PERKARA-PERKARA SAMIYYAT
JIN
Beriman
kepada yang ghaib adalah termasuk salah satu asas dari akidah Islam, bahkan
ianya merupakan sifat yang pertama dan utama yang dimiliki oleh Allah S.W.T.
Justeru itu, bagi setiap orang Muslim, mereka wajib beriman kepada yang ghaib,
tanpa sedikitpun ada rasa ragu. Dalam perkara ini Ibn Mas'ud mengatakan: Yang
dimaksudkan dengan yang ghaib itu ialah segala apa saja yang ghaib dari kita
dan perkara itu diberitahukan oleh Allah dan Rasul-Nya. Begitu juga jin. Jin
termasuk makhluk ghaib yang wajib kita imani, kerana banyak ayat-ayat Al-Qur'an
dan Hadis Nabi yang menerangkan tentang wujudnya.
Walaupun
jin itu tidak dapat dilihat, maka bukanlah bererti ia tidak ada. Sebab berapa
banyaknya sesuatu yang tidak dapat kita lihat di dunia ini, akan tetapi benda
itu ada. Angin misalnya, kita tidak dapat melihatnya, tetapi hembusannya dapat
kita rasakan. Begitu juga roh yang merupakan hakikat dari kehidupan kita, kita
tidak dapat melihatnya serta tidak dapat mengetahui tentang hakikatnya akan
tetapi kita tetap meyakini wujudnya.
Jin dan syaitan adalah perkara ghaib yang tidak mampu dicapai
oleh manusia dan tidak dapat mengetahuinya melalui pancaindera, akal dan
manusia juga tidak boleh sesekali membuat kajian ke atas mereka (jin dan
syaitan), akan diterangkan secara lebih lanjut tentang hakikat, hukum beriman
dengan kewujudan mereka dan apa yang berkaitan dengannya.
Definisi jin dan syaitan dari segi bahasa dan istilah:
Perkataan jin berasal
daripada bahasa arab yang terdiri daripada dua huruf iaitu jim dan nun "جن"
yang bererti sesuatu yang tersembunyi sebagaimana firman Allah di dalam
Al-Quran:
$£Jn=sù £`y_ Ïmøn=tã ã@ø©9$# #uäu $Y6x.öqx. ( tA$s% #x»yd În1u ( !$£Jn=sù @sùr& tA$s% Iw =Ïmé& úüÎ=ÏùFy$# ÇÐÏÈ
76. ketika malam telah gelap, Dia melihat sebuah bintang (lalu)
Dia berkata: "Inilah Tuhanku", tetapi tatkala bintang itu tenggelam
Dia berkata: "Saya tidak suka kepada yang tenggelam."
Bahasa: Kalimah jin diambil dari perkataan jan, ilmu ini menunjukkan
suatu rahsia dan yang tersembunyi, contohnya: diambil orang gila, tersembunyi
akalnya, dan tembok: perisai yang memenjarakan dengannya pembunuh, dan
tersembunyi, dan janin yang mempunyai rahsianya dan sembunyinya berada dalam
perut ibunya, dan syurga mengandungi pokok dan pokok kurma untuk menyembunyikan
bumi.
Istilah: Jin pada pengetahuan istilah ialah: makhluk yang akan
datang dengan rupa mereka dan sesungguhnya dinamakan "Jaanan" untuk
menyembunyikan mereka, dan tidak nampak mereka dengan pandangan mata kita.
Adapun syaitan-syaitan: mereka adalah jama' daripada syaitan,
ia diambil dari perkataan "syaatin", iaitu menunjukkan
"jauh", maka berkata: telaga "syutun" : apabila jauh
daripada dasarnya, dan perang dan niat "syutun" iaitu: jauh. Syaitan
merangkumi: semua perbuatan yang sombong dan derhaka daripada manusia, jin dan
binatang, dinamakannya dengan gelaran tersebut untuk menjauhi mereka daripada
rahmat Allah, dan berkata: ia diambil daripada: perkataan "syaatin";
dengan makna : celaka.
Dinamakan dengan itu; kerana perbuatan mereka berakhir dengan
kebinasaan, dimaksudkan dengan syaitan di sini adalah bukan perkara yang umum,
bahkan yang dimaksudkan dengan syaitan yang ada dari jin yang terkeluar dari
ketaatan dan suruhan kepada Allah, dan teramat sombong sifatnya. Syaitan
merupakan pekerja jin, dan bukan sesuatu yang lain selain daripada itu.
Kewajiban percaya dengan kewujudan Jin:
Percaya dengan wujudnya jin, sesuatu perkara yang diketahui
dengan darurat, disokong oleh beberapa dalil Quran dan hadis atas kewujudan
mereka, maka sesiapa yang ingkar dengan kewujudan mereka, sesungguhnya
terkeluar daripada islam. Seperti beriman kepada malaikat. Dalil kewujudan
mereka ialah dalil sam'iyat yang berturutan, pertimbangan akal dalam percaya
kepada kewujudan mereka adalah suatu perkara yang mungkin.dan
terbang di udara, Jenis ular dan jengking dan Jenis yang menetap dan
berpindah-pindah."
Dalil Kewujudan
Jin:
Dalil naqli:
Firman
Allah s.w.t dalam surah al-Nas:
ö@è%
èqããr&
Éb>tÎ/
Ĩ$¨Y9$#
ÇÊÈ Å7Î=tB
Ĩ$¨Y9$#
ÇËÈ Ïm»s9Î)
Ĩ$¨Y9$#
ÇÌÈ `ÏB
Ìhx©
Ĩ#uqóuqø9$#
Ĩ$¨Ysø:$#
ÇÍÈ Ï%©!$#
â¨Èqóuqã
Îû
Írßß¹
ÄZ$¨Y9$#
ÇÎÈ z`ÏB
Ïp¨YÉfø9$#
Ĩ$¨Y9$#ur
ÇÏÈ
Maksudnya: “Katakanlah
(Wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia.
“Yang Menguasai sekalian manusia,”Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian
manusia, “Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, – “yang
melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalamhati manusia, – “(Iaitu pembisik dan
penghasut) dari kalangan jin dan manusia”.
Firman
Allah dalam surah al-Rahman ayat 15:
t,n=yzur
¨b!$yfø9$#
`ÏB
8lÍ$¨B
`ÏiB
9$¯R
ÇÊÎÈ
Maksudnya: “dan Dia telah menciptakan jin
dari lidah api yang menjulang-julang”
Firman
Allah dalam surah al-Hijr ayat 26-27:
.
ôs)s9ur
$oYø)n=yz
z`»|¡SM}$#
`ÏB
9@»|Áù=|¹
ô`ÏiB
:*uHxq
5bqãZó¡¨B
ÇËÏÈ ¨b!$pgø:$#ur
çm»uZø)n=yz
`ÏB
ã@ö6s%
`ÏB
Í$¯R
ÏQqßJ¡¡9$#
ÇËÐÈ
26. dan Sesungguhnya Kami telah
menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur
hitam yang diberi bentuk.27. dan Kami telah menciptakan jin sebelum (Adam) dari
api yang sangat panas.
Dalil aqli:
Imam al-Mawardi telah menyebut di dalam kitabnya “A’lam
al-Nubuwwah” dengan memaparkan pembicaraan tentang jin dan syaitan untuk
menolak dakwaan orang yang menginkari kejadian jin. Al-Mawardi
membawa dua bukti untuk orang yang tidak beriman dengan dalil syarak iaitu
dalil naqli dan aqli . Perbahasan yang dibawa oleh beliau merupakan suatu
perbahasan yang bernilai kerana ianya berkaitan dengan tajuk ini.
Beliau
mendahulukan dalil naqli dengan katanya bahawa jin merupakan makhluk yang
berada di alam yang berbeza dengan manusia yang mampu bercakap. Mereka makan
dan minum, bernikah kahwin dan mati tetapi tidak dapat dilihat dengan mata
kasar, bahkan berbeza perbuatan dan tinggalan-tinggalan melainkan orang yang
diizin oleh Allah s.w.t melihat mereka. Manusia mengenali jin melalui
kitab-kitab ketuhanan dan tanda-tanda tinggalan mereka.
Para
ulamak bersepakat bahawa jin itu beranak-pinak dan mati, dan ada di antara
mereka yang beriman dan ada juga yang kafir, tetapi mereka(para
ulamak)berselisihan tentang syaitan. Ada di antara mereka berpendapat bahawa
syaitan-syaitan adalah jin-jin kafir, beranak pinak dan mati. Ada juga di
antara mereka berpendapat bahawa mereka bukanlah jin tetapi anak iblis.
Dalil-dalil
akal dan hujah-hujah secara kias dapat mengatasi manusia yang menginkari dan
tidak beriman dengan kitab-kitab Allah s.w.t tentang kejadian jin. Allah s.w.t
mencipta alam dengan empat jirim sebagai pangkal dan penyebab kejadian alam
yang hidup ini iaitu tanah, air, angin dan api. Alam ini terbahagi kepada dua
iaitu atas dan bawah. Alam yang bawah dijadikan dari dua jirim iaitu tanah yang
diduduki oleh haiwan dan air yang diduduki oleh ikan-ikan. Kedua-duanya berada
di bawah kerana air dan tanah terletak di bawah, dan adanya ikan dan haiwan
kerana adanya air dan tanah. Alam yang satu lagi juga mempunyai dua jirim iaitu
angin dan api.
Kejadian
malaikat kekal daripada cahaya dan jin
daripada api. Oleh kerana kedudukan angin di tempat yang tinggi, maka ianya
layak bagi alam malaikat yang dijadikan daripada cahaya. Mereka tidak akan
turun ke bawah melainkan dengan perintah Allah s.w.t dan mereka juga tidak
dapat dilihat dengan mata melainkan dengan izin Allah s.w.t. Satu lagi jirim
iaitu api yang pada asalnya berada di bawah, maka ianya adalah alam bagi jin
kerana kekadang mereka berada di bawah dan kekadang di atas. Oleh kerana jisim
mereka yang ringan maka mereka tidak boleh dilihat dengan mata kasar melainkan
dengan izin Allah s.w.t.
Inilah
apa yang dibawa oleh al-Mawardi tentang perkara ini tanpa kupasan yang lengkap.
Perbahasan yang dibawa oleh beliau layak dijadikan sumber kerana beliau
merupakan seorang yang alim dan terkenal kedudukannya di kalangan para ulamak
Awal
penciptaan jin
Allah
S.W.T. menciptakan jin sebelum menciptakan manusia, dengan selisih waktu yang
lama bila dikiaskan pada manusia mahupun jin sendiri. Allah S.W.T. berfirman (
maksudnya ) : "Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari tanah
liat kering ( yang berasal ) dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Dan Kami
telah menciptakan jin, sebelum itu dari api yang sangat panas. ( Surah Al-Hijr:
26-27 ).
Bagaimana jin dan syaitan hidup
Bagaimana jin dan syaitan hidup
Jin
adalah makhluk yang sangat banyak sekali penduduknya, boleh dikatakan sama
bilangan penduduk bumi sebanyak 5 bilion. Jarang ada suatu tempat di bumi ini
yang tidak diduduki oleh jin, baik di daratan, lautan mahupun udara. Dunia
mereka seperti dunia kita : Ada negara, kerajaan, berbagai bangsa &
kabilah, penguasa dan rakyat jerata. Agama mereka pun tidak berbeza dengan
agama manusia. Diantara mereka, alhamdulillah, ada yang Muslim dan memperoleh
hidayah dari Allah S.W.T. Yang lain, beragama Masehi, Hindu, Buddha, penyembah
berhala dan penganut ajaran komunis.
Tempat
tinggal jin
Makhluk
jin lebih mengutamakan untuk tinggal di tempat-tempat yang sunyi dan sepi dari
manusia seperti di padang pasir. Ada yang tinggal di tempat-tempat kotor
seperti di tempat pembuangan sampah kerana mereka memakan makanan lebihan
manusia.
Ada
juga mereka yang tinggal bersama manusia iaitu di dalam rumah. Abu Bakar bin
Ubaid meriwayatkan: "Pada setiap rumah kaum muslimin ada jin Islam yang
tinggal di atapnya, setiap kali makanan diletakkan, maka mereka turun dan makan
bersama penghuni rumah."
Jin
juga menjadikan tandas sebagai tempat tinggalnya. Rasullullah s.a.w. telah
bersabda: "Sesungguhnya pada tiap-tiap tempat pembuangan kotoran ada
didatangi jin, kerana itu bila salah seorang kamu datang ke tandas maka
hendaklah ia mengucapkan doa: " Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung
kepadamu dari jin lelaki dan perempuan" (HR. Abu Dawud)
Jin
juga sangat suka tinggal di lubang-lubang. Oleh kerana itu dalam sebuah hadis
dijelaskan yang maksudnya: "Janganlah kamu kencing dilubang."(HR.
