Sunday, November 13, 2011

PERJUDIAN......

1.1 PENGERTIAN JUDI

Di sisi para fuqaha, judi dikenali sebagai Al-Maisir dan Al-Qimar. Ia bermaksud permainan yang mengandung unsur taruhan dan orang yang menang dalam permainan itu berhak mendapat taruhan tersebut.
Wikipedia menulis tentang perjudian sebagai berikut:
Gambling is the wagering of money or something of material value on an event with an uncertain outcome with the primary intent of winning additional money and/or material goods. Typically, the outcome of the wager is evident within a short period.
Sedangkan Program Dictionary dalam system Operasi Mac OS X:
Gambling is play games of chance for money
Thesaurus dictionary:
Place/ lay a bet on something, stoke money on something
Bagi yang muslim, definisinyasebagaiberikut:
Judi (Maisir/Qimar). Menurut Ibrahim Anisd dalam Al-Mu’jam Al-Wasithhal. 758:
“judi adalah setiap permainan yang mengandungi taruhan dari keduapihak (muraahanah)”.
Menurut Al-Jurjani dalam kitabnya At-Ta’rifathal. 179:
“Judi adalahsetiap permainan yang di dalamnya disyaratkan adanya sesuatu (berupa materi) yang diambil daripi hak yang kalah kepada pihak yang menang”.
Menurut Muhammad Ali Ash-Shabuni dalam kitab tafsirnya Rawa’i’ Al-Bayan fi Tafsir Ayat Al-Ahkam (I/279);
“judi adalah setiap permainan yang menimbulkan keuntungan (ribh) bagi satu pihak dan kerugian (khasarah) bagi pihak lainnya”.
Yusuf Al-Qardhawi (1990:417) dalam Halal dan Haram dalam Islam mengatakan;
“judi adalah setiap permainan yang mengandungi untung atau rugi bagi pelakunya”.





1.2 DALIL DALIL TENTANG PERJUDIAN (AL-QURAN)

Judi adalah haram dalam Islam. Ini berdasarkan dalil dari Al-Quran dan As-Sunnah. Allah taala berfirman yang bermaksud:
* y7tRqè=t«ó¡o ÇÆtã ̍ôJyø9$# ÎŽÅ£÷yJø9$#ur ( ö@è% !$yJÎgŠÏù ÖNøOÎ) ׎Î7Ÿ2 ßìÏÿ»oYtBur Ĩ$¨Z=Ï9 !$yJßgßJøOÎ)ur çŽt9ò2r& `ÏB $yJÎgÏèøÿ¯R 3 štRqè=t«ó¡our #sŒ$tB tbqà)ÏÿZムÈ@è% uqøÿyèø9$# 3 šÏ9ºxx. ßûÎiüt7ムª!$# ãNä3s9 ÏM»tƒFy$# öNà6¯=yès9 tbr㍩3xÿtFs? ÇËÊÒÈ  
“Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi (Al-Maisir), katakanlah bahawa pada keduanya terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya” (Al-Baqarah : 219)

$pkšr'¯»tƒ tûïÏ%©!$# (#þqãYtB#uä $yJ¯RÎ) ãôJsƒø:$# çŽÅ£øŠyJø9$#ur Ü>$|ÁRF{$#ur ãN»s9øF{$#ur Ó§ô_Í ô`ÏiB È@yJtã Ç`»sÜø¤±9$# çnqç7Ï^tGô_$$sù öNä3ª=yès9 tbqßsÎ=øÿè? ÇÒÉÈ   $yJ¯RÎ) ߃̍ムß`»sÜø¤±9$# br& yìÏ%qムãNä3uZ÷t/ nourºyyèø9$# uä!$ŸÒøót7ø9$#ur Îû ̍÷Ksƒø:$# ÎŽÅ£÷yJø9$#ur öNä.£ÝÁtƒur `tã ̍ø.ÏŒ «!$# Ç`tãur Ío4qn=¢Á9$# ( ö@ygsù LäêRr& tbqåktJZB ÇÒÊÈ  

“Hai orang-orang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi (Al-Maisir), (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib adalah rijs (najis, perbuatan keji) termasuk perbuatan syaitan, maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum khamar) dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan solat, maka berhentilah kamu (dari mengerjakannya).” (Al-Maidah : 90 – 91)

