglah kepadanya dua malaikat yang hitam kebiruan, salah satu diantara keduanya dinamakan Munkar dan yang lainnya dinamakan Nakir".

Malaikat Raqib dan Malaikat Atid. Tugas malaikat Raqib ialah menulis pahala bagi orang yang membuat kebaikan. Tugas malaikat Atid adalah untuk menulis dosa bagi orang yang membuat mungkar dan kejahatan. Makna Raqib dan Atid ialah dua malaikat yang hadir.

Malaikat Ridhwan. Tugasnya menjaga syurga dan menyambut ahli syurga.Malaikat Malik. Tugasnya menjaga neraka dan menyambut ahli neraka. Allah Ta'ala berfirman, "Mereka berseru, 'Hai Malik, biarlah Tuhanmu membunuh kami saja'. Dia menjawab, 'Kamu akan tetap tinggal (di Neraka ini)'. Sesungguhnya Kami telah membawa kebenaran kepada kamu tetapi kebanyakan diantara kamu benci kepada kebenaran itu"(QS. Az-Zukruf:77-78).

Penutup

Daripada saya mengkaji sama ada Allah itu berada di atas arasy atau tidak bertempat, atau mempunyai tangan atau tidak mempunyai tangan, yang akhirnya tidak mendatangkan jawapan sebaliknya kekeliruan demi kekeliruan yang menatijahkan perdebatan sia-sia, lebih baik saya mengkaji ciptaan-Nya untuk memerhatikan tanda-tanda kekuasaan-Nya. Bagi saya, perkara itu lebih menambah iman.
Di sini, dapatlah disimpulkan bahawa malaikat itu wujud. Sebagai umat kita haruslah yakin dan percaya akan makhluk ciptaan Allah S.W.T. yang dicipta untuk menguruskan hal-hal manusia serta segala yang berada di alam ini. Kita haruslah yakin kepada rukun iman yang kedua ini iaitu Percaya kepada malaikat. Malakat merupakan makhluk yang mulia dalam penciptaan dan akhlaknya, mula disisi Allah, suci dan bersih Zat, sifat dan pekerjaannya. Mereka juga sangat patuh kepada Allah azza wajalla, mereka adalah sejenis makhluk diantara makhluk Allah ang diciptakan daripada Nur untuk beribadat kepada-Nya.
Malaikat juga tidak berjantina, tidak bersuami, tidak beribu atau berbapa, dan tidak beranak. Mereka juga tidak tidur dan tidak makan serta tidak minum. Mereka mampu menjelma kepada rupa yg dikehendaki dengan izin Allah.Selain daripada itu, kewujudan malaikat dapat diyakini dengan mengetahui bagaimanakah cara malaikat menyembah kepada Tuhannya. Malaiakat menyembah kepada Allah dengan berbagai-bagai cara, antaranya dengan bertasbih berterusan dan tiada henti-hentinya. Bagi umat Islam yang menolak kepercayaan kepada kewujudan malaikat, maka berdosalah baginya.
Tambahan lagi, kita dapat mengetahui tugas-tugas 10 malaikat utama yang Allah ciptakan seperti Jibrail, Israfil, Izrail, Munkar, Nakir, Ridhwan, Malik, Rqib dan Atid. Kita mengetahui bahawa mereka diciptakan terlebih dahulu dari penciptaan Adam. Natijahnya, percaya akan kewujudan malaikat akan meningkatkan ketakwaan kepada Allah S.W.T.
Perbandingan antara Malaikat dengan perkara empirikal

Ilmu Empirikal ialah ilmu yang berdasarkan fakta yang ditanggapi oleh pancaindera zahir seperti ilmu sains tabie, geografi, dan sebagainya. Akal merupakan alat untuk merumus dan membuat kesimpulan terhadap fakta-fakta tersebut. Asas ilmu empirikal terletak pada keupayaan pada keupayaan pancaindera memikir, membuat uji kaji dan merumus. Manakala ilmu rasional pula terletak kepada keupayaan aktiviti akal."
Saya berpendapat bahawa tiada salahnya untuk menterjemahkan rupa bentuk Malaikat melalui pendekatan sains. Malaikat adalah salah satu makhluk Allah dan sudah pastinya ia sebahagian dari sunnatullah. Selagi kita tidak melampaui keterbasan akal dengan mengkaji Zat Allah, bagi saya tidak salah sekiranya mengkaji ciptaan Allah termasuk Malaikat sendiri. Bukankah Allah sendiri menggalakkan kita melihat tanda-tanda kekuasaan-Nya dengan mengkaji alam-Nya?
Perbandingan antara malaikat dengan perkara empirikal adalah boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian antaranya adalah orang Islam yang beriman kepada Allah dengan sebenar-benar keimanan dan takut untuk melanggar perintah-Nya hal ini bertepatan dengan malaikat yang merupakan makhluk ciptaan Allah yang sangat patuh atas segala Perintah Allah. Perbandingan yang kedua adalah malaikat dengan Anggota keselamatan kerana antara tugas malaikat adalah menjaga keamanan di Dunia dan memberi rezeki atas arahan Allah S.W.T.






SYURGA DAN NERAKA

Syurga dan neraka adalah dua makhluk diciptaan Allah S.W.T. yang setia menanti para penghuninya. Syurga dinyatakan dalam Al-Qur’an sebagai “kediaman damai” yang merupakan ganjaran daripada Allah S.W.T. kepada hamba-hambaNya yang beriman dan bertaqwa. Neraka pula dinyatakan sebagai tempat menakutkan yang tidak mampu digambarkan oleh khayalan manusia.

žcÎ) tûïÏ%©!$# (#qãZtB#uä (#qè=ÏHxåur ÏM»ysÎ=»¢Á9$# y7Í´¯»s9'ré& ö/ãf çŽöy{ Ïp­ƒÎŽy9ø9$# ÇÐÈ   ôMèdät!#ty_ yZÏã öNÍkÍh5u àM»¨Zy_ 5bôtã ̍øgrB `ÏB $uhÏGøtrB ㍻pk÷XF{$# tûïÏ$Î#»yz !$pkŽÏù #Yt/r& ( zÓÅ̧ ª!$# öNåk÷]tã (#qàÊuur çm÷Ztã 4 y7Ï9ºsŒ ô`yJÏ9 zÓÅ´yz ¼çm­/u ÇÑÈ  
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal shalih, mereka itu adalah sebaik-baik makhluk. Balasan mereka di sisi Rabb mereka ialah surga ‘Adn yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah ridha terhadap mereka, dan mereka pun ridha kepada-Nya. Yang demikian itu adalah (balasan) bagi orang yang takut kepada Rabbnya.” (Al Bayyinah 7-8)

Ÿxsù ãNn=÷ès? Ó§øÿtR !$¨B uÅ"÷zé& Mçlm; `ÏiB Ío§è% &ûãüôãr& Lä!#ty_ $yJÎ/ (#qçR%x. tbqè=yJ÷ètƒ ÇÊÐÈ  
“Tidak seorang pun mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka, yaitu (bermacam-macam nikmat) yang menyenangkan pandangan mata sebagai balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan.” (As Sajdah 17)


Definisi syurga

Di dalam bahasa Arab syurga disebut dengan al – jannah atau al-hadiqah zatusy syajar (kebun atau taman yang terdiri dari berbagai macam pepohonan). Maka syurga difahami dengan berbagai macam kenikmatan dan kelazatan yang luar biasa. 

Para ulama membahagi syurga kepada 3 bahagian :
1. Jannatul Ikhtisas
2. Jannatul Mirats
3. Jannatul A’mal

Jannatul Ikhtisas adalah syurga yang disediakan bagi anak-anak kecil yang meninggal sebelum dikenakan kewajiban. Iaitu meninggal dibawah umur 6 tahun. Juga Allah akan menempatkan siapa saja yang di kehendaki dalam syurga Ikhtisas ini dan orang-orang yang hilang akalnya. Iaitu orang yang baik kelakuannya ketika masih normal kemudian menderika sakit ingatan sampai meninggal.

Adapun Jannatul Mirats ialah tempat di surga yang mestinya disediakan bagi orang-orang kafir seandainya mereka beriman. Jelasnya, oleh kerana tempat-tempat yang disediakan itu tidak jadi diisi oleh orang orang tak beriman, maka tempat-tempat tadi dibagikan kepada ahli syurga, sebagai pembahagian tambahan (warisan). Setelah tempat–tempat yang telah ditentukan sendiri bagi mereka masing–masing.