An-Nas'i)
Kerajaan
iblis
Iblis
mempunyai kerajaan yang sangat besar. Ada menteri-menteri, pemerintahan dan
pejabat-pejabat. Iblis juga mempunyai wakil-wakil, lima di antaranya wajib
diwaspadai :
*
Yang pertama, menurut kalangan Jin, bernama Tsabar. Dia selalu mendatangi orang
yang sedang kesusahan atau ditimpa musibah, baik kematian isteri, anak ataupun
kaum kerabat. Kemudian dia melancarkan bisikannya dan menyatakan permusuhannya
kepada Allah. Diucapkannya, melalui mulut orang yang ditimpa musibah itu,
keluh-kesah and caci-maki terhadap ketentuan Allah atas dirinya.
*
Yang kedua, namanya ialah Dasim. Syaitan inilah yang selalu berusaha dengan
sekuat tenaganya untuk mencerai-beraikan ikatan perkahwinan, membuat rasa benci
antara satu sama lain di kalangan suami-isteri, sehingga menjadi penceraian.
Dia adalah anak kesayangan Iblis di wilayah kerajaannya yang sangat besar.
*
Yang ketiga, namanya ialah Al-A'war. Dia dan seluruh penghuni kerajaannya,
adalah pakar-pakar dalam urusan mempermudah terjadinya perzinaan. Anak-anaknya
menghiaskan indah bahagian bawah tubuh kaum wanita ketika mereka keluar rumah,
khususnya kaum wanita masa kini, betul-betul menggembirakan Iblis di kerajaan
yang besar. Segala persoalan yang menyangkut keruntuhan moral dan perzinahan
berurusan dengan pejabat besar mereka.
*
Yang keempat, namanya ialah Maswath, pakar dalam menciptakan kebohongan-kebohongan
besar mahupun kecil. Bahkan kejahatan yang dia dan anak-anaknya lakukan sampai
pada tingkat dia memperlihatkan diri dalam bentuk seseorang yang duduk dalam
suatu pertemuan yang disenggarakan oleh manusia, lalu menyebarkan kebohongan
yang pada gilirannya disebarkan pula oleh manusia.
*
Yang kelima, namanya ialah Zalnabur. Syaitan yang satu ini berkeliaran di
pasar-pasar di seluruh penjuru dunia. Merekalah yang menyebabkan pertengkaran,
caci-maki, perselisihan dan bunuh-membunuh sesama manusia.
Kumpulan-kumpulan
jin
Jin
juga seperti manusia yang inginkan nama dan keturunan dan hidup berpuak-puak.
Puak dan kumpulan jin terlalu banyak dan bercakap dalam berbagai-bagai loghat
dan bahasa. Ada sesetengah ulama membahagikan Jin kepada beberapa kumpulan,
antaranya ialah :-
*
Kumpulan yang menunggu kubur
*
Kumpulan yang menunggu gua
*
Kumpulan yang menunggu mayat
*
Kumpulan yang menunggu air mata air
*
Kumpulan yang menunggu tasek, kolam, telok, kuala, pulau dan sebagainya.
Pemimpin-peminpin
jin
Jin
juga mempunyai pemimpin dan kerajaannya tersendiri. Antaranya ialah :-
*
Raja Jin Alam bawah yang kafir ialah seperti Mazhab, Marrah, Ahmar, Burkhan,
Syamhurash, Zubai'ah dan Maimon.
*
Empat Raja Jin Ifrit ( Jin yang paling jahat ) yang mempunyai kerajaan yang
besar yang menjadi menteri kepada Nabi Allah Sulaiman a.s. ialah seperti
Thamrith, Munaliq, Hadlabaajin dan Shughal.
*
Raja Jin Alam atas yang Islam pula ialah Rukiyaail, Jibriyaail, Samsamaali,
Mikiyaail, Sarifiyaali, ‘Ainyaail dan Kasfiyaail.
*
Raja Jin yang menguasai segala Jin tersebut bernama THOTHAMGHI YAM TA LI.
Manakala Malaikat yang mengawal kesemua Jin-Jin di atas bernama Maithotorun
yang bergelar QUTBUL JALALAH.
Jenis-jenis
jin
1.
Iblis bapa dan pujaan kepada semua jenis Jin, Iblis dan Syaitan.
2.
Asy-Syaitan - Syaitan-Syaitan
3.
Al-Maraddah - Peragu-peragu ( was-was )
4.
Al-Afrit - Penipu-penipu
5.
Al-A'waan - Pelayan-pelayan
6.
Al-Tayaaruun - Penerbang-penerbang
7.
Al-Ghawwaasuun - Penyelam-penyelam
8.
At-Tawaabi - Pengikut-pengikut ( pengekor )
9.
Al-Qurana - Pengawan-pengawan
10.
Al-Ummaar - Pemakmur.
Anak-anak syaitan yang lainnya
1.
ZALITUUN : Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat.
Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak
perlu.
2.
WATHIIN : Pergi kepada orang yang
mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.
3.
A'AWAN : Menghasut
sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan
kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat
para ulama.
4.
HAFFAF : Berkawan baik dengan kaki
botol. Suka menghampiri orang berada di tempat-tempat maksiat .
5.
MURRAH : Merosakkan dan melalaikan ahli
dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah.
6.
MASUUD : Duduk dibibir mulut manusia
supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan segala apa sahaja penyakit yang
mula dari kata-kata mulut.
7.
DAASIM : Duduk di pintu rumah kita.
Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar
berlaku keruntuhan rumahtangga. (suami-isteri bercerai-berai, suami bertindak
ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak
didera dan perbagai bentuk kemusnahan rumahtangga).
8.WALAHAAN
: Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwudhuk dan
solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain.
9.
LAKHUUS : Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api dan matahari.
Ini
adalah sebagaian elemen yang perlu diketahui seorang muslim berkenaan beriman
dengan kewujudan jin. Kita percaya kewujudan jin itu benar namun kita perlu
yakin apa-apa perbuatan memohon pertolongan dan bantuan jin adalah membawa
syirik kepada Allah s.w.t. Akidah yang benar dalam masalah jin ini adalah
percaya mereka wujud dan percaya pula mereka itu sama dengan kita sebagai
makhluk Allah S.W.T yang diberi tugas taklif yakni beribadah dan beriman kepada
Allah S.W.T.
Perbandingan
antara Jin dengan perkara empirikal
Ilmu
Empirikal ialah ilmu yang berdasarkan fakta yang ditanggapi oleh
pancaindera zahir seperti ilmu sains tabie, geografi, dan sebagainya. Akal
merupakan alat untuk merumus dan membuat kesimpulan terhadap fakta-fakta
tersebut. Asas ilmu empirikal terletak pada keupayaan pada keupayaan
pancaindera memikir, membuat uji kaji dan merumus. Manakala ilmu rasional
pula terletak kepada keupayaan aktiviti akal."
Sedia
maklum bahawa di dalam Islam, jin terbahagi kepada dua iaitu Jin islam dan Jin
kafir yang mana Jin islam mematuhi perintah Allah S.W.T dan Jin kafir enggan
mengakui keesaan Allah S.W.T serta melanggar perintahNya. Jika dibandingkan
dengan perkara empirikal jelas sekali Jin boleh di banding bezakan dengan
manusia. Manusia juga terbahagi kepada dua iaitu yang beriman dengan yang tidak
beriman dengan Allah S.W.T. Manusia yang beriman akan mengakui dengan hati
dengan keesaan Allah S.W.T manakala manusia yang kafir akan menyembah selain
Allah S.W.T.
MALAIKAT
Malaikat dalam islam merupakan hamba dan ciptaan Allah yang dijadikan daripada Nur atau cahaya lagi mulia dan terpelihara daripada maksiat. Mereka tidak berjantina, tidak bersuami atau isteri, tidak beribu atau berbapa, dan tidak beranak. Mereka tidak minum dan tidak makan. Kata malaikat merupakan jamak dari bahasa arab iaitu “Malak” yang bererti kekuatan. Jadi malaikat adalah kekuatan-kekuatan yang patuh pada ketentuan dan perintah Allah.
Sebagai
seorang islam yang beriman, wajib baginya mengetahui kewujudan malaikat.
Percaya kepada para malaikat merupakan rukun iman yang kedua. Setiap muslim
yang mengucap syahadah wajib mempercayai adanya malaikat. Zat malaikat adalah
halus, tidak nampak oleh mata kasar manusia biasa tetapi mampu dilihat oleh
manusia luar biasa seperti Nabi dan Rasul. Rupa malaikat yang sebenar hanya
Allah sahaja yang tahu. Namun berdasarkan hadis, malaikat mampu menjelma dalam
pelbagai rupa manusia dan bentuk makhluk yang lain. Mereka berakal, boleh
berkata-kata dan boleh bergerak ke suatu jarak yang jauh dalam masa yang
singkat
Firman
Allah S.W.T. dalam surah Fatir, ayat 1; “segala puji bagi Allah penccipta
langit dan bumi, yang menjadikan malaikat sebagai utusan-utusan untuk
menguruskan bermacam-macam urusan, yang mempunyai sayap, masing-masing ada yang
dua, tiga dan empat. Allah menambahkan pada ciptaan-Nya. Sesungguhnya Allah
Maha Kuasa atas segala sesuatu”.
Selain
dapada itu, dalil-dalil dari hadis Rasulluah S.A.W. juga sangat banyak.
Antaranya hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim yang berasal
dari Umar ibnul Khattab menceritakan peristiwa Rasulullah sewaktu ditanya
berkenaan iman. Baginda menjawab; “Hendaklah engkau percaya kepada Allah, para
malaikatNya, para RasulNya, hari kiamat dan takdir baik dan burukNya”. Dengan
ayat Al-quran dan Hadis ini, dapatlah dibuktikan akan wujudnya malaikat.
Definisi
Malaikat
Menurut
bahasa: kata “Malaikat” merupakan kata jamak yang berasal
dari Arab malak (ملك) yang
bererti kekuatan, yang berasal dari kata masdar “al-alukah” yang bererti
risalah atau misi.
Menurut
istilah: malaikat dalah makhluk ciptaan Allah yang berbadan halus
yang di ciptakan daripada cahaya dan di ciptakan sebelum manusia. Malaikat di kurniakan
oleh Allah dengan banyak kebolehan dan sifatnya berlawanan dengan manusia dan
jin.
Dalil-Dalil Kewujudan Malaikat
Kita
wajib beriman kepada malaikat. Malaikat ialah makhluk Allah yang dijadikan
daripada cahaya. Allah menjadikan malaikat sebagai makhlukNya yang sangat setia
bertasbih sepanjang masa.Ada dikalangan malaikat yang diberi kelebihan daripada
malaikat yang lain seperti malaikat Jibril, Mikail dan Israfil.
Dalil
Naqli
- Al-Quran :
وَمَنْ يَكْفُرْ بِاللَّهِ
وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ وَالْيَوْمِ الْآَخِرِ فَقَدْ ضَلَّ
ضَلَالًا بَعِيدًا
Maksudnya : "..sesiapa yang kufur ingkar kepada Allah dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya dan Rasul-rasulNya dan juga Hari Akhirat, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh."
[An-Nisa
ayat 136]
- Hadith Nabi :
Antaranya
hadith nabi yang mengisahkan malaikat Jibril yang menyerupai Dihyah AlKalibi
dimasjid bertanyakan iman, islam dan ihsan kepada Rasulullah.
Hadith
yang lain antaranya mengenai pekerjaan malaikat :
تَعَاقَبُونَ فِيكُمْ مَلَائِكَةٌ
بِاللَّيْلِ وَمَلَائِكَةٌ بِالنَّهَارِ
Para
malaikat berdamping dengan manusia pada malam hari dan siang.
3.
Bukti bahawa malaikat menyerupai sahabat nabi seperti Dihyah AlKalibi.
Manakala, malaikat juga dilihat bersama-sama membantu muslimin ketika
peperangan Badar AlKubra.
4.
Zaman berzaman orang muslimin percaya malaikat sehingga ke hari ini.
Dalil
Aqli
1.
Malaikat adalah makhluk yang ghaib. Apabila kita beriman kewujudan ALlah begitu
juga beriman dengan kewujudan malaikat.
2.
Kewujudan malaikat dapat dibuktikan melalui beberapa peristiwa :
-
Peristiwa penurunan wahyu kepada Nabi Muhammad adalah melalui makhluk Allah
yang bernama Jibril 'Alaihissalam. Kewujudan malaikat yang bernama Jibril
tersebut merupakan perantaraan wahyu kepada Baginda.
-
Manusia yang ketika tidak dikawal dijaga oleh malaikat. Seperti keadaan manusia
yang sudah tidur dijaga oleh para malaikat. Ada yang mengatakan namanya
Hafazah. Iaitu malaikat yang ditugaskan untuk menjaga manusia setiap masa.