ôMtBÌhãm ãNä3øn=tæ èptGøŠyJø9$# ãP¤$!$#ur ãNøtm:ur ͍ƒÌYσø:$# !$tBur ¨@Ïdé& ÎŽötóÏ9 «!$# ¾ÏmÎ/ èps)ÏZy÷ZßJø9$#ur äosŒqè%öqyJø9$#ur èptƒÏjŠuŽtIßJø9$#ur èpysÏܨZ9$#ur !$tBur Ÿ@x.r& ßìç7¡¡9$# žwÎ) $tB ÷LäêøŠ©.sŒ $tBur yxÎ/èŒ n?tã É=ÝÁZ9$# br&ur (#qßJÅ¡ø)tFó¡s? ÉO»s9øF{$$Î/ 4 öNä3Ï9ºsŒ î,ó¡Ïù 3 tPöquø9$# }§Í³tƒ tûïÏ%©!$# (#rãxÿx. `ÏB öNä3ÏZƒÏŠ Ÿxsù öNèdöqt±øƒrB Èböqt±÷z$#ur 4 tPöquø9$# àMù=yJø.r& öNä3s9 öNä3oYƒÏŠ àMôJoÿøCr&ur öNä3øn=tæ ÓÉLyJ÷èÏR àMŠÅÊuur ãNä3s9 zN»n=óM}$# $YYƒÏŠ 4 Ç`yJsù §äÜôÊ$# Îû >p|ÁuKøƒxC uŽöxî 7#ÏR$yftGãB 5OøO\b}   ¨bÎ*sù ©!$# Öqàÿxî ÒOÏm§ ÇÌÈ  
“diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah[394], daging babi, (daging hewan) yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, yang terpukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya[395], dan (diharamkan bagimu) yang disembelih untuk berhala. dan (diharamkan juga) mengundi nasib dengan anak panah[396], (mengundi nasib dengan anak panah itu) adalah kefasikan. pada hari ini[397] orang-orang kafir telah putus asa untuk (mengalahkan) agamamu, sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku. pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu Jadi agama bagimu. Maka barang siapa terpaksa[398] karena kelaparan tanpa sengaja berbuat dosa, Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”( Al-Maidah:3)

Ÿwur (#þqè=ä.ù's? Nä3s9ºuqøBr& Nä3oY÷t/ È@ÏÜ»t6ø9$$Î/ (#qä9ôè?ur !$ygÎ/ n<Î) ÏQ$¤6çtø:$# (#qè=à2ù'tGÏ9 $Z)ƒÌsù ô`ÏiB ÉAºuqøBr& Ĩ$¨Y9$# ÉOøOM}$$Î/ óOçFRr&ur tbqßJn=÷ès? ÇÊÑÑÈ  
188. dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang bathil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, Padahal kamu mengetahui.


1.3 DALIL DALIL TENTANG PERJUDIAN (AL-HADIS)
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud
“Barangsiapa berkata kepada saudaranya marilah kita bermain judi, maka hendaklah dia bersedekah.” (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

“Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang memperolehi harta dari sumber dosa, lalu dia menggunakannya untuk menghubungkan silaturrahim atau bersedekah atau menderma pada jalan Allah, maka dikumpulkan semua dan diciptakan bersamanya (orang tersebut) ke dalam neraka Jahannam.” (HR Abu Dawud)

Berdasarkan dalil-dali di atas dapat disimpulkan bahawa Islam menjadikan judi sebagai satu kesalahan yang serius dan memandang hina apa jua bentuk judi. Ini dapat dilihat dari petunjuk-petunjuk berikut;
1.    Judi disebut dan diharamkan bersama dengan perbuatan minum arak, berkorban untuk berhala (syirik) dan menenung nasib. Kesemua ini adalah dosa besar di dalam Islam.
2.    Judi disifatkan sebagai najis untuk menggambarkan kekejiannya.
3.    Kehinaan judi diperkuatkan dengan pernyataan bahawa ia adalah amalan syaitan.
4.    Allah menggunakan perkataan ‘Jauhilah’ untuk menunjukkan pengharamannya. Perintah menjauhi judi lebih keras dari mengatakan bahawa ia adalah haram. Ertinya umat Islam bukan hanya dituntut untuk tidak berjudi tetapi juga tidak mendekatinya atau apa jua jalan kepadanya. Ini sama seperti larangan dari mendekati zina.
5.    Allah sertakan dalam ayat pengharaman itu, akibat-akibat buruk dari berjudi.
6.    Akibat buruk yang dinyatakan berkaitan dengan perkara yang dianggap penting dalam Islam iaitu menjaga kesatuan, persaudaraan dan mendirikan solat. Oleh kerana perkara ini adalah penting dalam Islam, maka apa jua yang boleh merosakkannya adalah suatu yang dipandang berat.
7.    Dalam Al-Maidah : 90-91, Allah bukan hanya perintah agar menjauhi judi bahkan Ia memperkuatkan perintah tersebut dengan seruan agar meninggalkannya sebagai penegasan.
8.    Siapa yang mengajak saudaranya berjudi sahaja, diperinthkan oleh Rasulullah s.a.w bersedekah sebagai kafarah terhadap dosanya apa lagi jika melakukannya.
Oleh itu, pengaharaman judi adalah sesuatu yang tsabit dengan dalil qat’ii sama seperti pengharaman ke atas babi. Ertinya dalam apa jua keadaan dan tempat, judi adalah haram sehingga hari Kiamat. Larangan terhadapnya tidak dapat ditafsirkan dengan pengertian lain.
Apa yang tidak tsabit secara qat’ii ialah bentuk-bentuk permainan yang dikategorikan sebagai judi. Dalam aspek ini sememangnya terdapat khilaf dikalangan ulama kerana permainan selalunya berkembang dari masa ke semasa dan berbeza-beza antara dahulu dan sekarang dan antara kalangan kaum.