Kemudian Jannatul A’mal ialah syurga yang disediakan bagi orang-orang mukmin berdasarkan amal-amalnya. Syurga inilah yang baghaiannya tidak sama, bahkan menurut amalnya sendiri-sendiri.
Tingkatan dan nama-nama syurga ialah :       
1. Surga :

A. Syurga Firdaus
Mengenai surga firdaus ini, dalam Al Quran, surah Al Kahfi, ayat 107, Allah Subhanhu Wa Ta'ala. telah menegaskan:
107. Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal saleh, bagi mereka adalah syurga Firdaus menjadi tempat tinggal,
Juga penegasanya dalam Al Quran, surah Al Mu'minuun, ayat 9-11.
9. Dan orang-orang yang memelihara sembahyangnya.
10. Mereka Itulah orang-orang yang akan mewarisi,
11. (yakni) yang akan mewarisi syurga Firdaus. mereka kekal di dalamnya.

B. Syurga Adn
Surga Adn ini telah banyak sekali dijelaskan dalam Al Quran. iaitu sebagai berikut: Firman Allah Subhanhu Wa Ta'ala. di dalam surah Taha, ayat 76.
76. (iaitu) syurga Adn yang mengalir sungai-sungai di bawahnya, mereka kekal di dalamnya. dan itu adalah balasan bagi orang yang bersih (dari kekafiran dan kemaksiatan).
Firman-nya lagi didalam surah Shaad, ayat 50 :
50. (iaitu) syurga Adn yang pintu-pintunya terbuka bagi mereka,

C. Syurga Na'iim
Dalam Al Qur'an surah al Hajj, ayat 56. Allah Subhanhu Wa Ta'ala. telah menegaskan :
56. Kekuasaan di hari itu ada pada Allah, dia memberi Keputusan di antara mereka. Maka orang-orang yang beriman dan beramal soleh adalah di dalam syurga yang penuh kenikmatan.
Firman-nya lagi dalam surah Luqman, ayat 8 :
8. Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, bagi mereka syurga-syurga yang penuh kenikmatan

D. Syurga Ma'wa
Banyak sekali didalam Al Quran dijelaskan, antara lain Surah As Sajdah, ayat 19 
Allah Subhanhu Wa Ta'ala. menegaskan:
19. Adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, Maka bagi mereka jannah tempat kediaman, sebagai pahala terhadap apa yang mereka kerjakan.
Firman-nya lagi didalam surah An Naziat, ayat 41:
41. Maka Sesungguhnya syurgalah tempat tinggal(nya).

E. Syurga Darussalam
Mengenai surga Darussalam ini, telah banyak dijelaskan didalam Al Quran, diantaranya ialah : Dalam surah Yunus, ayat 25 :
25. Allah menyeru (manusia) ke darussalam (surga), dan menunjuki orang yang dikehendaki-Nya kepada jalan yang lurus (Islam)[685].
[685] erti kalimat darussalam ialah: tempat yang penuh kedamaian dan keselamatan. pimpinan (hidayah) Allah berupa akal dan wahyu untuk mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat.

F. Syurga Darul Muqoomah
Sesuai dengan penegasan Allah Subhanhu Wa Ta'ala. di dalam Al Qur'an, surah Faathir, ayat 34-35 :
34. Dan mereka berkata: "Segala puji bagi Allah yang Telah menghilangkan duka cita dari kami. Sesungguhnya Tuhan kami benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri.
35. Yang menempatkan kami dalam tempat yang kekal (syurga) dari kurnia-Nya; didalamnya kami tiada merasa lelah dan tiada pula merasa lesu".

G. Syurga Maqoomul Amin
Sesuai dangan penegasan Allah Subhanhu Wa Ta'ala. didalam Al Quran, sura Ad Dukhan, ayat 51 :
51. Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa berada dalam tempat yang aman,

H. Syurga Khuldi
Di dalam Al Quran tepatnya sura Al Furqaan, ayat 15, Allah Subhanhu Wa Ta'ala. telah menegaskan :
15. Katakanlah: "Apa (azab) yang demikian itukah yang baik, atau syurga yang kekal yang Telah dijanjikan kepada orang-orang yang bertaqwa?" dia menjadi balasan dan tempat kembali bagi mereka?".
Kenikmatan Syurga

Dari Abi Hurairah r.a : Rasulullah s.a.w bersabda: “Berfirman Allah a.w.j : Aku sediakan kepada hamba-hambaku yang soleh; apa yang tidak pernah dilihat oleh mata,tidak pernah terdengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas dalam fikiran serta hati manusia” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Beberapa Nikmat Syurga Secara Ringkas

1.    Pohon Syurga
Dari Sahl bin Saad r.a sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: ((Sesungguhnya di dalam syurga ada satu pohon yang mana berjalan di bawah bayangnya seorang penunggang selama seratus tahun, belum lepas dari bayangnya)) Riwayat Muslim

2.    Istana, Khemah dan Kamar Syurga
(Az-Zumar) 20. Tetapi (sebaliknya) orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka (dengan mengerjakan suruhanNya dan menjauhi laranganNya), dibina untuk mereka (di dalam syurga) mahligai-mahligai yang tinggi bertingkat-tingkat, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai. Demikianlah janji yang ditetapkan Allah; Allah tidak sekali-kali akan mengubah janji-janjiNya.
Sabda Rasullah s.a.w : ((Sesungguhnya ahli syurga akan memandang ahli kamar di atasnya seperti kamu melihat bintang di langit meluncur dari ufuk  timur atau  barat, kerana kelebihan di antara mereka)) Para sahabat bertanya: “Itukah tempat para nabi yang tidak sampai kepadanya orang lain?” Rasulullah bersabda: ((Bahkan – Demi Allah yang nyawaku dalam tanganNya- lelaki-lelaki yang beriman kepada Allah dan membenarkan para rasul)) Riwayat Muslim.
3.    Pasar Jumaat
Dari Anas bin Malik r.a , sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: ((Sesungguhnya di dalam syurga ada satu pasar yang akan dikunjungi oleh penghuninya pada setiap Jumaat. Lalu akan bertiup ke arah mereka angin dari utara lantas menyapu wajah dan pakaian mereka. Kemudian dia kembali kepada keluarganya dalam keadaan bertambah keelokan dan kecantikannya…)) Riwayat Muslim.

4.    Sungai Syurga
(Muhammad: 15) Sifat syurga Yang telah dijanjikan kepada orang-orang Yang bertaqwa (ialah seperti berikut): ada padanya beberapa sungai dari air yang tidak berubah (rasa dan baunya), dan beberapa sungai dari susu yang tidak berubah rasanya, serta beberapa sungai dari arak yang lazat bagi orang-orang yang meminumnya, dan juga beberapa sungai dari madu yang suci bersih. dan ada pula untuk mereka di sana Segala jenis buah-buahan, serta keredaan dari Tuhan mereka.

5. Bidadari Syurga

(Ar-Rahman: 56). Dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), Yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin;
Sabda Rasulullah s.a.w: ((Sekiranya seorang wanita dari bidadari penghuni syurga menjenguk kepada bumi, nescaya akan menyinari setiap yang ada di dalamnya dan akan memenuhi keduanya dengan haruman. Sesungguhnya penutup wajah bidadari di atas kepalanya lebih baik dari dunia dan seluruh isinya)) Riwayat Tirmizi.


Tingkatan dan nama-nama neraka ialah :
Pengertian Neraka

Neraka disebut dengan al-nar “النار” (api yang menyala). Oleh sebab itu neraka difahami sebagai tempat yang dipenuhi dengan berbagai macam azab dan siksaan serta balasan bagi orang-orang yang berbuat dosa atau kesalahan. Oleh sebab itu neraka disebut juga dengan mautin al- azab (tempat untuk berlakunya siksaan). 

