Monday, June 20, 2011

sendi sendi manusia...


Dr. Hamid Ahmad Hamid dalam bukunya “The Journey of Faith Inside The Human Body”, mengisahkan terdapatnya 360 sendi pada tubuh manusia seperti yang disabdakan oleh Nabi S.A.W. 1400 tahun yang lalu, iaitu seperti berikut:

147 sendi di tulang belakang
25 sendi antara tulang belakang
72 sendi antara tulang dan tulang rusuk
50 sendi antara tulang bahagian luqaimat (lumbar)

24 sendi di dada
2 sendi antara tulang sternum dan sangkar torasik
18 sendi antara tulang dada dan tulang rusuk
2 sendi antara klavikula dan skapula (tulang belikat)
2 sendi antara skapula dan dada

86 sendi di hujung teratas
2 sendi antara tulang skapula
6 sambungan antara siku
8 sendi antara pergelangan tangan
70 sendi antara tulang tangan

92 sendi di hujung terbawah
2 sendi pinggul
6 sendi antara tulang lutut
6 sambungan antara pergelangan kaki
74 sendi antara tulang kaki

11 sendi di pelvis
4 sendi antara vertebra tulang ekor (coccyx)
6 sendi antara tulang acetabulm
1 sendi simphisis kemaluan

Jumlah sendi 360

‘Aisyah RA meriwayatkan bahawasanya Rasulullah S.A.W. bersabda:

“Setiap manusia telah diciptakan dengannya tiga ratus enam puluh sendi. Oleh itu, sesiapa yang mengagungkan Allah, bersyukur kepada-Nya, bertahlil, memuji Allah, dan mencari pengampunan dari Allah, dan mengalih batu, atau duri, atau tulang dari laluan orang ramai, dan mengajak kepada kebajikan dan melarang daripada kejahatan, dengan sendinya tiga ratus enam puluh, ia akan berjalan pada hari akhirat dengan mengeluarkan dirinya dari neraka.”

[HR Muslim]

0 comments:

Post a Comment