1.4 ANTARA PERMAINAN & JUDI

Dalam mengklasifikasikan sesuatu permainan sebagai judi, para ulama telah mensyaratkan ciri-ciri berikut;
1.    Ia disertai oleh dua orang atau lebih atau dua kumpulan manusia atau lebih.
2.    Setiap pihak mempertaruhkan sesuatu harta atau manfaat.
3.    Mana-mana pihak yang menang akan memperolehi harta atau manfaat dari pihak yang kalah di samping menyimpan harta dan mafaat yang ia pertaruhkan.

Berdasarkan ini, para ulama berpendapat bahawa mana-mana permainan yang mana pemenangnya memperolehi manfaat yang disediakan oleh pihak ketiga, bukan dari pihak-pihak yang terlibat dalam permainan itu. Permainan seperti ini dinamakan sebagai pertandingan dan manfaat yang diperolehi dianggap sebagai hadiah.
Satu permainan juga tidak dianggap sebagai judi sekiranya manfaat yang diperolehi berasal dari satu pihak seperti sekiranya seorang berkata kepada temannya “Jika kamu boleh mengalahkan saya, saya akan memberimu hadiah. Akan tetapi jika kamu kalah, tiada kewajipan atas kamu terhadap saya.
1.5 JENIS JENIS JUDI:

1.Tikam Ekor

Permainan judi meneka nombor-nombor terakhir dlm sesuatu keputusan loteri dsb. menikam memasang wang dalam permainan judi (membeli tiket loteri dll). tikaman wang dll yg dipasang dlm permainan judi. Loteri Adalah Judi


Berkaitan dengan loteri dan permainan 4D atau TOTO pada hari ini, Muhammad Abduh berpendapat bahawa walau pun permainan seperti ini mempunyai ciri-ciri :
·         Tidak menimbulkan permusuhan, kebencian dan tidak menghalangi pembelinya dari perbuatan mengingat Allah taala dan mendirikan solat kerana para pembeli permainan-permainan ini tidak berkumpul di satu tempat, bahkan mereka berada dijarak yang jauh dan berlainan dari tempat perlaksanaan permainan.
·         Dalam bermain permainan ini juga, pembeli tidak terhalang dari berzikir dan bersolat berbeza dengan mereka yang menghadap meja judi kerana berjudi.
·         Para pembeli tidak mengetahui orang yang memakan hartanya berbeza dengan judi biasa.

Namun, mengikut Muhammad Abduh, dalam pelaksanaannya undian loteri (juga 4D dan TOTO – penulis) ini terdapat akibat-akibat buruk seperti yang juga terdapat pada jenis judi yang lain adalah kenyataan bahawa perlaksanaan undian loteri ini merupakan salah satu cara untuk mendapatkan harta orang lain secara tidak sah iaitu tanpa balasan yang jelas seperti pertukaran harta itu dengan benda lain atau dengan satu jasa. Cara-cara ini diharamkan oleh Islam.



Prof. Dr. Yusuf Al-Qardhawi menulis bahawa apa yang sekarang ini dinamakan dengan ‘loteri’ adalah semacam cabang dari perjudian juga, yang mana tidak seharusnya dipandang remeh serat membolehkannya atas nama badan bantuan sosial dan kerana tujuan-tujuan kemanusiaan. Sebenarnya orang-orang yang membolehkan bermain loteri kerana tujuan-tujuna yang tersebut seperti orang-orang yang mengumpul dana sumbangan kerana tujuan-tujuan khairat dengan mengadakan majlis-majlis joget dan pertunjukan seni yang haram.

2.Judi Wawei

Permainan judi dengan menikam pada salah satu drpd tiga puluh enam jenis gambar binatang.

3.Judi Karen

Permainan judi yang memakai kuasa elektrik (nombor ditunjukkan oleh bola yg mengenai keping-keping besi).