2. Neraka :
Neraka adalah tempat penyiksaan bagi mahluk Allah yang membangkang. Mereka adalah orang-orang yang membangkang terhadap syariat Allah dan mengingkari Rasulullah S.A.W.perkata neraka sering disebutkan dalam kitab suci Al-Qur'an dan jumlahnya sangat banyak sekali. Dalam bahasa Arab disebut naarالنار (an-nar).
Siapapun orang yang dimasukkan ke dalam neraka, dia tidak akan keluar darinya. Pintu neraka berdiri kukuh dan tertutup rapat. Itulah penjara bagi orang-orang yang menganggap remeh berita tentang pengadilan akhirat. Ada juga orang-orang yang terakhir sekali masuk syurga, setelah mereka di siksa sesuai dengan dosa-dosanya yang telah mereka lakukan.
Didalam Al-Quran disebutkan bahan bakar neraka adalah dari manusia dan batu (ada yang mengartikan berhala). Pintu gerbang Neraka di pimpin oleh Malaikat Malik, yang memiliki 19 malaikat penyiksa didalam Neraka, salah satunya yang disebut namanya dalam Al-Qur'an adalah Zabaniah.

Walaupun neraka sering digambarkan sebagai tempat penyiksaan yang teramat panas, tetapi ada hawa neraka menjadi teramat sangat dingin. Disebutkan di dalam Al-Qur'an:

#x»yd çnqè%räuù=sù ÒOŠÏHxq ×-$¡¡xîur ÇÎÐÈ  
“Inilah (azab neraka), biarlah mereka merasakannya, (minuman mereka) air yang sangat panas dan air yang sangat dingin. (Sad 57)”

Siksaan di dalam neraka yang paling ringan diberikan terompah api yang boleh membuatkan otak mereka mendidih. “Sesungguhnya penghuni neraka yang paling ringan siksaannya ialah orang yang diberi sepasang terompah yang talinya terbuat dari api neraka, lalu mendidihlah otaknya kerana panasnya yang laksana air panas mendidih di dalam periuk. Dia mengira tiada seorang pun yang menerima siksaan lebih dahsyat dari itu, padahal dialah orang yang mendapat siksaan paling ringan.” (HR. Bukhari-Muslim)

A. Huthamah
Neraka yang disediakan untuk orang yang gemar mengumpulkan harta berupa emas, perak, mereka yang serakah tidak mau mengeluarkan zakat harta dan menghina orang miskin. Di neraka ini harta yang mereka kumpulkan akan dibawa dan dibakar untuk diminumkan sebagai siksaan kepada manusia pengumpul harta. Surah Al-Humazah .


B. Hawiyah
Nama neraka ini tercantum dalam Al-Quran Sura Al-Qariah ayat 9-10.
¼çmBé'sù ×ptƒÍr$yd ÇÒÈ   !$tBur y71u÷Šr& $tB ÷muÏd ÇÊÉÈ  
Neraka yang diperuntukkan atas orang-orang yang ringan timbangan amalnya, yaitu mereka yang selama hidup didunia mengerjakan kebaikan bercampur dengan keburukan. Orang muslim laki dan perempuan yang tidak tanduknya tidak sesuai dengan ajaran agama Islam, seperti para wanita muslim yang tidak menggunakan jilbab, bagi para lelaki muslim yang sering memakai sutera dan emas, mencari rezeki dengan cara tidak halal, memakan riba dan sebagainya, Hawiyah adalah sebagai tempat tinggalnya. Surah Al-Qariah

C. Jahannam
Jahannam merupakan neraka yang memiliki seksaan yang amat dahsyat. Dipimpin oleh Malaikat Malik dan memiliki 19 malaikat penyiksa, salah satunya adalah Zabaniah. Nama neraka ini tercantum dalam Al-Quran Surat al-hijr (15) ayat 43.
¨bÎ)ur tL©èygy_ öNèdßÏãöqyJs9 tûüÏèuHødr& ÇÍÌÈ  
43. Dan Sesungguhnya Jahannam itu benar-benar tempat yang Telah diancamkan kepada mereka (pengikut-pengikut syaitan) semuanya.




D. Jahim
Nama neraka ini tercantum dalam Al-Quran sura As-Syu'araa ayat 91.
didalamnya ditempati orang-orang musyrik.
#Ó¨Lym #sŒÎ) $tRuä!%y` tA$s% |Møn=»tƒ ÓÍ_øŠt/ y7uZ÷t/ur y÷èç/ Èû÷üs%ÎŽô³yJø9$# }§ø©Î7sù ßûï̍s)ø9$# ÇÌÑÈ  
91. Dan diperlihatkan dengan jelas neraka Jahim kepada orang- orang yang sesat",

Neraka sebagai tempat penyiksaan orang-orang musyrik atau orang yang menyekutukan Allah. Mereka akan disiksa oleh para sembahan mereka. Dalam ajaran Islam syirik adalah sebagai salah satu dosa paling besar menurut Allah, kerana syirik bererti menganggap bahawa ada makhluk yang lebih hebat dan berkuasa sehebat Allah dan pula menganggap bahwa ada Tuhan selain Allah. Surah Asy-Syu'ara' dan Surah As-Saffat.

E. Saqar
Neraka untuk orang munafik, yaitu orang yang mendustakan perintah Allah dan rasul. Mereka mengetahui bahwa Allah sudah menentukan hukum Islam melalui lisan Muhammad, tetapi mereka meremehkan syariat Islam. Nama neraka ini tercantum dalam Al-Quran Surat Al-Muddatsir ayat 26-27. didalamnya ditempati orang-orang penyembah berhala.
ÏmÎ=ô¹é'y ts)y ÇËÏÈ   !$tBur y71u÷Šr& $tB ãs)y ÇËÐÈ  
26. Aku akan memasukkannya ke dalam (neraka) Saqar. 27. Tahukah kamu apakah (neraka) Saqar itu?
F. Sa'iir
Nama neraka ini tercantum dalam Al-Qur'an Surah An-Nisa) ayat 10; Surah Al-Mulk  ayat 5,10.
10. Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak yatim secara zalim, Sebenarnya mereka itu menelan api sepenuh perutnya dan mereka akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala (neraka).

5. Sesungguhnya kami Telah menghiasi langit yang dekat dengan bintang-bintang, dan kami jadikan bintang-bintang itu alat-alat pelempar syaitan, dan kami sediakan bagi mereka siksa neraka yang menyala-nyala.

10. Dan mereka berkata: "Sekiranya kami mendengarkan atau memikirkan (peringatan itu) niscaya tidaklah kami termasuk penghuni-penghuni neraka yang menyala-nyala".

G. Wail
Neraka yang disediakan untuk para pengusaha atau pedagang yang licik, dengan cara mengurangi berat timbangan, mencalokan barang dagangan untuk mendapatkan keuntungan yang berlipat-lipat. Barang dagangan mereka akan dibakar dan dimasukkan kedalam perut mereka sebagai azab dosa-dosa mereka. Nama neraka ini tercantum dalam Al-Quran Surah Al-Muthaffifin, ayat 1-3.
×@÷ƒur tûüÏÿÏeÿsÜßJù=Ïj9 ÇÊÈ   tûïÏ%©!$# #sŒÎ) (#qä9$tGø.$# n?tã Ĩ$¨Z9$# tbqèùöqtGó¡o ÇËÈ   #sŒÎ)ur öNèdqä9$x. rr& öNèdqçRy¨r tbrçŽÅ£øƒä ÇÌÈ  
1. Kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang curang, 2. (yaitu) orang-orang yang apabila menerima takaran dari orang lain mereka minta dipenuhi, 3. Dan apabila mereka menakar atau menimbang untuk orang lain, mereka mengurangi.
Jenis hukuman dan siksaan di neraka

Di akhirat para penghuni neraka akan menjalani hukuman berupa siksa yang sangat pedih. Siksaan yang mereka derita dalam neraka itu bermacam-macam sekali, sebagaimana yang difirmankan Allah seperti berikut:
1.                “Dalam neraka Jahannam, lalu dibakar dengannya dahi mereka, lambung dan punggung mereka.” (At-Taubah  [9]:35 )

2.                “Ketika belenggu dan rantai dipasang di leher mereka, supaya mereka diseret, kedalam air yang sangat panas, kemudian mereka dibakar dalam api.”(Al-Mu’min  [40]:71-72 )


3.                “Peganglah dia kemudian seretlah dia ketengah-tengah neraka. Kemudian tuangkanlah di atas kepalanya seksaan (dari) air yang amat panas. Rasakanlah, sesungguhnya kamu orang yang perkasa lagi mulia.” (Ad-Dukhan  [44]:47-49 )

4.                “Peganglah dia lalu belenggulah tangannya kelehernya. Kemudian masukkanlah dia ke dalam api neraka yang menyala-nyala. Kemudian belitlah dia dengan rantai yang panjangnya tujuh puluh hasta.” (Al-Haqqah  [69]:30-32 )