Sifat-Sifat Malaikat
1.
Malaikat dicipta daripada cahaya
Sabda Rasulullah saw yang diriwayatkan
daripada Aisyah RA :
"Malaikat
dicipta daripada cahaya, jin dicipta daripada api dan manusia dicipta daripada
apa yang diceritakan kepadamu (tanah)" [Riwayat Muslim]
2.
Malaikat tidak berkehendak, tiada nafsu.
Dan mereka
berkata: "Mengapa rasul itu memakan
makanan dan berjalan di pasar-pasar? Mengapa tidak diturunkan kepadanya seorang
malaikat agar malaikat itu memberikan peringatan bersama- sama dengan
dia?" [Al-Furqaan : 7]
3.
Malaikat taat melaksanakan perintah Allah tanpa sedikitpun membantah.
"Sesungguhnya
malaikat-malaikat yang ada di sisi Tuhanmu tidaklah merasa enggan menyembah
Allah dan mereka mentasbihkan-Nya dan hanya kepada-Nya-lah mereka
bersujud." [Al-A'raaf : 206]
4.
Malaikat dikurniakan Allah kekuatan.
"Dan
malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan
orang malaikat menjunjung 'Arsy Tuhanmu di atas (kepala) mereka." [Al-Haaqqah : 17]
5.
Malaikat boleh berubah menjadi apa jua bentuk dengan izin Allah.
Dan tatkala
datang utusan-utusan Kami (para malaikat) itu kepada Luth, dia merasa susah dan
merasa sempit dadanya karena kedatangan mereka, dan dia berkata: "Ini adalah hari yang amat
sulit" [Huud : 77]
Nama dan tugas para Malaikat
Di
antara para malaikat yang wajib setiap orang Islam ketahui sebagai salah satu
Rukun Iman, berdasarkan Al Qur'an dan hadits. Nama (panggilan) berserta
tugas-tugas mereka adalah sebagai berikut:
- Jibril - Pemimpin para
malaikat, bertugas menyampaikan wahyu dan mengajarkannya kepada para nabi
dan rasul.
- Mikail - Membagi rezeki
kepada seluruh makhluk.
- Israfil - Meniup sangkakala
(terompet) pada hari kiamat.
- Munkar dan Nakir - Memeriksa
amal manusia di alam barzakh.
- Izrail - Mencabut nyawa
seluruh makhluk.
- Ridwan - Menjaga pintu
syurga.
- Malik - Pemimpin Malaikat
Zabaniah dan penjaga neraka.
- Zabaniah - 19 malaikat penyiksa
dalam neraka yang bengis dan kasar
Fungsi
dan tugas-tugas malaikat
Jumlah
malaikat sangat banyak. Tidak ada yang dapat mengetahui jumlah sesungguhnya
kecuali Allah SWT. Mereka mempunyai tugas dengan fungsi yang berbeza-beza.
Mereka menjalankan tugasnya secara profesional, mereka tidak pernah mengingkari
tugas dan tidak pernah istirehat dalam menjalankan tugas yang dibebankan kepada
mereka dengan penuh ketundukan dan kepatuhan kepada Allah SWT. Antara
tugas-tugas Malaikat seperti membawa wahyu kepada para Nabi dan Rasul,
bertasbih dan patuh dan sujud pada Allah, memikul Arsy, dan berdoa untuk
orang-orang beriman. Dalam ilmu Tauhid, umat Islam diwajibkan mengenal 10
malaikat dan tugasan mereka.
Malaikat
Jibrail diberikan amanat untuk menyampaikan wahyu, turun membawa petunjuk
kepada Rasul agar disampaikan kepada umat. Allah Taala berfirman, "Dan
sungguh dia (Muhammad) telah melihatnya (Jibril) di ufuk yang terang"(QS.
At Takwiir : 23) Rasulullah S.A.W. bersabda, "Aku melihatnya (Jibril)
turun dari langit, tubuhnya yang besar menutupi antara langit sampai bumi”.
Malaikat
Mikail diserahi tugas mengatur hujan dan tumbuh-tumbuhan dimana semua rezki di
dunia ini berkaitan erat dengan keduanya. Terdapat penyebutan Jibril dan Mikail
secara bersamaan dalam satu ayat, Allah Taala berfirman, "Barangsiapa
menjadi musuh Allah, malaikat-malaikat Nya, rasul-rasul-Nya, Jibril dan Mikail,
maka sesungguhnya Allah musuh bagi orang-orang kafir"(QS. Al Baqarah : 98)
Malaikat
Israfil Dia diserahi tugas meniup sangkakala atas perintah Rabb-nya dengan tiga
kali tiupan. Pertama adalah tiupan keterkejutan, tiupan kedua adalah tiupan
kematian dan tiupan ketiga adalah tiupan kebangkitan.
Malaikat
Izrail, Tugasnya ialah mengambil nyawa, iaitu mematikan apabila sudah sampai
ajal, dan tugasnya mengambil nyawa tidak akan cepat sesaat dan tidak akan lewat
sesaat. Allah Taala berfirman, "Mereka berseru, 'Hai Malik, biarlah
Rabb-mu membunuh kami saja'. Dia menjawab, 'Kamu akan tetap tinggal (di Neraka
ini)'.
Sesungguhnya
Kami telah membawa kebenaran kepada kamu tetapi kebanyakan diantara kamu benci
kepada kebenaran itu"(QS. Az Zukruf : 77-78)
Malaikat
Munkar dan Malaikat Nakir. Tugasnya menyoal orang mati di alam kubur. hadis Abu
Hurairah, Rasulullah S.A.W. bersabda, "Tatkala orang yang mati telah
dikubur, datanglah kepadanya dua malaikat yang hitam kebiruan, salah satu
diantara keduanya dinamakan Munkar dan yang lainnya dinamakan Nakir".
Malaikat
Raqib dan Malaikat Atid. Tugas malaikat Raqib ialah menulis pahala bagi orang
yang membuat kebaikan. Tugas malaikat Atid adalah untuk menulis dosa bagi orang
yang membuat mungkar dan kejahatan. Makna Raqib dan Atid ialah dua malaikat
yang hadir.
Malaikat
Ridhwan. Tugasnya menjaga syurga dan menyambut ahli syurga.Malaikat Malik.
Tugasnya menjaga neraka dan menyambut ahli neraka. Allah Ta'ala berfirman,
"Mereka berseru, 'Hai Malik, biarlah Tuhanmu membunuh kami saja'. Dia
menjawab, 'Kamu akan tetap tinggal (di Neraka ini)'. Sesungguhnya Kami telah
membawa kebenaran kepada kamu tetapi kebanyakan diantara kamu benci kepada
kebenaran itu"(QS. Az-Zukruf:77-78).
Penutup
Daripada
saya mengkaji sama ada Allah itu berada di atas arasy atau tidak bertempat,
atau mempunyai tangan atau tidak mempunyai tangan, yang akhirnya tidak
mendatangkan jawapan sebaliknya kekeliruan demi kekeliruan yang menatijahkan
perdebatan sia-sia, lebih baik saya mengkaji ciptaan-Nya untuk memerhatikan tanda-tanda
kekuasaan-Nya. Bagi saya,
perkara itu lebih menambah iman.
Di
sini, dapatlah disimpulkan bahawa malaikat itu wujud. Sebagai umat kita
haruslah yakin dan percaya akan makhluk ciptaan Allah S.W.T. yang dicipta untuk
menguruskan hal-hal manusia serta segala yang berada di alam ini. Kita haruslah
yakin kepada rukun iman yang kedua ini iaitu Percaya kepada malaikat. Malakat
merupakan makhluk yang mulia dalam penciptaan dan akhlaknya, mula disisi Allah,
suci dan bersih Zat, sifat dan pekerjaannya. Mereka juga sangat patuh kepada
Allah azza wajalla, mereka adalah sejenis makhluk diantara makhluk Allah ang
diciptakan daripada Nur untuk beribadat kepada-Nya.
Malaikat
juga tidak berjantina, tidak bersuami, tidak beribu atau berbapa, dan tidak
beranak. Mereka juga tidak tidur dan tidak makan serta tidak minum. Mereka
mampu menjelma kepada rupa yg dikehendaki dengan izin Allah.Selain daripada
itu, kewujudan malaikat dapat diyakini dengan mengetahui bagaimanakah cara
malaikat menyembah kepada Tuhannya. Malaiakat menyembah kepada Allah dengan
berbagai-bagai cara, antaranya dengan bertasbih berterusan dan tiada
henti-hentinya. Bagi umat Islam yang menolak kepercayaan kepada kewujudan
malaikat, maka berdosalah baginya.
Tambahan
lagi, kita dapat mengetahui tugas-tugas 10 malaikat utama yang Allah ciptakan
seperti Jibrail, Israfil, Izrail, Munkar, Nakir, Ridhwan, Malik, Rqib dan Atid.
Kita mengetahui bahawa mereka diciptakan terlebih dahulu dari penciptaan Adam.
Natijahnya, percaya akan kewujudan malaikat akan meningkatkan ketakwaan kepada
Allah S.W.T.
Perbandingan
antara Malaikat dengan perkara empirikal
Ilmu
Empirikal ialah ilmu yang berdasarkan fakta yang ditanggapi oleh
pancaindera zahir seperti ilmu sains tabie, geografi, dan sebagainya. Akal
merupakan alat untuk merumus dan membuat kesimpulan terhadap fakta-fakta
tersebut. Asas ilmu empirikal terletak pada keupayaan pada keupayaan
pancaindera memikir, membuat uji kaji dan merumus. Manakala ilmu rasional
pula terletak kepada keupayaan aktiviti akal."
Saya berpendapat bahawa tiada salahnya
untuk menterjemahkan rupa bentuk Malaikat melalui pendekatan sains. Malaikat
adalah salah satu makhluk Allah dan sudah pastinya ia sebahagian dari
sunnatullah. Selagi kita tidak melampaui keterbasan akal dengan mengkaji Zat
Allah, bagi saya tidak salah sekiranya mengkaji ciptaan Allah termasuk Malaikat
sendiri. Bukankah Allah sendiri menggalakkan kita melihat tanda-tanda
kekuasaan-Nya dengan mengkaji alam-Nya?
Perbandingan
antara malaikat dengan perkara empirikal adalah boleh dibahagikan kepada
beberapa bahagian antaranya adalah orang Islam yang beriman kepada Allah dengan
sebenar-benar keimanan dan takut untuk melanggar perintah-Nya hal ini
bertepatan dengan malaikat yang merupakan makhluk ciptaan Allah yang sangat
patuh atas segala Perintah Allah. Perbandingan yang kedua adalah malaikat
dengan Anggota keselamatan kerana antara tugas malaikat adalah menjaga keamanan
di Dunia dan memberi rezeki atas arahan Allah S.W.T.
SYURGA DAN NERAKA
Syurga dan neraka adalah dua makhluk diciptaan
Allah S.W.T. yang setia menanti para penghuninya. Syurga dinyatakan dalam
Al-Qur’an sebagai “kediaman damai” yang merupakan ganjaran daripada Allah
S.W.T. kepada hamba-hambaNya yang beriman dan bertaqwa. Neraka pula dinyatakan
sebagai tempat menakutkan yang tidak mampu digambarkan oleh khayalan manusia.
cÎ) tûïÏ%©!$# (#qãZtB#uä (#qè=ÏHxåur ÏM»ysÎ=»¢Á9$# y7Í´¯»s9'ré& ö/ãf çöy{ ÏpÎy9ø9$# ÇÐÈ ôMèdät!#ty_ yZÏã öNÍkÍh5u àM»¨Zy_ 5bôtã ÌøgrB `ÏB $uhÏGøtrB ã»pk÷XF{$# tûïÏ$Î#»yz !$pkÏù #Yt/r& ( zÓÅ̧ ª!$# öNåk÷]tã (#qàÊuur çm÷Ztã 4 y7Ï9ºs ô`yJÏ9 zÓÅ´yz ¼çm/u ÇÑÈ
“Sesungguhnya
orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal shalih, mereka itu adalah
sebaik-baik makhluk. Balasan mereka di sisi Rabb mereka ialah surga ‘Adn yang
mengalir di bawahnya sungai-sungai. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya.
