Sunday, June 26, 2011

Ulama' Pun Buat Lawak [Berjenaka] (^_^)


Beberapa contoh kata-kata lucu Syeikh Muhammad bin Soleh Al-Uthaimin ketika memberi kuliah pengajian. Semoga Allah merahmati beliau dan menggembirakan beliau dengan balasan syurga. 

[1] Seorang murid bertanya: Dalam hadis disebutkan bahwa tidak boleh membuat perlombaan kecuali dengan hewan yang mempunyai khuf (seperti unta) atau haiwan yang kakinya menghentak (seperti kuda). Apa pandangan syeikh tentang mereka yang mengadakan pertandingan ayam dan merpati?

Syeikh menjawab: Hadis tersebut bermaksud tidak boleh mengadakan hadiah dalam pertandingan kecuali yang disebutkan itu (unta atau kuda). Kerana perkara-perkara itu (unta dan kuda) membantu di dalam peperangan. Oleh sebab faedah ini, syarak membenarkan disediakan pertaruhan dalam pertandingan ini. Jadi, kalau ayam kamu bisa menyumbang dalam peperangan, kamu boleh menunggang ayam kamu. Kalau ia bisa berlari ke sana ke mari, maka bolehlah. Jika tidak, maka tidak boleh. (Liqa Al-Bab Al-Maftuh).

[2] Dalam satu pengajian nahu Bahasa Arab, Syeikh meminta seorang muridnya membuat satu kalimat. Lalu muridnya menjawab.

Murid: Saya membaca di hadapan seorang mabuk.

Syeikh: Allahul Musta’an. Apa kamu tidak menjumpai orang yang tidak mabuk untuk kamu baca di hadapannya?

[3] Seorang lelaki bertanya tentang hukum wanita melihat lelaki. Syeikh berpendapat jika bebas dari fitnah, maka tidak mengapa. Lelaki ini berulang kali bertanya kerana kurang setuju dengan pendapat syeikh. Apabila lelaki itu mau keluar, syeikh bertanya kepadanya.

Syeikh: Kamu mau ke mana?

Lelaki: Mau berjalan-jalan.

Syeikh: Kamu pakailah niqab (purdah) supaya wanita tidak melihat kamu.

[4] Ketika syeikh memberi kuliah tentang hukum susuan, beliau bertanya kepada murid-muridnya.
Syeikh: Kalau dua bayi menyusu dari seekor kambing.

Murid-murid: (tertawa).

Syeikh: Ya, kalau kita perah susu seekor kambing, dan beri minum kedua bayi itu, adakah kedua bayi itu dikira saudara susuan, karena susunya sama? Jawabannya adalah kalau kedua bayi itu adalah kambing, maka mereka adalah saudara susuan. Jika bukan kambing, maka bukan saudara susuan.

[5] Seorang lelaki bertanya kepada syiekh,

Lelaki: Syeikh, apa yang perlu dilakukan selepas selesai berdoa?

Syeikh: Menurunkan tangan.

[6] Seorang lelaki bertanya syeikh tentang hukum sujud sajadah.

Lelaki: Syeikh, jika seseorang mendengar bacaan Quran dari radio, lalu ada ayat sajadah. Adakah dia perlu sujud tilawah?

Syeikh: Ya, jika radio itu sujud.

[7] Dalam satu kuliah tentang hukum-hakam nikah, seorang murid bertanya.

Murid: Syeikh, kalau saya menikah, kemudian mendapati isteri saya tidak ada gigi. Adakah ia dikira aib yang membolehkan fasakh?

Syiekh: (ketawa) Bagus isteri macam tu, supaya kamu tidak digigitnya.

[8] Dalam satu acara ceramah, panitia ceramah menghormati syeikh dengan ucapan doa. Antara lain panitia menyebut, “…semoga Allah memberikan beliau kesehatan sehingga hari pembalasan (akhirat)”.

Syeikh mencelah, “Sehingga hari pembalasan?!”.

Rahimallah Fadhilat Al-Syeikh Rahmatan Wasiah.
Kisah-kisah ini diambil daripada satu thread dalam Multaqa Ahli Hadith.

0 comments:

Post a Comment