5.                “Maka orang kafir akan dibuatkan untuk mereka pakaian dari api neraka, disiramkan air yang sedang mendidih ke atas kepala-kepala mereka. Dengan air itu dihancur luluhkan segala apa yang ada di dalam perut mereka dan juga kulit-kulit mereka. Dan cambuk-cambuk dari besi. Setiap kali mereka hendak keluar dari neraka lantaran kesengsaraan mereka, maka mereka dikembalikan kedalamnya, (serta dikatakan kepada mereka): “Rasailah azab yang membakar ini.” (Al-Hajj  [22]:19-22 )

6.                Ingatlah tatkala jahannam ditarik dengan 70.000 tali kekang dan setiap tali ditarik oleh 70.000 malaikat, saat itu orang-orang kafir dalam kehinaan, mereka berharap seandainya dapat menebus semua itu dengan emas sebesar dunia. Sungguh besar kehinaan dan kecelakaan para penghuninya. Sungai neraka adalah darah dan nanah busuk yang menggelegak, minumannya adalah air yang mendidih, naungannya adalah awan hitam yang panas, anginnya adalah samum yang membawa hawa panas, makanannya adalah zaqqum yang jika setetesnya jatuh ke bumi, niscaya hancurlah dunia dan seisinya, bahan bakarnya adalah manusia dan batu api, panasnya membakar kulit hingga ke ulu hati, pakaiannya adalah baju ter yang membakar, kedalamannya sejauh batu yang diluncurkan selama 70 tahun. Suara neraka akan meraung geram kepada penghuninya. Mereka akan dibelenggu dengan rantai besi membara dan dipukul dengan palu godam, yang jika mengenai sebuah gunung niscaya gunung tesebut akan menjadi abu, wajah-wajah mereka diseret di atas bara api sedang tangan mereka terikat. Duhai . kecelakaan apalagi yang pedih besar dari itu semua. Ya Allah, sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu dari siksa Jahannam.

Dalil kewujudan syurga dan neraka
Al quran:
žcÎ) tûïÏ%©!$# (#qãZtB#uä (#qè=ÏHxåur ÏM»ysÎ=»¢Á9$# y7Í´¯»s9'ré& ö/ãf çŽöy{ Ïp­ƒÎŽy9ø9$# ÇÐÈ   ôMèdät!#ty_ yZÏã öNÍkÍh5u àM»¨Zy_ 5bôtã ̍øgrB `ÏB $uhÏGøtrB ㍻pk÷XF{$# tûïÏ$Î#»yz !$pkŽÏù #Yt/r& ( zÓÅ̧ ª!$# öNåk÷]tã (#qàÊuur çm÷Ztã 4 y7Ï9ºsŒ ô`yJÏ9 zÓÅ´yz ¼çm­/u ÇÑÈ  
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal shalih, mereka itu adalah sebaik-baik makhluk. Balasan mereka di sisi Rabb mereka ialah surga ‘Adn yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah ridha terhadap mereka, dan mereka pun ridha kepada-Nya. Yang demikian itu adalah (balasan) bagi orang yang takut kepada Rabbnya.” (Al Bayyinah 7-8)
Al hadis:
Hadis riwayat  Anas bin Malik r.a.:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya di dalam syurga ada satu pasar yang akan dikunjungi oleh penghuninya pada setiap Jumaat. Lalu akan bertiup ke arah mereka angin dari utara lantas menyapu wajah dan pakaian mereka. Kemudian dia kembali kepada keluarganya dalam keadaan bertambah keelokan dan kecantikannya… (Riwayat Muslim.)
Hadis riwayat Abdullah bin Umar ra.: 
Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Allah memasukkan ahli syurga ke dalam syurga dan ahli neraka ke dalam neraka, kemudian seorang penyeru berdiri di antara mereka dan berseru: Wahai ahli surga, tidak ada kematian. Wahai ahli neraka, tidak ada kematian. Masing-masing kekal abadi di tempatnya. (Riwayat Muslim.)

Perbandingan antara syurga dan neraka dengan perkara empirikal

Ilmu Empirikal ialah ilmu yang berdasarkan fakta yang ditanggapi oleh pancaindera zahir seperti ilmu sains tabie, geografi, dan sebagainya. Akal merupakan alat untuk merumus dan membuat kesimpulan terhadap fakta-fakta tersebut. Asas ilmu empirikal terletak pada keupayaan pada keupayaan pancaindera memikir, membuat uji kaji dan merumus. Manakala ilmu rasional pula terletak kepada keupayaan aktiviti akal."
Syurga dan Neraka adalah antara perkara Sam’iyyat yang telah Allah S.W.T ciptakan sebagai tanda kebesaranNya. Ia juga adalah tempat tinggal yang abadi dan tempat balasan bagi segala amalan yang kita telah laksanakan di dunia. Semua makhluk ciptaan Allah termasuk jin dan manusia akan berada di dua tempat berkenaan bergantung kepada tahap amalan mereka.
Jika di bandingkan dengan perkara empirikal bagi syurga dan neraka, boleh kita anggap bahawa penjara adalah perkara empirikal bagi neraka kerana di penjara manusia di balas perbuatan jahat mereka dengan hukuman seperti sebatan, penjara dengan tempoh tertentu, hukuman mati dan sebagainya.
ô`tB Ÿ@ÏJtã $[sÎ=»|¹ `ÏiB @Ÿ2sŒ ÷rr& 4Ós\Ré& uqèdur Ö`ÏB÷sãB ¼çm¨ZtÍósãZn=sù Zo4quym Zpt6ÍhŠsÛ ( óOßg¨YtƒÌôfuZs9ur Nèdtô_r& Ç`|¡ômr'Î/ $tB (#qçR$Ÿ2 tbqè=yJ÷ètƒ ÇÒÐÈ  
“Barangsiapa yang mengerjakan amal saleh, baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik.”
( an-Nahl 97)

         Berdasarkan ayat di atas dapat kita fahami bahawa sesiapa yang melakukan amalan soleh kepada Allah, maka Dia akan memberikan kehidupan yang baik dan sempurna kepada sesiapa sahaja.

          Maka dapat kita fahami bahawa dunia itu boleh menjadi syurga dan tempat kesenangan bagi seluruh manusia. Dunia juga dikatakan sebagai syurga bagi orang kafir kerana mereka bebas melakukan apa sahaja yang mereka suka dan boleh menyembah sesiapa sahaja.


TITIAN SIRAT

Siratal Mustaqim adalah titian atau jambatan yang mesti dilalui oleh setiap insan di alam akhirat nanti. Titian inilah yang menghubungi antara Mauqif (Padang Mahsyar) dengan Jannah (Syurga) dan di bawah titian terdapat Naar (Neraka). Keadaan orang yang meniti di atasnya dan kecepatannya tidak sama, ada yang seperti kerdipan mata, ada yang seperti kilat, ada yang seperti angin dan sebagainya. Dan ada pula yang terjatuh di tengah jalan dan langsung masuk neraka.
Keadaan manusia di atas Siratal Mustaqim di alam sana akan sama betul dengan keadaan manusia ketika mereka berada di atas Siratul Mustaqim di dunia ini. Kalau ketika di dunia ini perjalanan mereka tetap di atas jalan yang lurus dan tidak melencong ke kiri dan ke kanan, maka di akhirat nanti nasib mereka juga akan demikian, berjalan tegap di atasnya dan akhirnya sampai dengan selamat ke syurga yang dituju. Tetapi jika sebaliknya, maka mereka pasti akan tergelincir dan seterusnya masuk ke dalam neraka.
Dan untuk memudahkan kita memahami makna sebenarnya Siratal Mustaqim itu, maka Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam) telah membuat suatu perumpamaan atau tamsilan yang cukup cantik dan bagus sekali untuk kita jadikan sebagai bahan renungan kita semua. Semoga dengan mengambil iktibar ataupun pengajaran daripadanya kita akan termasuk di dalam golongan yang berjaya melintasi titian Siratal Mustaqim di akhirat nanti, amin ya Rabbal ‘Aalamin.

Definisi:
As-Sirat dari sudut bahasa: bermaksud jalan. Manakala dari sudut syariat: ianya merupakan satu jambatan yang dibentang merentasi Neraka Jahannam untuk manusia menyeberanginya menuju ke Syurga.