Allah ridha terhadap mereka, dan mereka pun ridha kepada-Nya. Yang demikian itu
adalah (balasan) bagi orang yang takut kepada Rabbnya.” (Al Bayyinah 7-8)
xsù ãNn=÷ès? Ó§øÿtR !$¨B uÅ"÷zé& Mçlm; `ÏiB Ío§è% &ûãüôãr& Lä!#ty_ $yJÎ/ (#qçR%x. tbqè=yJ÷èt ÇÊÐÈ
“Tidak
seorang pun mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka, yaitu
(bermacam-macam nikmat) yang menyenangkan pandangan mata sebagai balasan
terhadap apa yang telah mereka kerjakan.” (As Sajdah 17)
Definisi
syurga
Di
dalam bahasa Arab syurga disebut dengan al – jannah atau al-hadiqah zatusy
syajar (kebun atau taman yang terdiri dari berbagai macam pepohonan). Maka
syurga difahami dengan berbagai macam kenikmatan dan kelazatan yang luar
biasa.
Para ulama membahagi syurga
kepada 3 bahagian :
1. Jannatul Ikhtisas
2. Jannatul Mirats
3. Jannatul A’mal
1. Jannatul Ikhtisas
2. Jannatul Mirats
3. Jannatul A’mal
Jannatul
Ikhtisas adalah syurga yang disediakan bagi anak-anak kecil yang meninggal
sebelum dikenakan kewajiban. Iaitu meninggal dibawah umur 6 tahun. Juga Allah
akan menempatkan siapa saja yang di kehendaki dalam syurga Ikhtisas ini dan
orang-orang yang hilang akalnya. Iaitu orang yang baik kelakuannya ketika masih
normal kemudian menderika sakit ingatan sampai meninggal.
Adapun
Jannatul Mirats ialah tempat di surga yang mestinya disediakan bagi orang-orang
kafir seandainya mereka beriman. Jelasnya, oleh kerana tempat-tempat yang
disediakan itu tidak jadi diisi oleh orang orang tak beriman, maka
tempat-tempat tadi dibagikan kepada ahli syurga, sebagai pembahagian tambahan
(warisan). Setelah tempat–tempat yang telah ditentukan sendiri bagi mereka
masing–masing.
Kemudian
Jannatul A’mal ialah syurga yang disediakan bagi orang-orang mukmin berdasarkan
amal-amalnya. Syurga inilah yang baghaiannya tidak sama, bahkan menurut amalnya
sendiri-sendiri.
Tingkatan
dan nama-nama syurga ialah :
1.
Surga :
A.
Syurga Firdaus
Mengenai
surga firdaus ini, dalam Al Quran, surah Al Kahfi, ayat 107, Allah Subhanhu Wa
Ta'ala. telah menegaskan:
107.
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal saleh, bagi mereka adalah
syurga Firdaus menjadi tempat tinggal,
Juga
penegasanya dalam Al Quran, surah Al Mu'minuun, ayat 9-11.
9.
Dan orang-orang yang memelihara sembahyangnya.
10.
Mereka Itulah orang-orang yang akan mewarisi,
11.
(yakni) yang akan mewarisi syurga Firdaus. mereka kekal di dalamnya.
B.
Syurga Adn
Surga
Adn ini telah banyak sekali dijelaskan dalam Al Quran. iaitu sebagai berikut:
Firman Allah Subhanhu Wa Ta'ala. di dalam surah Taha, ayat 76.
76.
(iaitu) syurga Adn yang mengalir sungai-sungai di bawahnya, mereka kekal di
dalamnya. dan itu adalah balasan bagi orang yang bersih (dari kekafiran dan
kemaksiatan).
Firman-nya
lagi didalam surah Shaad, ayat 50 :
50.
(iaitu) syurga Adn yang pintu-pintunya terbuka bagi mereka,
C.
Syurga Na'iim
Dalam
Al Qur'an surah al Hajj, ayat 56. Allah Subhanhu Wa Ta'ala. telah menegaskan :
56.
Kekuasaan di hari itu ada pada Allah, dia memberi Keputusan di antara mereka.
Maka orang-orang yang beriman dan beramal soleh adalah di dalam syurga yang
penuh kenikmatan.
Firman-nya
lagi dalam surah Luqman, ayat 8 :
8.
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, bagi
mereka syurga-syurga yang penuh kenikmatan
D.
Syurga Ma'wa
Banyak
sekali didalam Al Quran dijelaskan, antara lain Surah As Sajdah, ayat
19
Allah
Subhanhu Wa Ta'ala. menegaskan:
19.
Adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, Maka bagi mereka
jannah tempat kediaman, sebagai pahala terhadap apa yang mereka kerjakan.
Firman-nya
lagi didalam surah An Naziat, ayat 41:
41.
Maka Sesungguhnya syurgalah tempat tinggal(nya).
E.
Syurga Darussalam
Mengenai
surga Darussalam ini, telah banyak dijelaskan didalam Al Quran, diantaranya
ialah : Dalam surah Yunus, ayat 25 :
25.
Allah menyeru (manusia) ke darussalam (surga), dan menunjuki orang yang
dikehendaki-Nya kepada jalan yang lurus (Islam)[685].
[685]
erti kalimat darussalam ialah: tempat yang penuh kedamaian dan keselamatan.
pimpinan (hidayah) Allah berupa akal dan wahyu untuk mencapai kebahagiaan dunia
dan akhirat.
F.
Syurga Darul Muqoomah
Sesuai
dengan penegasan Allah Subhanhu Wa Ta'ala. di dalam Al Qur'an, surah Faathir,
ayat 34-35 :
34.
Dan mereka berkata: "Segala puji bagi Allah yang Telah menghilangkan duka
cita dari kami. Sesungguhnya Tuhan kami benar-benar Maha Pengampun lagi Maha
Mensyukuri.
35.
Yang menempatkan kami dalam tempat yang kekal (syurga) dari kurnia-Nya;
didalamnya kami tiada merasa lelah dan tiada pula merasa lesu".
G.
Syurga Maqoomul Amin
Sesuai
dangan penegasan Allah Subhanhu Wa Ta'ala. didalam Al Quran, sura Ad Dukhan,
ayat 51 :
51.
Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa berada dalam tempat yang aman,
H.
Syurga Khuldi
Di
dalam Al Quran tepatnya sura Al Furqaan, ayat 15, Allah Subhanhu Wa Ta'ala.
telah menegaskan :
15.
Katakanlah: "Apa (azab) yang demikian itukah yang baik, atau syurga yang
kekal yang Telah dijanjikan kepada orang-orang yang bertaqwa?" dia menjadi
balasan dan tempat kembali bagi mereka?".
Kenikmatan Syurga
Dari Abi Hurairah r.a : Rasulullah s.a.w bersabda: “Berfirman
Allah a.w.j : Aku sediakan kepada hamba-hambaku yang soleh; apa yang tidak
pernah dilihat oleh mata,tidak pernah terdengar oleh telinga dan tidak pernah
terlintas dalam fikiran serta hati manusia” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Beberapa Nikmat Syurga Secara Ringkas
1.
Pohon Syurga
Dari Sahl bin Saad r.a sesungguhnya Rasulullah s.a.w
bersabda: ((Sesungguhnya di dalam syurga ada satu pohon yang mana berjalan di
bawah bayangnya seorang penunggang selama seratus tahun, belum lepas dari
bayangnya)) Riwayat Muslim
2.
Istana, Khemah dan Kamar Syurga
(Az-Zumar) 20. Tetapi (sebaliknya) orang-orang yang bertaqwa
kepada Tuhan mereka (dengan mengerjakan suruhanNya dan menjauhi laranganNya),
dibina untuk mereka (di dalam syurga) mahligai-mahligai yang tinggi
bertingkat-tingkat, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai. Demikianlah
janji yang ditetapkan Allah; Allah tidak sekali-kali akan mengubah
janji-janjiNya.
Sabda Rasullah s.a.w : ((Sesungguhnya ahli syurga akan
memandang ahli kamar di atasnya seperti kamu melihat bintang di langit meluncur
dari ufuk timur atau barat, kerana kelebihan di antara mereka))
Para sahabat bertanya: “Itukah tempat para nabi yang tidak sampai kepadanya
orang lain?” Rasulullah bersabda: ((Bahkan – Demi Allah yang nyawaku dalam tanganNya-
lelaki-lelaki yang beriman kepada Allah dan membenarkan para rasul)) Riwayat
Muslim.
3.
Pasar Jumaat
Dari Anas bin Malik r.a , sesungguhnya Rasulullah s.a.w
bersabda: ((Sesungguhnya di dalam syurga ada satu pasar yang akan dikunjungi
oleh penghuninya pada setiap Jumaat. Lalu akan bertiup ke arah mereka angin
dari utara lantas menyapu wajah dan pakaian mereka. Kemudian dia kembali kepada
keluarganya dalam keadaan bertambah keelokan dan kecantikannya…)) Riwayat
Muslim.
4.
Sungai Syurga
(Muhammad: 15) Sifat syurga Yang telah dijanjikan kepada
orang-orang Yang bertaqwa (ialah seperti berikut): ada padanya beberapa sungai
dari air yang tidak berubah (rasa dan baunya), dan beberapa sungai dari susu
yang tidak berubah rasanya, serta beberapa sungai dari arak yang lazat bagi
orang-orang yang meminumnya, dan juga beberapa sungai dari madu yang suci
bersih. dan ada pula untuk mereka di sana Segala jenis buah-buahan, serta
keredaan dari Tuhan mereka.
5. Bidadari Syurga
5. Bidadari Syurga
(Ar-Rahman: 56). Dalam Syurga-syurga itu terdapat
bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), Yang
tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin;
Sabda Rasulullah s.a.w: ((Sekiranya seorang wanita dari
bidadari penghuni syurga menjenguk kepada bumi, nescaya akan menyinari setiap
yang ada di dalamnya dan akan memenuhi keduanya dengan haruman. Sesungguhnya
penutup wajah bidadari di atas kepalanya lebih baik dari dunia dan seluruh
isinya)) Riwayat Tirmizi.
Tingkatan
dan nama-nama neraka ialah :
Pengertian
Neraka
Neraka
disebut dengan al-nar “النار” (api yang menyala). Oleh sebab itu neraka
difahami sebagai tempat yang dipenuhi dengan berbagai macam azab dan siksaan
serta balasan bagi orang-orang yang berbuat dosa atau kesalahan. Oleh sebab itu
neraka disebut juga dengan mautin al- azab (tempat untuk berlakunya
siksaan).
2.
Neraka :
Neraka adalah tempat penyiksaan bagi mahluk Allah yang
membangkang. Mereka adalah orang-orang yang membangkang terhadap syariat Allah
dan mengingkari Rasulullah S.A.W.perkata neraka sering disebutkan dalam kitab
suci Al-Qur'an dan jumlahnya sangat banyak sekali. Dalam bahasa Arab disebut
naarالنار
(an-nar).
Siapapun orang yang dimasukkan ke dalam neraka, dia tidak
akan keluar darinya. Pintu neraka berdiri kukuh dan tertutup rapat. Itulah
penjara bagi orang-orang yang menganggap remeh berita tentang pengadilan
akhirat. Ada juga orang-orang yang terakhir sekali masuk syurga, setelah mereka
di siksa sesuai dengan dosa-dosanya yang telah mereka lakukan.
Didalam Al-Quran disebutkan bahan bakar neraka adalah
dari manusia dan batu (ada yang mengartikan berhala). Pintu gerbang Neraka di
pimpin oleh Malaikat Malik, yang memiliki 19 malaikat penyiksa didalam Neraka,
salah satunya yang disebut namanya dalam Al-Qur'an adalah Zabaniah.
Walaupun neraka sering digambarkan sebagai tempat
penyiksaan yang teramat panas, tetapi ada hawa neraka menjadi teramat sangat
dingin. Disebutkan di dalam Al-Qur'an:
#x»yd çnqè%räuù=sù ÒOÏHxq ×-$¡¡xîur ÇÎÐÈ
“Inilah
(azab neraka), biarlah mereka merasakannya, (minuman mereka) air yang sangat
panas dan air yang sangat dingin. (Sad 57)”
Siksaan di dalam neraka yang paling ringan diberikan
terompah api yang boleh membuatkan otak mereka mendidih. “Sesungguhnya penghuni
neraka yang paling ringan siksaannya ialah orang yang diberi sepasang terompah
yang talinya terbuat dari api neraka, lalu mendidihlah otaknya kerana panasnya
yang laksana air panas mendidih di dalam periuk. Dia mengira tiada seorang pun
yang menerima siksaan lebih dahsyat dari itu, padahal dialah orang yang
mendapat siksaan paling ringan.” (HR. Bukhari-Muslim)
A.
Huthamah
Neraka yang disediakan untuk orang yang gemar
mengumpulkan harta berupa emas, perak, mereka yang serakah tidak mau
mengeluarkan zakat harta dan menghina orang miskin. Di neraka ini harta yang
mereka kumpulkan akan dibawa dan dibakar untuk diminumkan sebagai siksaan
kepada manusia pengumpul harta. Surah Al-Humazah .
B.
Hawiyah
Nama
neraka ini tercantum dalam Al-Quran Sura Al-Qariah ayat 9-10.