Gambaran titian sirat:

Nabi Muhammad s.a.w sendiri pernah bersabda bahawa “Sesungguhnya Allah menciptakan Sirat yang berada diatas Neraka, iaitu Jambatan ditengah-tengah Neraka Jahanam yang sangat licin dan menggelincirkan. Jambatan ini mempunyai tujuh sekatan, dan setiap sekatan jaraknya sama dengan perjalanan 3000 tahun. Dalam 3000 tahun itu, 1000 tahun merupakan tanjakan yang tinggi, 1000 tahun merupakan dataran, dan 1000 tahun merupakan lereng yang curam. Ia lebih kecil dari rambut, lebih tajam dari pedang dan lebih gelap berbanding malam yang pekat. Setiap sekatan mempunyai 7 cabang, dan setiap cabang bentuknya seperi panah yang hujungnya tajam. Maka, duduklah setiap hamba diatas setiap sekatan tersebut dan ditanya tentang perintah-perintah Allah s.w.t”

 

Pertanyaan Di Setiap Cabang


Selama perjalanan di sirat, setiap seorang hamba akan ditanyakan tentang apa saja yang telah ia kerjakan selama hidupnya. Pertanyaan disetiap pos adalah sebagai berikut:
§  Pos pertama iman,
§  Pos kedua solat,
§  Pos ketiga zakat,
§  Pos keempat puasa,
§  Pos kelima haji dan umrah,
§  Pos keenam wuduk dan mandi wajib,
§  Pos ketujuh tentang sikap terhadap kedua orang tua, menyambung tali persaudaraan dan penganiayaan terhadap sesama makhluk hidup.
Jika seorang hamba meloloskan dari semua pertanyaan-pertanyaan ini, maka tetaplah ia pada cabang dan jika tidak, maka ia akan dilemparkan ke dalam neraka.
Dalam suatu riwayat diceritakan: Sesungguhnya ketika manusia melintas jambatan, maka api neraka berada di bawah telapak kaki mereka, ada yang berada diatas kepala mereka, ada yang berada di sebelah kanan dan kiri mereka, serta ada yang berada di belakang dan di depan mereka. Allah berfirman dalam Surah Maryam:

bÎ)ur óOä3ZÏiB žwÎ) $ydߊÍ#ur 4 tb%x. 4n?tã y7În/u $VJ÷Fym $wŠÅÒø)¨B ÇÐÊÈ  
71. Dan tidak ada seorangpun dari padamu, melainkan mendatangi neraka itu, hal itu bagi Tuhanmu adalah kepastian yang sudah ditetapkan. Kemudian Kami akan menyelamatkan orang-orang yang bertaqwa dan membiarkan orang-orang yang zhalim didalam neraka dalam keadaan berlutut."

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda mafhumnya : “Ia ialah sebuah jalan yang sangat
licin, kaki sulit sekali berdiri di atasnya.”
(Riwayat Imam Muslim daripada Abu Said Al-Khudri)
Orang pertama melalui sirat ialah Nabi Muhammad SAW yang mengepalai umat lain.

Sabda Rasulullah bermaksud: “Dan direntangkan sirat di antara dua jurang neraka jahanam, maka akulah Rasul pertama yang melaluinya bersama umatku yang lulus.”

            Tahap kelajuan seseorang mukmin meniti titian itu bergantung kepada tahap keimanan dan amal masing-masing. Semakin tinggi keimanan dan amalan, kian laju menuju titian itu. Perjalanan semua manusia di atas Sirat Mustaqim adalah berbagai diantaranya ialah:

§  Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas kilat.
§  Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti tiupan angin.
§  Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti burung terbang.
§  Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti kelajuan kuda lumba.
§  Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas lelaki perkasa.
§  Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas binatang peliharaan.
§  Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat dalam tempoh sehari semalam.
§  Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama satu bulan.
§  Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama bertahun-tahun.
§  Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama 25 ribu tahun.

Sepuluh kumpulan manusia di Titian Sirat

Manusia yang pertama kali menginjakkan kakinya di Sirath adalah Muhammad, dia akan memimpin kumpulan-kumpulan umatnya. Kumpulannya terbagi menjadi 10 bahagian, iaitu:
§  Kumpulan pertama berjaya melintasi seperti kilat yang memancar.
§  Kumpulan kedua melintasi seperti angin yang kencang.
§  Kumpulan ketiga melintasi seperti kuda yang baik.
§  Kumpulan yang keempat seperti burung yang pantas.
§  Kumpulan yang kelima berlari.
§  Kumpulan keenam berjalan.
§  Kumpulan ketujuh berdiri dan duduk karena mereka dahaga dan penat. Dosa-dosa terpikul di atas belakang mereka.Nabi Muhammad berhenti di atas Sirat. Setiap kali, Muhammad melihat seorang dari umatnya bergelayut di atas Sirat, kemudian ia akan menarik tangannya dan membangunkan dia kembali.
§  Kumpulan kelapan menarik muka-muka mereka dengan rantai kerana terlalu banyak kesalahan dan dosa mereka.
§  Kumpulan kesembilan dan kesepuluh tertinggal di atas Sirat, mereka tidak diizinkan untuk menyeberang.
Dikatakan bahwa, di pintu syurga, ada pokok yang mempunyai banyak dahan. Bilangan dahannya tidak terkira hanya Allah saja yang mengetahui. Di atasnya ada anak-anak yang telah mati semasa di dunia ketika umur mereka belum baligh (dewasa). Apabila mereka melihat orang tua mereka, mereka menyambutnya dan mengiringi mereka memasuki surga. Mereka memberikan gelas-gelas dan cerek serta tuala dari sutera.

Dalil tentang titian sirat:
1. Dalam hadith Ahmad daripada Aisyah r.h.a., Rasulullah s.a.w. menyifatkan bahawa sifat titian itu adalah lebih tipis daripada rambut dan lebih tajam daripada pedang.Sirat di akhirat ini wujud hasil daripada titian hidup yang kita pilih selama tinggal di dunia. Oleh sebab itu, siapa yang memilih jalan ALLAH, sambil berpegang teguh dengan syariat Islam, maka sirat di akhirat ini akan mudah dilalui untuk sampai ke syurga idaman.Sebaliknya, siapa yang enggan melalui jalan ALLAH ini, lalu memilih jalan hidup yang bebas daripada aturan halal-haram, maka hari itu sirat yang akan dilaluinya menjadi sangat sempit dan sukar dilalui. Golongan ini akan tergelincir dari titian lalu jatuh melayang-layang ke dalam neraka jahannam selama-lamanya.
2.Dari Abi Said Al-Khudriy r.a dari Nabi s.a.w : “…Maka orang mukmin akan melaluinya seperti kerdipan mata; (ada yang) seperti kilat dan taufan, seperti burung, seperti kuda dan tunggangan yang terbaik; maka yang berjaya selamat sampai, yang tersiat dihantar, yang terkait berada dalam neraka…” Sebahagian dari hadith riwayat Muslim
3.Dari hadith Abi Hurairah dan Huzaifah r.a : “…berjalan bersama mereka amalan mereka dan nabi kamu berada di atas titian sirat dalam keadaan berkata: “Ya Tuhan, selamatkan! Selamatkan!”, sehingga lemahnya amalan hamba-hamba dan sehingga datang seorang lelaki yang tidak mampu berjalan melainkan merangkak” Sebahagian dari hadith riwayat Muslim
Hakikat sirat 