¼çmBé'sù ×ptÍr$yd ÇÒÈ !$tBur y71u÷r& $tB ÷muÏd ÇÊÉÈ
Neraka yang diperuntukkan atas orang-orang yang ringan
timbangan amalnya, yaitu mereka yang selama hidup didunia mengerjakan kebaikan
bercampur dengan keburukan. Orang muslim laki dan perempuan yang tidak
tanduknya tidak sesuai dengan ajaran agama Islam, seperti para wanita muslim
yang tidak menggunakan jilbab, bagi para lelaki muslim yang sering memakai
sutera dan emas, mencari rezeki dengan cara tidak halal, memakan riba dan
sebagainya, Hawiyah adalah sebagai tempat tinggalnya. Surah Al-Qariah
C.
Jahannam
Jahannam merupakan neraka yang
memiliki seksaan yang amat dahsyat. Dipimpin oleh Malaikat Malik dan memiliki 19 malaikat penyiksa, salah satunya
adalah Zabaniah.
Nama neraka ini tercantum dalam Al-Quran Surat al-hijr (15) ayat 43.
¨bÎ)ur tL©èygy_ öNèdßÏãöqyJs9 tûüÏèuHødr& ÇÍÌÈ
43.
Dan Sesungguhnya Jahannam itu benar-benar tempat yang Telah diancamkan kepada
mereka (pengikut-pengikut syaitan) semuanya.
D.
Jahim
Nama
neraka ini tercantum dalam Al-Quran sura As-Syu'araa ayat 91.
didalamnya
ditempati orang-orang musyrik.
#Ó¨Lym #sÎ) $tRuä!%y` tA$s% |Møn=»t ÓÍ_øt/ y7uZ÷t/ur y÷èç/ Èû÷üs%Îô³yJø9$# }§ø©Î7sù ßûïÌs)ø9$# ÇÌÑÈ
91.
Dan diperlihatkan dengan jelas neraka Jahim kepada orang- orang yang
sesat",
Neraka
sebagai tempat penyiksaan orang-orang musyrik atau orang yang menyekutukan
Allah. Mereka akan disiksa oleh para sembahan mereka. Dalam ajaran Islam syirik
adalah sebagai salah satu dosa paling besar menurut Allah, kerana syirik
bererti menganggap bahawa ada makhluk yang lebih hebat dan berkuasa sehebat
Allah dan pula menganggap bahwa ada Tuhan selain Allah. Surah Asy-Syu'ara' dan
Surah As-Saffat.
E.
Saqar
Neraka
untuk orang munafik, yaitu orang yang mendustakan perintah Allah dan rasul.
Mereka mengetahui bahwa Allah sudah menentukan hukum Islam melalui lisan
Muhammad, tetapi mereka meremehkan syariat Islam. Nama neraka ini tercantum
dalam Al-Quran Surat Al-Muddatsir ayat 26-27. didalamnya ditempati orang-orang
penyembah berhala.
ÏmÎ=ô¹é'y ts)y ÇËÏÈ !$tBur y71u÷r& $tB ãs)y ÇËÐÈ
26. Aku akan memasukkannya ke dalam (neraka) Saqar. 27. Tahukah
kamu apakah (neraka) Saqar itu?
F.
Sa'iir
Nama
neraka ini tercantum dalam Al-Qur'an Surah An-Nisa) ayat 10; Surah Al-Mulk ayat 5,10.
10.
Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak yatim secara zalim, Sebenarnya
mereka itu menelan api sepenuh perutnya dan mereka akan masuk ke dalam api yang
menyala-nyala (neraka).
5. Sesungguhnya
kami Telah menghiasi langit yang dekat dengan bintang-bintang, dan kami jadikan
bintang-bintang itu alat-alat pelempar syaitan, dan kami sediakan bagi mereka
siksa neraka yang menyala-nyala.
10.
Dan mereka berkata: "Sekiranya kami mendengarkan atau memikirkan
(peringatan itu) niscaya tidaklah kami termasuk penghuni-penghuni neraka yang
menyala-nyala".
G.
Wail
Neraka
yang disediakan untuk para pengusaha atau pedagang yang licik, dengan cara
mengurangi berat timbangan, mencalokan barang dagangan untuk mendapatkan
keuntungan yang berlipat-lipat. Barang dagangan mereka akan dibakar dan
dimasukkan kedalam perut mereka sebagai azab dosa-dosa mereka. Nama neraka ini
tercantum dalam Al-Quran Surah Al-Muthaffifin, ayat 1-3.
×@÷ur tûüÏÿÏeÿsÜßJù=Ïj9 ÇÊÈ tûïÏ%©!$# #sÎ) (#qä9$tGø.$# n?tã Ĩ$¨Z9$# tbqèùöqtGó¡o ÇËÈ #sÎ)ur öNèdqä9$x. rr& öNèdqçRy¨r tbrçÅ£øä ÇÌÈ
1. Kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang curang, 2. (yaitu)
orang-orang yang apabila menerima takaran dari orang lain mereka minta dipenuhi,
3. Dan apabila mereka menakar atau menimbang untuk orang lain, mereka
mengurangi.
Jenis
hukuman dan siksaan di neraka
Di
akhirat para penghuni neraka akan menjalani hukuman berupa siksa yang sangat
pedih. Siksaan yang mereka derita dalam neraka itu bermacam-macam sekali,
sebagaimana yang difirmankan Allah seperti berikut:
1. “Dalam
neraka Jahannam, lalu dibakar dengannya dahi mereka, lambung dan punggung
mereka.” (At-Taubah [9]:35 )
2. “Ketika
belenggu dan rantai dipasang di leher mereka, supaya mereka diseret, kedalam
air yang sangat panas, kemudian mereka dibakar dalam api.”(Al-Mu’min [40]:71-72 )
3. “Peganglah
dia kemudian seretlah dia ketengah-tengah neraka. Kemudian tuangkanlah di atas
kepalanya seksaan (dari) air yang amat panas. Rasakanlah, sesungguhnya kamu
orang yang perkasa lagi mulia.” (Ad-Dukhan [44]:47-49 )
4. “Peganglah
dia lalu belenggulah tangannya kelehernya. Kemudian masukkanlah dia ke dalam
api neraka yang menyala-nyala. Kemudian belitlah dia dengan rantai yang
panjangnya tujuh puluh hasta.” (Al-Haqqah [69]:30-32 )
5. “Maka
orang kafir akan dibuatkan untuk mereka pakaian dari api neraka, disiramkan air
yang sedang mendidih ke atas kepala-kepala mereka. Dengan air itu dihancur
luluhkan segala apa yang ada di dalam perut mereka dan juga kulit-kulit mereka.
Dan cambuk-cambuk dari besi. Setiap kali mereka hendak keluar dari neraka
lantaran kesengsaraan mereka, maka mereka dikembalikan kedalamnya, (serta dikatakan
kepada mereka): “Rasailah azab yang membakar ini.” (Al-Hajj [22]:19-22 )
6. Ingatlah
tatkala jahannam ditarik dengan 70.000 tali kekang dan setiap tali ditarik oleh
70.000 malaikat, saat itu orang-orang kafir dalam kehinaan, mereka berharap
seandainya dapat menebus semua itu dengan emas sebesar dunia. Sungguh besar
kehinaan dan kecelakaan para penghuninya. Sungai neraka adalah darah dan nanah
busuk yang menggelegak, minumannya adalah air yang mendidih, naungannya adalah
awan hitam yang panas, anginnya adalah samum yang membawa hawa panas,
makanannya adalah zaqqum yang jika setetesnya jatuh ke bumi, niscaya hancurlah
dunia dan seisinya, bahan bakarnya adalah manusia dan batu api, panasnya
membakar kulit hingga ke ulu hati, pakaiannya adalah baju ter yang membakar,
kedalamannya sejauh batu yang diluncurkan selama 70 tahun. Suara neraka akan
meraung geram kepada penghuninya. Mereka akan dibelenggu dengan rantai besi
membara dan dipukul dengan palu godam, yang jika mengenai sebuah gunung niscaya
gunung tesebut akan menjadi abu, wajah-wajah mereka diseret di atas bara api
sedang tangan mereka terikat. Duhai . kecelakaan apalagi yang pedih besar dari
itu semua. Ya Allah, sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu dari siksa
Jahannam.
Dalil
kewujudan syurga dan neraka
Al
quran:
cÎ) tûïÏ%©!$# (#qãZtB#uä (#qè=ÏHxåur ÏM»ysÎ=»¢Á9$# y7Í´¯»s9'ré& ö/ãf çöy{ ÏpÎy9ø9$# ÇÐÈ ôMèdät!#ty_ yZÏã öNÍkÍh5u àM»¨Zy_ 5bôtã ÌøgrB `ÏB $uhÏGøtrB ã»pk÷XF{$# tûïÏ$Î#»yz !$pkÏù #Yt/r& ( zÓÅ̧ ª!$# öNåk÷]tã (#qàÊuur çm÷Ztã 4 y7Ï9ºs ô`yJÏ9 zÓÅ´yz ¼çm/u ÇÑÈ
“Sesungguhnya
orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal shalih, mereka itu adalah
sebaik-baik makhluk. Balasan mereka di sisi Rabb mereka ialah surga ‘Adn yang
mengalir di bawahnya sungai-sungai. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya.
Allah ridha terhadap mereka, dan mereka pun ridha kepada-Nya. Yang demikian itu
adalah (balasan) bagi orang yang takut kepada Rabbnya.” (Al Bayyinah 7-8)
Al
hadis:
Hadis riwayat Anas bin
Malik r.a.:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya di dalam
syurga ada satu pasar yang akan dikunjungi oleh penghuninya pada setiap Jumaat.
Lalu akan bertiup ke arah mereka angin dari utara lantas menyapu wajah dan
pakaian mereka. Kemudian dia kembali kepada keluarganya dalam keadaan bertambah
keelokan dan kecantikannya… (Riwayat Muslim.)
Hadis riwayat Abdullah bin Umar ra.:
Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Allah memasukkan ahli syurga
ke dalam syurga dan ahli neraka ke dalam neraka, kemudian seorang penyeru
berdiri di antara mereka dan berseru: Wahai ahli surga, tidak ada kematian.
Wahai ahli neraka, tidak ada kematian. Masing-masing kekal abadi di tempatnya. (Riwayat Muslim.)
Perbandingan
antara syurga dan neraka dengan perkara empirikal
Ilmu
Empirikal ialah ilmu yang berdasarkan fakta yang ditanggapi oleh
pancaindera zahir seperti ilmu sains tabie, geografi, dan sebagainya. Akal
merupakan alat untuk merumus dan membuat kesimpulan terhadap fakta-fakta
tersebut. Asas ilmu empirikal terletak pada keupayaan pada keupayaan
pancaindera memikir, membuat uji kaji dan merumus. Manakala ilmu rasional
pula terletak kepada keupayaan aktiviti akal."
Syurga
dan Neraka adalah antara perkara Sam’iyyat yang telah Allah S.W.T ciptakan
sebagai tanda kebesaranNya. Ia juga adalah tempat tinggal yang abadi dan tempat
balasan bagi segala amalan yang kita telah laksanakan di dunia. Semua makhluk
ciptaan Allah termasuk jin dan manusia akan berada di dua tempat berkenaan
bergantung kepada tahap amalan mereka.
Jika
di bandingkan dengan perkara empirikal bagi syurga dan neraka, boleh kita
anggap bahawa penjara adalah perkara empirikal bagi neraka kerana di penjara
manusia di balas perbuatan jahat mereka dengan hukuman seperti sebatan, penjara
dengan tempoh tertentu, hukuman mati dan sebagainya.
ô`tB @ÏJtã $[sÎ=»|¹ `ÏiB @2s ÷rr& 4Ós\Ré& uqèdur Ö`ÏB÷sãB ¼çm¨ZtÍósãZn=sù Zo4quym Zpt6ÍhsÛ ( óOßg¨YtÌôfuZs9ur Nèdtô_r& Ç`|¡ômr'Î/ $tB (#qçR$2 tbqè=yJ÷èt ÇÒÐÈ
“Barangsiapa yang mengerjakan amal saleh, baik laki-laki maupun
perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya
kehidupan yang baik.”
(
an-Nahl 97)
Berdasarkan ayat di atas dapat kita
fahami bahawa sesiapa yang melakukan amalan soleh kepada Allah, maka Dia akan
memberikan kehidupan yang baik dan sempurna kepada sesiapa sahaja.
Maka dapat kita fahami bahawa dunia
itu boleh menjadi syurga dan tempat kesenangan bagi seluruh manusia. Dunia juga
dikatakan sebagai syurga bagi orang kafir kerana mereka bebas melakukan apa
sahaja yang mereka suka dan boleh menyembah sesiapa sahaja.