            Kenyakinan akan adanya sirat adalah tergolong dalam salah satu perkara ghaib yang wajib diyakini oleh setiap orang yang bergelar muslim dan ini adalah aqidah seluruh Ahli Sunah Waljamaah. Imam al-Nawawi berkata dalam Syarh Sahih Muslim, “Semua ulama salaf telah ijmak (sepakat) menetapkan adanya titian ini.” Jadi, setiap Muslim wajib menjadikan kepercayaan mengenai perkara ini sebagai sebahagian daripada aqidahnya. 
Berkenaan dengan sifat titian sirat, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, mafhumnya: “Ia ialah sebuah jalan yang sangat licin, kaki sulit sekali berdiri di atasnya.” (Riwayat Imam Muslim daripada Abu Said al-Khudri) Dalam hadis Ahmad daripada Aisyah r.h.a, Rasulullah s.a.w. menyebutkan bahawa sifat titian itu lebih tipis daripada rambut dan lebih tajam daripada pedang. 
Sirat di akhirat ini wujud hasil daripada titian (jalan) hidup yang kita pilih selama tinggal di dunia. Itulah sebabnya setiap hari kita meminta Siratulmustakim (jalan yang lurus) di dalam solat kita. Oleh sebab itu, sesiapa yang memilih jalan Allah, sambil berpegang teguh dengan syariat Islam, maka sirat di akhirat ini akan mudah di lalui untuk mencapai syurga idaman. 
Dan sebaliknya, sesiapa yang enggan melalui jalan Allah ini, lalu memilih jalan hidup yang bebas daripada aturan halal haram, maka pada hari itu sirat yang akan dilaluinya menjadi sangat sempit dan sukar dilalui. Begitu juga bagi orang yang pernah melalui jalan islam namun berbalik, murtad di tengah-tengah jalan. Kedua-dua golongan ini akan tergelincir dari titian lalu jatuh melayang-layang ke dalam neraka jahanam selama-lamanya. 
Imam Abu Tahir al-Qazwini berkata: “Setiap orang yang biasa berjalan di titian agama, maka ia akan sangat mudah melintasi sirat di akhirat. Dan sesiapa yang tidak biasa melaluinya, maka ia akan menemui kesulitan berjalan di atasnya, kakinya akan tergelincir dan ia akan menyesal selama-lamanya.” 
Hikmah beriman kepada as-sirat

1. Meningkatkan ketakwaan kepada Allah.
2. Memberi kesedaran beramal soleh semasa di dunia.
3. Memberi motivasi kepada manusia berlumba-lumba melakukan kebaikan.
4. Membuktikan keadilan dan kekuasaan Allah S.W.T.

Amalan supaya berjaya merentasi as-sirat

1. Beristiqamah melakukan kebaikan.
2. Mematuhi hukum hakam yang ditetapkan oleh Allah.
3. Memelihara diri supaya tidak tergelincir daripada mahraj Allah S.W.T.











Perbandingan antara titian Sirat dengan perkara empirikal

Ilmu Empirikal ialah ilmu yang berdasarkan fakta yang ditanggapi oleh pancaindera zahir seperti ilmu sains tabie, geografi, dan sebagainya. Akal merupakan alat untuk merumus dan membuat kesimpulan terhadap fakta-fakta tersebut. Asas ilmu empirikal terletak pada keupayaan pada keupayaan pancaindera memikir, membuat uji kaji dan merumus. Manakala ilmu rasional pula terletak kepada keupayaan aktiviti akal."

Melalui perbandingan titian sirat dengan perkara empirikal dapat saya simpulkan bahawa dunia adalah perkara empirikal bagi titian sirat kerana dunia ini merupakan jambantan kita semua sebelum menuju ke akhirat. Dunia inilah yang akan menghubungkan kita dengan dunia akhirat yang mana kita lihat dunia ini sebagai tempat ujian bagi seluruh umat bermula dari umat Nabi adam alaihissalam dan ada yang memandang dunia ini sebagai syurga dan tempat berseronok, namun ada yang memandang dunia ini adalah tempat beracun yang mampu meracun minda,jasad mahupun iman manusia.

Sebenarnya Dunia ini merupakan tempat ujian keimanan bagi manusia. Barangsiapa yang imannya teguh kepada Allah maka selamatlah dia di akhirat kelak, namun barangsiapa yang tenggelam dengan arus Dunia, maka azab yang pedih menanti mereka di akhirat kelak. Dunia merupakan landasan menuju ke akhirat yang abadi,namun terdapat banayak halangan dan dugaan di dunia yang membuat manusia lupa kepada asal penciptaan mereka dan tergelincir bersama arus kehidupan di dunia ini.  Maka dunia itu boleh menjadi perkara empirikil bagi titian sirat.


HARI KIAMAT

Kiamat merupakan akhir dari kehidupan dunia dan awal dari kehidupan akhirat. Percaya akan datangnya hari kiamat beserta peristiwa-peristiwa yang mengawalinya dan kejadian-kejadian setelahnya merupakan bagian dari rukun iman yang enam, di mana seorang muslim dituntut untuk mengimaninya.
Hari Kiamat semakin dekat dan kedatangannya tidak terelakkan lagi. Sejak lima belas abad yang lalu Rasulullah Shalallahu Alaihi Wasallam telah memperingatkan akan dekatnya Kiamat. Bahkan beliau mengatakan bahwa beliau diutus bersamaan dengan masa hari Kiamat. Dunia telah tua dan semakin mendekati kehancurannya. Tanda-tanda yang mengindikasikan hal tersebut semakin hari semakin jelas dan bertambah. Satu demi satu dari sekian banyak tanda-tanda kecil hari kiamat yang telah dijelaskan oleh Rasulullahshallalahu Alaihi Wasallam dalam banyak haditsnya telah terjadi. Hingga pada akhirnya kelak tibalah masa tanda-tanda besar Hari Kiamat dengan diawali munculnya Imam al-Mahdi, disusul munculnya Dajjal, lalu turunnya Nabi Isa Alaihissalam dari atas langit di menara putih Damaskus. Kemudian satu demi satu dari tanda-tanda besar lainnya bermunculan, hingga diakhiri dengan munculnya api dari Yaman yang menggiring manusia menuju Syam. Setelah itu Kiamat yang sangat mengerikan terjadi.
tPöqtƒur ÏpyJ»uŠÉ)ø9$# ts? šúïÏ%©!$# (#qç/xx. n?tã «!$# Nßgèdqã_ãr îo¨Šuqó¡B 4 }§øŠs9r& Îû zO¨Yygy_ Yq÷VtB šúïÎŽÉi9s3tGßJù=Ïj9 ÇÏÉÈ  
Pada hari Qiyamah engkau akan lihat orang yang mengadakan dusta atas Allah itu, wajah mereka hitam. Bukankah di jahannam tempat kembali orang-orang yang sombong ? (Al-Quran, surat Az-Zumar, ke 39 ayat 60)

           

HARI KIAMAT

Hari Akhirat (يوم القيامة) merupakan hari di mana manusia akan diadili dan diberikan pembalasan yang sewajarnya dengan perbuatan mereka semasa mereka hidup. Hari akhirat merupakan waktu yang berlaku selepas berlakunya hari kiamat.
Kepercayaan kepada hari akhirat adalah merupakan kepercayaan asas kepada agama yang berasal dari Nabi Ibrahim a.s. atau agama Samawi, iaitu agamaYahudiKristian dan Islam. Percayakan Hari Akhirat juga merupakan salah satu dari Rukun iman bagi penganut agama Islam.
Hadis Rasulullah yang bermaksud:
Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah s.a.w bersabda: Kelak di hari kiamat Allah Tabaraka wa Taala akan menggenggam bumi dan menggulung langit dengan tangan kanan-Nya. Kemudian Dia berfirman: Akulah Raja! (Penguasa) Manakah dia raja-raja di bumi?
(Hadis riwayat Imam Muslim).

Definisi kiamat:
Dari segi Bahasa: Kebangkitan.
Dari segi Istilah: Hari kemusnahan /kehancuran seluruh alam  & diganti dengan alam  akhirat yang kekal abadi . Semua manusia  dihidupkan  kembali utk dikira amalan mereka.
Hari Kiamat merupakan hari yang digambarkan sebagai musnahnya seluruh alam dan bumi dan kebangkitan semula. Kiamat berasal dari perkataan bahasa Arab iaitu قيام yang bermaksud bangkit atau bangun. Ia merupakan satu kepercayaan dalam agama samawi, termasuk YahudiKristian dan Islam.

Nama-nama hari kiamat dalam islam
Nama-nama tersebut disebut dalam al-Quran:
Rumi (transliterasi)
Arab
Terjemahan
Yawm al-Qiyāmaṯ
يوم القيامة
Hari kebangkitan
al-Sā'aṯ
الساعة
Waktu
Yawm al-Akhīr
يوم الآخر
Hari Akhir
Yawm al-Dīn
يوم الدين
Hari akhir (agama)
Yawm al-Faṣl
يوم الفصل
Hari keputusan
Yawm al-Ḥisāb
يوم الحساب
Hari perhitungan
Yawm al-Fatḥ
يوم الفتح
Hari pengadilan
Yawm al-Talāq
يوم التلاق
Hari perpisahan
Yawm al-Jam'(i)
يوم الجمع
Hari pengumpulan
Yawm al-Khulūd
يوم الخلود
Hari kekekalan
Yawm al-Khurūj
يوم الخروج
Hari Keluar
Yawm al-Ba'th
يوم البعث
Hari Kebangkitan
Yawm al-Ḥasraṯ
يوم الحسرة
Hari penyesalan
Yawm al-Tanād
يوم التناد
Hari pemanggilan
Yawm al-Āzifaṯ
يوم الآزفة
Hari mendekat
Yawm al-Taghābun
يوم التغابن
Hari terbukanya aib
Yawm al-Wa'īd
يوم الوعيد
Yawm al-Aẕīm
اليوم العظيم
Hari agung
al-Yawm al-Masyhūd
اليوم المشهود
Hari penyaksian

Dalil hari kiamat dan hisab


Al Quran

$oÿ©VÎ) tbrßtãqè? ×-ÏŠ$|Ás9 ÇÎÈ   ¨bÎ)ur tûïÏe$!$# ÓìÏ%ºuqs9 ÇÏÈ  
5. Sesungguhnya apa yang dijanjikan kepadamu pasti benar.6. dan Sesungguhnya (hari) pembalasan pasti terjadi.

¨bÎ) sptã$¡¡9$# ×puŠÏ?Uy žw |=÷ƒu $ygŠÏù £`Å3»s9ur uŽsYò2r& Ĩ$¨Z9$# Ÿw šcqãYÏB÷sムÇÎÒÈ  
59. Sesungguhnya hari kiamat pasti akan datang, tidak ada keraguan tentangnya, akan tetapi kebanyakan manusia tiada beriman.


ö@yd tbrãÝàZtƒ HwÎ) br& ÞOßguÏ?ù's? èps3Í´¯»n=yJø9$# ÷rr& uÎAù'tƒ y7/u ÷rr& šÎAù'tƒ âÙ÷èt/ ÏM»tƒ#uä y7În/u 3 tPöqtƒ ÎAù'tƒ âÙ÷èt/ ÏM»tƒ#uä y7În/u Ÿw ßìxÿZtƒ $²¡øÿtR $pkß]»yJƒÎ) óOs9 ô`ä3s? ôMuZtB#uä `ÏB ã@ö6s% ÷rr& ôMt6|¡x. þÎû $pkÈ]»yJƒÎ) #ZŽöyz 3 È@è% (#ÿrãÏàtGR$# $¯RÎ) tbrãÏàtFYãB ÇÊÎÑÈ
158. yang mereka nanti-nanti tidak lain hanyalah kedatangan Malaikat kepada mereka (untuk mencabut nyawa mereka) atau kedatangan (siksa) Tuhanmu atau kedatangan beberapa ayat Tuhanmu[524]. pada hari datangnya ayat dari Tuhanmu, tidaklah bermanfaat lagi iman seseorang kepada dirinya sendiri yang belum beriman sebelum itu, atau Dia (belum) mengusahakan kebaikan dalam masa imannya. Katakanlah: "Tunggulah olehmu Sesungguhnya Kamipun menunggu (pula)".




¨br&ur sptã$¡¡9$# ×puŠÏ?#uä žw |=÷ƒu $pkŽÏù žcr&ur ©!$# ß]yèö7tƒ `tB Îû Íqç7à)ø9$# ÇÐÈ  
7. dan Sesungguhnya hari kiamat itu pastilah datang, tak ada keraguan padanya; dan bahwasanya Allah membangkitkan semua orang di dalam kubur.

Hadis

1.    Belum terjadi kiamat sehingga orang-orang dari umatku kembali menyembah berhala-berhala selain Allah. (HR. Abu Dawud)
2.    Belum akan datang kiamat sehingga manusia berlomba-lomba membangun dan memperindah masjid-masjid. (HR. Abu Dawud)
3.    Belum akan tiba kiamat melainkan matahari akan terbit dari Barat. Jika terbit dari Barat maka seluruh umat manusia akan beriman. Pada saat itu tidak bermanfaat lagi iman seseorang kepada dirinya sendiri yang belum beriman sebelum itu, atau dia belum mengusahakan kebaikan dalam masa imannya.”
(HR. Bukhari dan Muslim)
4.    Belum akan tiba kiamat sehingga harta banyak dan melimpah, dan orang ke luar membawa zakat hartanya tetapi tidak ada yang mau menerimanya, dan negeri-negeri Arab kembali menjadi rerumputan hijau dengan sungai-sungai mengalir.
(HR. Muslim)
5.    Saat akan tiba kiamat, masa saling mendekat. Satu tahun seperti sebulan, sebulan seperti seminggu, seminggu seperti sehari, sehari seperti satu jam dan satu jam seperti menyalakan kayu dengan api.
(HR. Tirmidzi)
6.    Belum akan tiba kiamat sehingga kaum muslimin berperang dengan orang-orang Yahudi. Kaum muslimin membunuh mereka dan mereka bersembunyi di balik batu dan pohon-pohonan. Lalu batu dan pohon-pohon berkata, “Wahai kaum muslimin, wahai hamba Allah, ini orang Yahudi di belakang saya. Mari bunuhlah dia.” Kecuali pohon “Gharqad” yang tumbuh di Baitil Maqdis. Itu adalah pohon orang-orang Yahudi.
(HR. Ahmad)

Tanda-tanda hari kiamat menurut islam

 

Tanda-Tanda Kiamat Kecil
Di antara tanda-tanda kiamat kecil adalah:

1.    Diutusnya Rasulullah saw
Jabir r.a. berkata, ”Adalah Rasulullah saw. jika beliau khutbah memerah matanya, suaranya keras, dan penuh dengan semangat seperti panglima perang, beliau bersabda, ‘(Hati-hatilah) dengan pagi dan sore kalian.’ Beliau melanjutkan, ‘Aku diutus dan hari Kiamat seperti ini.’ Rasulullah saw. mengibaratkan seperti dua jarinya antara telunjuk dan jari tengah. (HR Muslim)

2.    Penggembala menjadi kaya
Rasulullah saw. ditanya oleh Jibril tentang tanda-tanda kiamat, lalu beliau menjawab,“Seorang budak melahirkan majikannya, dan engkau melihat orang-orang yang tidak beralas kaki, telanjang, dan miskin, penggembala binatang berlomba-lomba saling tinggi dalam bangunan.” (HR Muslim)

3.     Baitul Maqdis dikuasai umat Islam
”Ada enam dari tanda-tanda kiamat: kematianku (Rasulullah saw.), dibukanya Baitul Maqdis, seorang lelaki diberi 1000 dinar, tapi dia membencinya, fitnah yang panasnya masuk pada setiap rumah muslim, kematian menjemput manusia seperti kematian pada kambing dan khianatnya bangsa Romawi, sampai 80 poin, dan setiap poin 12.000.” (HR Ahmad dan At-Tabrani dari Muadz).

4.    Banyak terjadi pembunuhan
Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Rasulullah saw. bersabda, “Tiada akan terjadi kiamat, sehingga banyak terjadi haraj.. Sahabat bertanya apa itu haraj, ya Rasulullah?” Rasulullah saw. Menjawab, “Haraj adalah pembunuhan, pembunuhan.” (HR Muslim)


5.    Munculnya kaum Khawarij
Dari Ali ra. berkata, saya mendengar Rasulullah saw. bersabda, “Akan keluar di akhir zaman kelompok orang yang masih muda, bodoh, mereka mengatakan sesuatu dari firman Allah. Keimanan mereka hanya sampai di tenggorokan mereka. Mereka keluar dari agama seperti anak panah keluar dari busurnya. Di mana saja kamu jumpai, maka bunuhlah mereka. Siapa yang membunuhnya akan mendapat pahala di hari Kiamat.” (HR Bukhari).