TITIAN SIRAT
Siratal
Mustaqim adalah titian atau jambatan yang mesti dilalui oleh setiap insan di
alam akhirat nanti. Titian inilah yang menghubungi antara Mauqif (Padang
Mahsyar) dengan Jannah (Syurga) dan di bawah titian terdapat Naar (Neraka).
Keadaan orang yang meniti di atasnya dan kecepatannya tidak sama, ada yang
seperti kerdipan mata, ada yang seperti kilat, ada yang seperti angin dan
sebagainya. Dan ada pula yang terjatuh di tengah jalan dan langsung masuk
neraka.
Keadaan
manusia di atas Siratal Mustaqim di alam sana akan sama betul dengan keadaan
manusia ketika mereka berada di atas Siratul Mustaqim di dunia ini. Kalau
ketika di dunia ini perjalanan mereka tetap di atas jalan yang lurus dan tidak
melencong ke kiri dan ke kanan, maka di akhirat nanti nasib mereka juga akan
demikian, berjalan tegap di atasnya dan akhirnya sampai dengan selamat ke
syurga yang dituju. Tetapi jika sebaliknya, maka mereka pasti akan tergelincir
dan seterusnya masuk ke dalam neraka.
Dan
untuk memudahkan kita memahami makna sebenarnya Siratal Mustaqim itu, maka
Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam) telah membuat suatu perumpamaan atau
tamsilan yang cukup cantik dan bagus sekali untuk kita jadikan sebagai bahan
renungan kita semua. Semoga dengan mengambil iktibar ataupun pengajaran
daripadanya kita akan termasuk di dalam golongan yang berjaya melintasi titian
Siratal Mustaqim di akhirat nanti, amin ya Rabbal ‘Aalamin.
Definisi:
As-Sirat dari sudut bahasa: bermaksud jalan. Manakala dari
sudut syariat: ianya merupakan satu jambatan yang dibentang merentasi Neraka
Jahannam untuk manusia menyeberanginya menuju ke Syurga.
Gambaran titian sirat:
Nabi
Muhammad s.a.w sendiri pernah bersabda bahawa “Sesungguhnya Allah menciptakan
Sirat yang berada diatas Neraka, iaitu Jambatan ditengah-tengah Neraka Jahanam
yang sangat licin dan menggelincirkan. Jambatan ini mempunyai tujuh sekatan,
dan setiap sekatan jaraknya sama dengan perjalanan 3000 tahun. Dalam 3000 tahun
itu, 1000 tahun merupakan tanjakan yang tinggi, 1000 tahun merupakan dataran,
dan 1000 tahun merupakan lereng yang curam. Ia lebih kecil dari rambut, lebih
tajam dari pedang dan lebih gelap berbanding malam yang pekat. Setiap sekatan
mempunyai 7 cabang, dan setiap cabang bentuknya seperi panah yang hujungnya
tajam. Maka, duduklah setiap hamba diatas setiap sekatan tersebut dan ditanya
tentang perintah-perintah Allah s.w.t”
Pertanyaan Di Setiap Cabang
Selama perjalanan di sirat, setiap
seorang hamba akan ditanyakan tentang apa saja yang telah ia kerjakan selama
hidupnya. Pertanyaan disetiap pos adalah sebagai berikut:
§ Pos
pertama iman,
§ Pos
kedua solat,
§ Pos
ketiga zakat,
§ Pos
keempat puasa,
§ Pos
keenam wuduk dan mandi wajib,
§ Pos
ketujuh tentang sikap terhadap kedua orang tua, menyambung tali persaudaraan dan
penganiayaan terhadap sesama makhluk hidup.
Jika seorang hamba meloloskan dari
semua pertanyaan-pertanyaan ini, maka tetaplah ia pada cabang dan jika tidak,
maka ia akan dilemparkan ke dalam neraka.
Dalam suatu riwayat diceritakan:
Sesungguhnya ketika manusia melintas jambatan, maka api neraka berada di bawah telapak kaki
mereka, ada yang berada diatas kepala mereka, ada yang berada di sebelah kanan
dan kiri mereka, serta ada yang berada di belakang dan di depan mereka. Allah
berfirman dalam Surah
Maryam:
bÎ)ur
óOä3ZÏiB
wÎ)
$ydßÍ#ur
4
tb%x.
4n?tã
y7În/u
$VJ÷Fym
$wÅÒø)¨B
ÇÐÊÈ
“
|
71. Dan tidak ada
seorangpun dari padamu, melainkan mendatangi neraka itu, hal itu bagi Tuhanmu
adalah kepastian yang sudah ditetapkan. Kemudian Kami akan menyelamatkan
orang-orang yang bertaqwa dan membiarkan orang-orang yang zhalim didalam
neraka dalam keadaan berlutut."
|
”
|
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda
mafhumnya : “Ia ialah sebuah jalan yang sangat
licin, kaki sulit sekali berdiri di
atasnya.”
(Riwayat Imam Muslim daripada Abu Said
Al-Khudri)
Orang pertama melalui sirat ialah Nabi
Muhammad SAW yang mengepalai umat lain.
Sabda Rasulullah bermaksud: “Dan direntangkan sirat di antara dua jurang neraka jahanam, maka akulah Rasul pertama yang melaluinya bersama umatku yang lulus.”
Tahap kelajuan seseorang mukmin meniti titian itu bergantung kepada tahap keimanan dan amal masing-masing. Semakin tinggi keimanan dan amalan, kian laju menuju titian itu. Perjalanan semua manusia di atas Sirat Mustaqim adalah berbagai diantaranya ialah:
Sabda Rasulullah bermaksud: “Dan direntangkan sirat di antara dua jurang neraka jahanam, maka akulah Rasul pertama yang melaluinya bersama umatku yang lulus.”
Tahap kelajuan seseorang mukmin meniti titian itu bergantung kepada tahap keimanan dan amal masing-masing. Semakin tinggi keimanan dan amalan, kian laju menuju titian itu. Perjalanan semua manusia di atas Sirat Mustaqim adalah berbagai diantaranya ialah:
§ Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas
kilat.
§ Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti tiupan
angin.
§ Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti burung
terbang.
§ Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti
kelajuan kuda lumba.
§ Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas
lelaki perkasa.
§ Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas
binatang peliharaan.
§ Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat dalam tempoh
sehari semalam.
§ Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama satu
bulan.
§ Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama
bertahun-tahun.
§ Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama 25 ribu
tahun.
Sepuluh kumpulan manusia di Titian Sirat
Manusia
yang pertama kali menginjakkan kakinya di Sirath adalah Muhammad,
dia akan memimpin kumpulan-kumpulan umatnya. Kumpulannya terbagi menjadi 10
bahagian, iaitu:
§ Kumpulan
pertama berjaya melintasi seperti kilat yang memancar.
§ Kumpulan
kedua melintasi seperti angin yang kencang.
§ Kumpulan
ketiga melintasi seperti kuda yang baik.
§ Kumpulan
yang keempat seperti burung yang pantas.
§ Kumpulan
yang kelima berlari.
§ Kumpulan
keenam berjalan.
§ Kumpulan
ketujuh berdiri dan duduk karena mereka dahaga dan penat. Dosa-dosa terpikul di
atas belakang mereka.Nabi Muhammad berhenti di atas Sirat. Setiap kali,
Muhammad melihat seorang dari umatnya bergelayut di atas Sirat, kemudian ia
akan menarik tangannya dan membangunkan dia kembali.
§ Kumpulan
kelapan menarik muka-muka mereka dengan rantai kerana terlalu banyak kesalahan
dan dosa mereka.
§ Kumpulan
kesembilan dan kesepuluh tertinggal di atas Sirat, mereka tidak diizinkan untuk
menyeberang.
Dikatakan bahwa, di pintu syurga, ada pokok yang
mempunyai banyak dahan. Bilangan dahannya tidak terkira hanya Allah saja yang
mengetahui. Di atasnya ada anak-anak yang telah mati semasa di dunia ketika
umur mereka belum baligh (dewasa). Apabila mereka melihat orang tua mereka,
mereka menyambutnya dan mengiringi mereka memasuki surga. Mereka memberikan
gelas-gelas dan cerek serta tuala dari sutera.
Dalil tentang titian sirat:
1. Dalam hadith Ahmad
daripada Aisyah r.h.a., Rasulullah s.a.w. menyifatkan bahawa sifat titian itu
adalah lebih tipis daripada rambut dan lebih tajam daripada pedang.Sirat di
akhirat ini wujud hasil daripada titian hidup yang kita pilih selama tinggal di
dunia. Oleh sebab itu, siapa yang memilih jalan ALLAH, sambil berpegang teguh
dengan syariat Islam, maka sirat di akhirat ini akan mudah dilalui untuk sampai
ke syurga idaman.Sebaliknya, siapa yang enggan melalui jalan ALLAH ini, lalu
memilih jalan hidup yang bebas daripada aturan halal-haram, maka hari itu sirat
yang akan dilaluinya menjadi sangat sempit dan sukar dilalui. Golongan ini akan
tergelincir dari titian lalu jatuh melayang-layang ke dalam neraka jahannam
selama-lamanya.
2.Dari Abi
Said Al-Khudriy r.a dari Nabi s.a.w : “…Maka orang mukmin akan melaluinya
seperti kerdipan mata; (ada yang) seperti kilat dan taufan, seperti burung,
seperti kuda dan tunggangan yang terbaik; maka yang berjaya selamat sampai,
yang tersiat dihantar, yang terkait berada dalam neraka…” Sebahagian dari hadith riwayat Muslim
3.Dari hadith Abi Hurairah dan Huzaifah
r.a : “…berjalan bersama mereka amalan mereka dan nabi kamu berada di atas
titian sirat dalam keadaan berkata: “Ya Tuhan, selamatkan! Selamatkan!”,
sehingga lemahnya amalan hamba-hamba dan sehingga datang seorang lelaki yang
tidak mampu berjalan melainkan merangkak” Sebahagian dari hadith riwayat Muslim
Hakikat
sirat
Kenyakinan
akan adanya sirat adalah tergolong dalam salah satu perkara ghaib yang wajib
diyakini oleh setiap orang yang bergelar muslim dan ini adalah aqidah seluruh
Ahli Sunah Waljamaah. Imam al-Nawawi berkata dalam Syarh Sahih Muslim, “Semua
ulama salaf telah ijmak (sepakat) menetapkan adanya titian ini.” Jadi, setiap
Muslim wajib menjadikan kepercayaan mengenai perkara ini sebagai sebahagian
daripada aqidahnya.
Berkenaan
dengan sifat titian sirat, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, mafhumnya: “Ia
ialah sebuah jalan yang sangat licin, kaki sulit sekali berdiri di atasnya.”
(Riwayat Imam Muslim daripada Abu Said al-Khudri) Dalam hadis Ahmad daripada
Aisyah r.h.a, Rasulullah s.a.w. menyebutkan bahawa sifat titian itu lebih tipis
daripada rambut dan lebih tajam daripada pedang.
Sirat
di akhirat ini wujud hasil daripada titian (jalan) hidup yang kita pilih selama
tinggal di dunia. Itulah sebabnya setiap hari kita meminta Siratulmustakim
(jalan yang lurus) di dalam solat kita. Oleh sebab itu, sesiapa yang memilih
jalan Allah, sambil berpegang teguh dengan syariat Islam, maka sirat di akhirat
ini akan mudah di lalui untuk mencapai syurga idaman.
Dan
sebaliknya, sesiapa yang enggan melalui jalan Allah ini, lalu memilih jalan
hidup yang bebas daripada aturan halal haram, maka pada hari itu sirat yang
akan dilaluinya menjadi sangat sempit dan sukar dilalui. Begitu juga bagi orang
yang pernah melalui jalan islam namun berbalik, murtad di tengah-tengah jalan.
Kedua-dua golongan ini akan tergelincir dari titian lalu jatuh melayang-layang
ke dalam neraka jahanam selama-lamanya.
Imam
Abu Tahir al-Qazwini berkata: “Setiap orang yang biasa berjalan di titian
agama, maka ia akan sangat mudah melintasi sirat di akhirat. Dan sesiapa yang
tidak biasa melaluinya, maka ia akan menemui kesulitan berjalan di atasnya,
kakinya akan tergelincir dan ia akan menyesal selama-lamanya.”
Hikmah beriman kepada
as-sirat
1. Meningkatkan ketakwaan kepada Allah.
2. Memberi kesedaran beramal soleh semasa di dunia.
3. Memberi motivasi kepada manusia berlumba-lumba melakukan kebaikan.
4. Membuktikan keadilan dan kekuasaan Allah S.W.T.
Amalan supaya berjaya merentasi as-sirat
1. Beristiqamah melakukan kebaikan.
2. Mematuhi hukum hakam yang ditetapkan oleh Allah.
3. Memelihara diri supaya tidak tergelincir daripada mahraj Allah S.W.T.
1. Meningkatkan ketakwaan kepada Allah.
2. Memberi kesedaran beramal soleh semasa di dunia.
3. Memberi motivasi kepada manusia berlumba-lumba melakukan kebaikan.
4. Membuktikan keadilan dan kekuasaan Allah S.W.T.
Amalan supaya berjaya merentasi as-sirat
1. Beristiqamah melakukan kebaikan.
2. Mematuhi hukum hakam yang ditetapkan oleh Allah.
3. Memelihara diri supaya tidak tergelincir daripada mahraj Allah S.W.T.
Perbandingan
antara titian Sirat dengan perkara empirikal
Ilmu
Empirikal ialah ilmu yang berdasarkan fakta yang ditanggapi oleh
pancaindera zahir seperti ilmu sains tabie, geografi, dan sebagainya. Akal
merupakan alat untuk merumus dan membuat kesimpulan terhadap fakta-fakta
tersebut. Asas ilmu empirikal terletak pada keupayaan pada keupayaan
pancaindera memikir, membuat uji kaji dan merumus. Manakala ilmu rasional
pula terletak kepada keupayaan aktiviti akal."
Melalui
perbandingan titian sirat dengan perkara empirikal dapat saya simpulkan bahawa
dunia adalah perkara empirikal bagi titian sirat kerana dunia ini merupakan
jambantan kita semua sebelum menuju ke akhirat. Dunia inilah yang akan
menghubungkan kita dengan dunia akhirat yang mana kita lihat dunia ini sebagai
tempat ujian bagi seluruh umat bermula dari umat Nabi adam alaihissalam dan ada
yang memandang dunia ini sebagai syurga dan tempat berseronok, namun ada yang
memandang dunia ini adalah tempat beracun yang mampu meracun minda,jasad
mahupun iman manusia.
Sebenarnya
Dunia ini merupakan tempat ujian keimanan bagi manusia. Barangsiapa yang
imannya teguh kepada Allah maka selamatlah dia di akhirat kelak, namun
barangsiapa yang tenggelam dengan arus Dunia, maka azab yang pedih menanti
mereka di akhirat kelak. Dunia merupakan landasan menuju ke akhirat yang
abadi,namun terdapat banayak halangan dan dugaan di dunia yang membuat manusia
lupa kepada asal penciptaan mereka dan tergelincir bersama arus kehidupan di
dunia ini. Maka dunia itu boleh menjadi
perkara empirikil bagi titian sirat.
HARI KIAMAT
Kiamat
merupakan akhir dari kehidupan dunia dan awal dari kehidupan akhirat. Percaya
akan datangnya hari kiamat beserta peristiwa-peristiwa yang mengawalinya dan
kejadian-kejadian setelahnya merupakan bagian dari rukun iman yang enam, di
mana seorang muslim dituntut untuk mengimaninya.
Hari
Kiamat semakin dekat dan kedatangannya tidak terelakkan lagi. Sejak lima belas
abad yang lalu Rasulullah Shalallahu Alaihi Wasallam telah
memperingatkan akan dekatnya Kiamat. Bahkan beliau mengatakan bahwa beliau
diutus bersamaan dengan masa hari Kiamat. Dunia telah tua dan semakin mendekati
kehancurannya. Tanda-tanda yang mengindikasikan hal tersebut semakin hari
semakin jelas dan bertambah. Satu demi satu dari sekian banyak tanda-tanda kecil
hari kiamat yang telah dijelaskan oleh Rasulullahshallalahu Alaihi
Wasallam dalam banyak haditsnya telah terjadi. Hingga pada akhirnya kelak
tibalah masa tanda-tanda besar Hari Kiamat dengan diawali munculnya Imam
al-Mahdi, disusul munculnya Dajjal, lalu turunnya Nabi
Isa Alaihissalam dari atas langit di menara putih Damaskus. Kemudian
satu demi satu dari tanda-tanda besar lainnya bermunculan, hingga diakhiri
dengan munculnya api dari Yaman yang menggiring manusia menuju Syam. Setelah
itu Kiamat yang sangat mengerikan terjadi.
tPöqtur
ÏpyJ»uÉ)ø9$#
ts?
úïÏ%©!$#
(#qç/xx.
n?tã
«!$#
Nßgèdqã_ãr
îo¨uqó¡B
4 }§øs9r&
Îû
zO¨Yygy_
Yq÷VtB
úïÎÉi9s3tGßJù=Ïj9
ÇÏÉÈ
Pada hari Qiyamah engkau akan lihat orang yang mengadakan
dusta atas Allah itu, wajah mereka hitam. Bukankah di jahannam tempat kembali
orang-orang yang sombong ? (Al-Quran, surat Az-Zumar, ke 39 ayat 60)
HARI
KIAMAT
Hari Akhirat (يوم القيامة) merupakan hari di mana manusia akan
diadili dan diberikan pembalasan yang sewajarnya dengan perbuatan mereka semasa
mereka hidup. Hari akhirat merupakan waktu yang berlaku selepas
berlakunya hari kiamat.
Kepercayaan kepada hari akhirat adalah merupakan
kepercayaan asas kepada agama yang berasal dari Nabi Ibrahim
a.s. atau agama Samawi, iaitu agamaYahudi, Kristian dan Islam. Percayakan Hari
Akhirat juga merupakan salah satu dari Rukun iman bagi
penganut agama Islam.
Hadis Rasulullah yang
bermaksud:
“
|
Dari Abu Hurairah r.a
katanya Rasulullah s.a.w bersabda: Kelak di hari kiamat Allah Tabaraka wa
Taala akan menggenggam bumi dan menggulung langit dengan tangan kanan-Nya.
Kemudian Dia berfirman: Akulah Raja! (Penguasa) Manakah dia raja-raja di
bumi?
|
”
|
(Hadis
riwayat Imam Muslim).
Definisi
kiamat:
Dari
segi Bahasa: Kebangkitan.
Dari
segi Istilah: Hari kemusnahan /kehancuran seluruh
alam & diganti dengan alam akhirat yang kekal abadi . Semua
manusia dihidupkan kembali utk dikira amalan mereka.
Hari Kiamat merupakan hari yang digambarkan sebagai
musnahnya seluruh alam dan bumi dan kebangkitan semula. Kiamat berasal
dari perkataan bahasa Arab iaitu قيام yang
bermaksud bangkit atau bangun. Ia merupakan satu kepercayaan dalam agama samawi,
termasuk Yahudi, Kristian dan Islam.
Nama-nama
hari kiamat dalam islam
Nama-nama tersebut
disebut dalam al-Quran:
Rumi
(transliterasi)
|
Arab
|
Terjemahan
|
Yawm al-Qiyāmaṯ
|
يوم
القيامة
|
Hari kebangkitan
|
al-Sā'aṯ
|
الساعة
|
Waktu
|
Yawm al-Akhīr
|
يوم
الآخر
|
Hari Akhir
|
Yawm al-Dīn
|
يوم
الدين
|
Hari akhir (agama)
|
Yawm al-Faṣl
|
يوم
الفصل
|
Hari keputusan
|
Yawm al-Ḥisāb
|
يوم
الحساب
|
Hari perhitungan
|
Yawm al-Fatḥ
|
يوم
الفتح
|
Hari pengadilan
|
Yawm al-Talāq
|
يوم
التلاق
|
Hari perpisahan
|
Yawm al-Jam'(i)
|
يوم
الجمع
|
Hari pengumpulan
|
Yawm al-Khulūd
|
يوم
الخلود
|
Hari kekekalan
|
Yawm al-Khurūj
|
يوم
الخروج
|
Hari Keluar
|
Yawm al-Ba'th
|
يوم
البعث
|
Hari Kebangkitan
|
Yawm al-Ḥasraṯ
|
يوم
الحسرة
|
Hari penyesalan
|
Yawm al-Tanād
|
يوم
التناد
|
Hari pemanggilan
|
Yawm al-Āzifaṯ
|
يوم
الآزفة
|
Hari mendekat
|
Yawm al-Taghābun
|
يوم
التغابن
|
Hari terbukanya aib
|
Yawm al-Wa'īd
|
يوم
الوعيد
|
|
Yawm al-Aẕīm
|
اليوم
العظيم
|
Hari agung
|
al-Yawm al-Masyhūd
|
اليوم
المشهود
|
Hari penyaksian
|
Dalil hari kiamat dan hisab
Al
Quran
$oÿ©VÎ) tbrßtãqè? ×-Ï$|Ás9 ÇÎÈ ¨bÎ)ur tûïÏe$!$# ÓìÏ%ºuqs9 ÇÏÈ
5. Sesungguhnya apa yang dijanjikan kepadamu pasti benar.6. dan
Sesungguhnya (hari) pembalasan pasti terjadi.
¨bÎ) sptã$¡¡9$# ×puÏ?Uy w |=÷u $ygÏù £`Å3»s9ur usYò2r& Ĩ$¨Z9$# w cqãYÏB÷sã ÇÎÒÈ
59. Sesungguhnya hari kiamat pasti akan datang, tidak ada
keraguan tentangnya, akan tetapi kebanyakan manusia tiada beriman.
ö@yd tbrãÝàZt HwÎ) br& ÞOßguÏ?ù's? èps3Í´¯»n=yJø9$# ÷rr& uÎAù't y7/u ÷rr& ÎAù't âÙ÷èt/ ÏM»t#uä y7În/u 3 tPöqt ÎAù't âÙ÷èt/ ÏM»t#uä y7În/u w ßìxÿZt $²¡øÿtR $pkß]»yJÎ) óOs9 ô`ä3s? ôMuZtB#uä `ÏB ã@ö6s% ÷rr& ôMt6|¡x. þÎû $pkÈ]»yJÎ) #Zöyz 3 È@è% (#ÿrãÏàtGR$# $¯RÎ) tbrãÏàtFYãB ÇÊÎÑÈ
158. yang mereka nanti-nanti tidak lain hanyalah kedatangan
Malaikat kepada mereka (untuk mencabut nyawa mereka) atau kedatangan (siksa)
Tuhanmu atau kedatangan beberapa ayat Tuhanmu[524]. pada hari datangnya ayat
dari Tuhanmu, tidaklah bermanfaat lagi iman seseorang kepada dirinya sendiri
yang belum beriman sebelum itu, atau Dia (belum) mengusahakan kebaikan dalam
masa imannya. Katakanlah: "Tunggulah olehmu Sesungguhnya Kamipun menunggu
(pula)".
¨br&ur sptã$¡¡9$# ×puÏ?#uä w |=÷u $pkÏù cr&ur ©!$# ß]yèö7t `tB Îû Íqç7à)ø9$# ÇÐÈ
7. dan Sesungguhnya hari kiamat itu pastilah datang, tak ada
keraguan padanya; dan bahwasanya Allah membangkitkan semua orang di dalam
kubur.
Hadis
1.
Belum terjadi kiamat sehingga orang-orang dari umatku
kembali menyembah berhala-berhala selain Allah. (HR. Abu Dawud)
2.
Belum akan datang kiamat sehingga manusia berlomba-lomba
membangun dan memperindah masjid-masjid. (HR. Abu Dawud)
3.
Belum akan tiba kiamat melainkan matahari akan terbit
dari Barat. Jika terbit dari Barat maka seluruh umat manusia akan beriman. Pada
saat itu tidak bermanfaat lagi iman seseorang kepada dirinya sendiri yang belum
beriman sebelum itu, atau dia belum mengusahakan kebaikan dalam masa imannya.”
(HR. Bukhari dan Muslim)
4.
Belum akan tiba kiamat sehingga harta banyak dan melimpah,
dan orang ke luar membawa zakat hartanya tetapi tidak ada yang mau menerimanya,
dan negeri-negeri Arab kembali menjadi rerumputan hijau dengan sungai-sungai
mengalir.
(HR. Muslim)
5.
Saat akan tiba kiamat, masa saling mendekat. Satu tahun
seperti sebulan, sebulan seperti seminggu, seminggu seperti sehari, sehari
seperti satu jam dan satu jam seperti menyalakan kayu dengan api.
(HR. Tirmidzi)
6.
Belum akan tiba kiamat sehingga kaum muslimin berperang
dengan orang-orang Yahudi. Kaum muslimin membunuh mereka dan mereka bersembunyi
di balik batu dan pohon-pohonan. Lalu batu dan pohon-pohon berkata, “Wahai kaum
muslimin, wahai hamba Allah, ini orang Yahudi di belakang saya. Mari bunuhlah
dia.” Kecuali pohon “Gharqad” yang tumbuh di Baitil Maqdis. Itu adalah pohon
orang-orang Yahudi.
(HR. Ahmad)
Tanda-tanda hari kiamat menurut islam
Tanda-Tanda
Kiamat Kecil
Di
antara tanda-tanda kiamat kecil adalah:
1.