6.    Banyak polis dan pembela kezaliman
“Di akhir zaman banyak polis di pagi hari melakukan sesuatu yang dimurkai Allah, dan di petang hari melakukan sesutu yang dibenci Allah. Hati-hatilah engkau jangan sampai menjadi teman mereka.” (HR At-Tabrani)

7.    Perang antara Yahudi dan Umat Islam
Dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah saw. bersabda, “Tidak akan terjadi kiamat sehingga kaum muslimin berperang dengan yahudi. Maka kaum muslimin membunuh mereka sampai ada seorang yahudi bersembunyi di belakang batu-batuan dan pohon-pohonan. Dan berkatalah batu dan pohon, ‘Wahai muslim, wahai hamba Allah, ini yahudi di belakangku, kemari dan bunuhlah ia.’ Kecuali pohon Gharqad karena ia adalah pohon Yahudi.” (HR Muslim)

8.    Sedikitnya ilmu

9.    Merebaknya perzinaan

10. Banyaknya kaum wanita
Dari Anas bin Malik ra. bahwa Rasulullah saw. bersabda. “Sesungguhnya di antara tanda-tanda kiamat adalah ilmu diangkat, banyaknya kebodohan, banyaknya perzinahan, banyaknya orang yang minum khamr, sedikit kaum lelaki dan banyak kaum wanita, sampai pada 50 wanita hanya ada satu lelaki.” (HR Bukhari)

11. Bermewah-mewah dalam membangun masjid
Dari Anas ra. bahwa Rasulullah saw. bersabda, “Diantara tanda kiamat adalah bahwa manusia saling membanggakan dalam keindahan masjid.” (HR Ahmad, An-Nasa’i dan Ibnu Hibban)


12. Menyebarnya riba dan harta haram
Dari Abu Hurairah ra. berkata, Rasulullah saw. bersabda, “Akan datang pada manusia suatu waktu, setiap orang tanpa kecuali akan makan riba, orang yang tidak makan langsung, pasti terkena debu-debunya.” (HR Abu Dawud, Ibnu Majah dan Al-Baihaqi)

Tanda-Tanda Kiamat Besar

Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat. Sepuluh tanda itu ialah:

1.  Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.

2. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.

3. Dabbah-Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.

4. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.

5. Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.

6. Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerusakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.

7.Gempa bumi di Timur.

8. Gempa bumi di Barat. 

9.Gempa bumi di Semenanjung Arab

10. Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.
Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan: “Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah beliau turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda qiamat yang besar yang akan merusakkan sistem alam cakrawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa qiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya”.
Perbezaan antara tanda-tanda kiamat kecil dan kiamat besar adalah :

1. Tanda-tanda kiamat kecil secara umum datang lebih dahulu dari tanda-tanda kiamat besar.
2. Tanda-tanda kiamat kecil sebagiannya sudah terjadi, sebagiannya sedang terjadi dan sebagiannya akan terjadi. Sedangkan tanda-tanda kiamat besar belum terjadi.
3. Tanda kiamat kecil bersifat biasa dan tanda kiamat besar bersifat luar biasa.
4. Tanda kiamat kecil berupa peringatan agar manusia sadar dan bertaubat. Sedangkan kiamat besar jika sudah datang, maka tertutup pintu taubat.
5. Tanda-tanda kiamat besar jika muncul satu tanda, maka akan diikuti tanda-tanda yang lainnya. Dan yang pertama muncul adalah terbitnya matahari dari Barat.

Imam al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah bahwa Nabi saw bersabda:
“Kiamat tidak terjadi sehingga ada dua kelompok besar bertikai yang memakan korban besar, seruan keduanya satu, dan sehingga muncul para Dajjal pembual besar mendekati 30, semuanya mengaku sebagai rasul Allah dan sehingga ilmu diangkat, gempa terjadi dalam jumlah besar, zaman menjadi dekat, fitnah besar muncul dan pembunuhan merajalela, sehingga harta melimpah di kalangan kalian, ia melimpah sehingga pemilik harta mencari-cari siapa yang menerima sedekahnya, dan sehingga dia menawarkannya maka orang yang ditawari berkata, ‘Aku tidak memerlukannya,’ sehingga manusia berlumba-lumba meninggikan bangunan dan sehingga seseorang melewati kubur orang lain dan dia berkata, ‘Seandainya aku yang menggantikannya’.”





Perbandingan antara Hari kiamat dengan perkara empirikal

Ilmu Empirikal ialah ilmu yang berdasarkan fakta yang ditanggapi oleh pancaindera zahir seperti ilmu sains tabie, geografi, dan sebagainya. Akal merupakan alat untuk merumus dan membuat kesimpulan terhadap fakta-fakta tersebut. Asas ilmu empirikal terletak pada keupayaan pada keupayaan pancaindera memikir, membuat uji kaji dan merumus. Manakala ilmu rasional pula terletak kepada keupayaan aktiviti akal."
Hari Kiamat merupakan hari yang digambarkan sebagai musnahnya seluruh alam dan bumi dan kebangkitan semula. Jadi perbandingan yang sesuai untuk hari kiamat dengan perkara empirikal adalah dengan segala bentuk bencana alam yang dahsyat yang telah mengorbankan ratusan ribu nyawa manusia dan memusnahkan seluruh harta benda. Sebagai contohnya adalah bencana Tsunami yang melanda dunia pada 26 disember 2004 yang telah mengorbankan hampir 230, 000 nyawa manusia. Pasa waktu itu ramai manusia yang lari meninggalkan semua termasuk harta benda mahupun anak pinak mereka. Jadi amat sesuai jika hari kiamat di bandingkan dengan kejadian bencana alam.
Fenomena alam yang telah terjadi boleh ditafsirkan dengan pentafsiran yang banyak. Antaranya ialah merupakan fenomena biasa yang Allah timpakan kepada umat manusia sama ada orang Islam atau bukan Islam yang merupakan kemahuan mutlak Allah. Dalam konteks ini, kita harus melihat bencana alam sebagai satu kekuasaan dan keagungan Allah yang hampir sama dengan konsep hari kiamat. Ia juga boleh ditafsirkan sebagai cara Allah menakutkan hambaNya yang bergelumang dengan dosa dan maksiat. Tidak hairanlah jika malapetaka yang berlaku juga melanda negara yang bukan Islam. Sebagai orang Islam, kita menganggap ia sebagai musibah yang menguji tahap keimanan kita dan sejauh mana kita sabar menghadapi bencana seumpama itu.

 



PENUTUP

Hanya Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui semua perkara-perkara yang ghaib. Semuanya telah tertulis di Loh Mahfuz dan ada disisi ilmu Allah SWT. iaitu apa akan terjadi pada esok hari, kandungan di dalam rahim seorang ibu, apa yang akan diusahakan esok hari, dimana tempat seseorang akan meninggal dunia dan dari mana arah hujan akan turun. Manusia mungkin boleh merancang untuk hari esok tetapi ianya belum pasti akan terjadi seperti yang dirancangkan. Qadak dan qadar Allah SWT akan menentukan segala-galanya.
Firman Allah dalam surah Ar-Ra’d ayat 39 yang bermaksud:
(#qßsôJtƒ ª!$# $tB âä!$t±o àMÎ6÷Vãƒur ( ÿ¼çnyYÏãur Pé& É=»tGÅ6ø9$# ÇÌÒÈ  
39. Allah menghapuskan apa yang Dia kehendaki dan menetapkan (apa yang Dia kehendaki), dan di sisi-Nya-lah terdapat Ummul-Kitab (Lauh Mahfuzh).

                Kepercayaan kepada perkara ghaib bukan hanya pada agama Islam bahkan penganut agama samawi seperti Kristian, Yahudi dan Buddha turut mempercayai perkara ghaib yang terdapat dalam ajaran masing-masing. Setiap orang Islam yang mukalaf dan berakal waras wajib percaya atau beriman kepada perkara ghaib kerana Allah yang disembah adalah Zat yang Maha Ghaib. Zat Allah tidak dapat dicapai oleh pancaindera manusia sebaliknya hanya dapat dicapai dan dirasakan oleh jiwa yang beriman serta bertakwa. 




RUJUKAN
Haji Said Haji Ibrahim. (2000). Aqidah Ahli Sunnah Waljamaah. Selangor. Darul
Ma’rifah.
Ustaz Abd Latif Muda, Dr. Rosmawati Ali. (1998). Pengantar Ilmu Tauhid. Kuala
Lumpur. Pustaka Salam Sdn. Bhd.
Abdul Majid Az-Zindani. (2010). Kitab Tauhid Diperakui oleh Fakta Sains. Kuala
Lumpur. Pustaka Salam Sdn. Bhd.
Ibnu al-Maqdisi. (2008). Jalan Orang-Orang Soleh. Selangor. Berlian Publication
Sdn.Bhd.
S.Mahadzir, Fauziah Ar.(2007). Ke Arah Keimanan dan Kesejahteraan Hidup. Selangor.
Pekan Ilmu Publication Sdn.Bhd.
Ustaz Sulaiman Endut. (2007). Asas-asas Fardhu Ain. Selangor. Pustaka Haji Abdul
Majid Sdn.Bhd.

older post