Diutusnya Rasulullah saw
Jabir r.a.
berkata, ”Adalah Rasulullah saw. jika beliau khutbah memerah matanya, suaranya
keras, dan penuh dengan semangat seperti panglima perang, beliau bersabda,
‘(Hati-hatilah) dengan pagi dan sore kalian.’ Beliau melanjutkan, ‘Aku diutus
dan hari Kiamat seperti ini.’ Rasulullah saw. mengibaratkan seperti dua jarinya
antara telunjuk dan jari tengah. (HR Muslim)
2.
Penggembala menjadi kaya
Rasulullah
saw. ditanya oleh Jibril tentang tanda-tanda kiamat, lalu beliau menjawab,“Seorang budak melahirkan majikannya,
dan engkau melihat orang-orang yang tidak beralas kaki, telanjang, dan miskin,
penggembala binatang berlomba-lomba saling tinggi dalam bangunan.” (HR Muslim)
3.
Baitul Maqdis dikuasai umat Islam
”Ada enam dari
tanda-tanda kiamat: kematianku (Rasulullah saw.), dibukanya Baitul Maqdis,
seorang lelaki diberi 1000 dinar, tapi dia membencinya, fitnah yang panasnya
masuk pada setiap rumah muslim, kematian menjemput manusia seperti kematian
pada kambing dan khianatnya bangsa Romawi, sampai 80 poin, dan setiap poin 12.000.”
(HR Ahmad dan At-Tabrani dari Muadz).
4.
Banyak terjadi pembunuhan
Dari Abu
Hurairah r.a. bahwa Rasulullah saw. bersabda, “Tiada akan terjadi kiamat,
sehingga banyak terjadi haraj.. Sahabat bertanya apa itu haraj, ya Rasulullah?”
Rasulullah saw. Menjawab, “Haraj adalah pembunuhan, pembunuhan.” (HR Muslim)
5.
Munculnya kaum Khawarij
Dari Ali ra.
berkata, saya mendengar Rasulullah saw. bersabda, “Akan
keluar di akhir zaman kelompok orang yang masih muda, bodoh, mereka mengatakan
sesuatu dari firman Allah. Keimanan mereka hanya sampai di tenggorokan mereka.
Mereka keluar dari agama seperti anak panah keluar dari busurnya. Di mana saja
kamu jumpai, maka bunuhlah mereka. Siapa yang membunuhnya akan mendapat pahala
di hari Kiamat.” (HR
Bukhari).
6.
Banyak polis dan pembela kezaliman
“Di akhir
zaman banyak polis di pagi hari melakukan sesuatu yang dimurkai Allah, dan di
petang hari melakukan sesutu yang dibenci Allah. Hati-hatilah engkau jangan
sampai menjadi teman mereka.” (HR At-Tabrani)
7.
Perang antara Yahudi dan Umat Islam
Dari Abu
Hurairah bahwa Rasulullah saw. bersabda, “Tidak akan terjadi kiamat sehingga
kaum muslimin berperang dengan yahudi. Maka kaum muslimin membunuh mereka
sampai ada seorang yahudi bersembunyi di belakang batu-batuan dan
pohon-pohonan. Dan berkatalah batu dan pohon, ‘Wahai muslim, wahai hamba Allah,
ini yahudi di belakangku, kemari dan bunuhlah ia.’ Kecuali pohon Gharqad karena
ia adalah pohon Yahudi.” (HR
Muslim)
8.
Sedikitnya ilmu
9.
Merebaknya perzinaan
10. Banyaknya
kaum wanita
Dari Anas bin
Malik ra. bahwa Rasulullah saw. bersabda. “Sesungguhnya di antara tanda-tanda
kiamat adalah ilmu diangkat, banyaknya kebodohan, banyaknya perzinahan,
banyaknya orang yang minum khamr, sedikit kaum lelaki dan banyak kaum wanita,
sampai pada 50 wanita hanya ada satu lelaki.” (HR Bukhari)
11. Bermewah-mewah
dalam membangun masjid
Dari Anas ra.
bahwa Rasulullah saw. bersabda, “Diantara tanda kiamat adalah bahwa
manusia saling membanggakan dalam keindahan masjid.” (HR Ahmad, An-Nasa’i dan Ibnu Hibban)
12. Menyebarnya
riba dan harta haram
Dari Abu
Hurairah ra. berkata, Rasulullah saw. bersabda, “Akan
datang pada manusia suatu waktu, setiap orang tanpa kecuali akan makan riba,
orang yang tidak makan langsung, pasti terkena debu-debunya.” (HR Abu Dawud, Ibnu Majah dan Al-Baihaqi)
Tanda-Tanda Kiamat Besar
Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda
qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat.
Sepuluh tanda itu ialah:
1. Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.
2. Dajjal yang akan membawa fitnah
besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya
dengan seruannya.
3. Dabbah-Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap
bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.
4. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir
dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.
5. Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada
masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang
Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.
6. Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerusakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila
mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga
yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada
zaman dahulu.
7.Gempa bumi di Timur.
8. Gempa bumi di Barat.
9.Gempa bumi di Semenanjung Arab
10. Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang
Mahsyar. Api itu akan bermula dari
arah negeri Yaman.
Mengikut pendapat Imam
Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan: “Apa yang
dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah
Saw. bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar
yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini. Keadaan
itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah beliau turun
dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah
permulaan tanda-tanda qiamat yang besar yang akan merusakkan sistem alam
cakrawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa
qiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu
adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat
tenggelamnya”.
Perbezaan antara tanda-tanda kiamat kecil dan kiamat besar adalah
:
1. Tanda-tanda kiamat kecil secara umum datang lebih dahulu dari tanda-tanda kiamat besar.
2. Tanda-tanda kiamat kecil sebagiannya sudah terjadi, sebagiannya sedang terjadi dan sebagiannya akan terjadi. Sedangkan tanda-tanda kiamat besar belum terjadi.
3. Tanda kiamat kecil bersifat biasa dan tanda kiamat besar bersifat luar biasa.
4. Tanda kiamat kecil berupa peringatan agar manusia sadar dan bertaubat. Sedangkan kiamat besar jika sudah datang, maka tertutup pintu taubat.
5. Tanda-tanda kiamat besar jika muncul satu tanda, maka akan diikuti tanda-tanda yang lainnya. Dan yang pertama muncul adalah terbitnya matahari dari Barat.
Imam al-Bukhari dan Muslim
meriwayatkan dari Abu Hurairah bahwa Nabi saw bersabda:
“Kiamat tidak terjadi
sehingga ada dua kelompok besar bertikai yang memakan korban besar, seruan
keduanya satu, dan sehingga muncul para Dajjal pembual besar mendekati 30,
semuanya mengaku sebagai rasul Allah dan sehingga ilmu diangkat, gempa terjadi
dalam jumlah besar, zaman menjadi dekat, fitnah besar muncul dan pembunuhan
merajalela, sehingga harta melimpah di kalangan kalian, ia melimpah sehingga
pemilik harta mencari-cari siapa yang menerima sedekahnya, dan sehingga dia
menawarkannya maka orang yang ditawari berkata, ‘Aku tidak memerlukannya,’
sehingga manusia berlumba-lumba meninggikan bangunan dan sehingga seseorang
melewati kubur orang lain dan dia berkata, ‘Seandainya aku yang
menggantikannya’.”
Perbandingan
antara Hari kiamat dengan perkara empirikal
Ilmu
Empirikal ialah ilmu yang berdasarkan fakta yang ditanggapi oleh
pancaindera zahir seperti ilmu sains tabie, geografi, dan sebagainya. Akal
merupakan alat untuk merumus dan membuat kesimpulan terhadap fakta-fakta
tersebut. Asas ilmu empirikal terletak pada keupayaan pada keupayaan
pancaindera memikir, membuat uji kaji dan merumus. Manakala ilmu rasional
pula terletak kepada keupayaan aktiviti akal."
Hari
Kiamat merupakan hari yang digambarkan sebagai musnahnya seluruh alam
dan bumi dan
kebangkitan semula. Jadi perbandingan yang sesuai untuk hari kiamat dengan
perkara empirikal adalah dengan segala bentuk bencana alam yang dahsyat yang
telah mengorbankan ratusan ribu nyawa manusia dan memusnahkan seluruh harta
benda. Sebagai contohnya adalah bencana Tsunami yang melanda dunia pada 26
disember 2004 yang telah mengorbankan hampir 230, 000 nyawa manusia. Pasa waktu
itu ramai manusia yang lari meninggalkan semua termasuk harta benda mahupun
anak pinak mereka. Jadi amat sesuai jika hari kiamat di bandingkan dengan
kejadian bencana alam.
Fenomena
alam yang telah terjadi boleh ditafsirkan dengan pentafsiran yang banyak.
Antaranya ialah merupakan fenomena biasa yang Allah timpakan kepada umat
manusia sama ada orang Islam atau bukan Islam yang merupakan kemahuan mutlak
Allah. Dalam konteks ini, kita harus melihat bencana alam sebagai satu
kekuasaan dan keagungan Allah yang hampir sama dengan konsep hari kiamat. Ia
juga boleh ditafsirkan sebagai cara Allah menakutkan hambaNya yang bergelumang
dengan dosa dan maksiat. Tidak hairanlah jika malapetaka yang berlaku juga
melanda negara yang bukan Islam. Sebagai orang Islam, kita menganggap ia
sebagai musibah yang menguji tahap keimanan kita dan sejauh mana kita sabar
menghadapi bencana seumpama itu.
PENUTUP
Hanya
Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui semua perkara-perkara yang ghaib.
Semuanya telah tertulis di Loh Mahfuz dan ada disisi ilmu Allah SWT. iaitu apa
akan terjadi pada esok hari, kandungan di dalam rahim seorang ibu, apa yang
akan diusahakan esok hari, dimana tempat seseorang akan meninggal dunia dan
dari mana arah hujan akan turun. Manusia mungkin boleh merancang untuk hari
esok tetapi ianya belum pasti akan terjadi seperti yang dirancangkan. Qadak dan
qadar Allah SWT akan menentukan segala-galanya.
Firman Allah dalam surah Ar-Ra’d ayat 39 yang bermaksud:
(#qßsôJt
ª!$#
$tB
âä!$t±o
àMÎ6÷Vãur
(
ÿ¼çnyYÏãur
Pé&
É=»tGÅ6ø9$#
ÇÌÒÈ
39. Allah menghapuskan apa yang Dia kehendaki dan menetapkan
(apa yang Dia kehendaki), dan di sisi-Nya-lah terdapat Ummul-Kitab (Lauh
Mahfuzh).
Kepercayaan
kepada perkara ghaib bukan hanya pada agama Islam bahkan penganut agama samawi
seperti Kristian, Yahudi dan Buddha turut mempercayai perkara ghaib yang
terdapat dalam ajaran masing-masing. Setiap orang Islam yang mukalaf dan
berakal waras wajib percaya atau beriman kepada perkara ghaib kerana Allah yang
disembah adalah Zat yang Maha Ghaib. Zat Allah tidak dapat dicapai oleh
pancaindera manusia sebaliknya hanya dapat dicapai dan dirasakan oleh jiwa yang
beriman serta bertakwa.
RUJUKAN
Haji
Said Haji Ibrahim. (2000). Aqidah Ahli Sunnah Waljamaah. Selangor. Darul
Ma’rifah.
Ustaz
Abd Latif Muda, Dr. Rosmawati Ali. (1998). Pengantar Ilmu Tauhid. Kuala
Lumpur.
Pustaka Salam Sdn. Bhd.
Abdul
Majid Az-Zindani. (2010). Kitab Tauhid Diperakui oleh Fakta Sains. Kuala
Lumpur.
Pustaka Salam Sdn. Bhd.
Ibnu
al-Maqdisi. (2008). Jalan Orang-Orang Soleh.
Selangor. Berlian Publication
Sdn.Bhd.
S.Mahadzir,
Fauziah Ar.(2007). Ke Arah Keimanan dan
Kesejahteraan Hidup. Selangor.
Pekan
Ilmu Publication Sdn.Bhd.
Ustaz
Sulaiman Endut. (2007). Asas-asas Fardhu
Ain. Selangor. Pustaka Haji Abdul
Majid
Sdn.Bhd.
http://www.scribd.com/doc/49679047/3/I3-%E2%80%93-MEMPELAJARI-PERKARA-SAM%E2%80%99IYYAT
diakses pada 7 Ogos 2012.
http://seharum-qaseh.blogspot.com/2012/01/perkara-perkara-samiyyat.html
diakses pada 28 Ogos 2012.
http://hasanassaggaf.wordpress.com/2010/06/02/samiyyat-alam-ghaib/
diakses pada 31 Ogos 2012.
0 comments:
Post a Comment