4.Judi Bola

Negara telah dihangatkan dengan kelulusan pihak kerajaan meluluskan lesen kepada Berjaya Corporation untuk menguruskan pertaruhan sempena Piala Dunia 2010 yang menjelang tiba. Tentangan bukan sahaja datang dari pihak parti pembangkang dan orang Islam, bahkan dari pertubuhan bukan kerajaan dan masyarakat bukan Islam.

Saranan dari bekas Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi, juga Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar keputusan kerajaan tersebut dikaji semula amatlah dialu-alukan dan harus diteliti oleh pihak kerajaan.

Ia bukan sahaja dapat mereda suasana dan desakan majoriti masyarakat, bahkan bersesuaian dengan identiti Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh di kalangan Negara-negara Islam terutama dalam negara menonjolkan diri sebagai Pusat Kewangan Islam Antarabangsa dan juga Pusat Halal Dunia.

Walaupun lesen judi hanya dibenarkan untuk pelanggan di kalangan bukan Islam termasuk pekerja dan premis, namun judi bukan sahaja mendapat tentangan daripada masyarakat Islam tetapi bukan Islam sendiri. Jika ditelusuri judi di kalangan agama dunia, majoriti merujuk tentang keburukan judi kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara. Islam sebagai agama rasmi negara, secara jelas menyatakan haramnya judi. 

Semoga acara sukan dan sebagainya tidak dicemari dengan aktiviti yang tidak sihat seperti judi. Ia bukan sahaja menggalakkan mereka yang meminati sukan tersebut berminat untuk berjudi sama, malah menambah masalah judi yang sedia ada di negara kita.

Lumba Kuda Dalam Islam


Islam menggalakkan umatnya beriadah dengan berkuda. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud

“Lemparkanlah (panah) dan tungganglah (kuda)!” (Riwayat Muslim)

“Kuda itu ada tiga macam. Kuda yang dimaksudkan untuk Allah, kuda yang dimaksudkan untuk manusia dan kuda yang dimaksudkan untuk syaitan. Adapun kuda yang dimaksudkan untuk Allah, ialah kuda yang disediakan untuk berperang pada jalan Allah, maka makanannya, tahinya, lalu beliau sebut lagi bermacam-macam (semuanya ada kebaikannya). Adapun kuda yang disediakan untuk syaitan, itulah kuda yang disediakan untuk berjudi dan untuk pertaruhan. Adapun kuda yang disediakan untuk manusia, itulah kuda yang dipelihara manusia untuk dibiakkan, maka itu adalah untuk menutup diri dari kemiskinan.” (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Dalam konteks hari ini, permainan Polo dan equestrian sebagai satu riadah dibolehkan dalam Islam. Perlumbaan menunggang kuda juga dibolehkan jika sebagai satu pertandingan yang mana pemenangnya mendapat hadiah dari pihak ketiga bukan dari taruhan para pelumba. Yang haram ialah perbuatan bertaruh dan menikam oleh para penonton bagi menentukan kuda yang menang.

Oleh kerana perlumbaan kuda hari ini diwujudkan tidak lain kecuali untuk menarik taruhan dari masyarakat umum, maka secara umum perlumbaan kuda hari ini menjadi haram kerana tujuannya yang menyimpang. Ini sejajar dengan hadits yang dinyatakan di atas.
1.6 Punca Berlakunya Judi

Di antara punca-punca berlakunya gejala-gejala ini kerana: 

1) Lemahnya iman
Iman adalah satu kekuatan yang dapat menjaga manusia daripada melakukan perkara-perkara mungkar. Iman juga mengangkat manusia ke jalan kemuliaan. Allah s.w.t telah berfirman: "Siapa yang datang kepada Tuhannya dalam keadaan beriman dan sudah mengerjakan amal-amal soleh, maka baginya darjat yang mulia." (Taha: 75)

Seseorang yang tidak mahu beramal kepada ajaran Allah sangat buruk akhlaknya, dan akhlak yang buruk tanda lemahnya iman.

2) Kurang jati diri 

3) Kecetekan akal fikiran 

4) Bersikap sambil lewa terhadap hukum hakam yang telah disyariatkan oleh Allah.
                                                                                                 

1.7 Akibat Judi

Judi mempunyai kesan yang sangat buruk di dalam masyarakat. Diantara kesan judi adalah:

1) Penjudi akan selalu dibebani dengan hutang, hidup tidak tenang, banyak masa terbuang serta mengabaikan keluarga, dan juga bersikap tamak. Aktiviti judi yang sedia ada di negara kita terutama di kalangan yang berpendapatan rendah telah menyebabkan kebobrokan rumah tangga dan ramai terperangkap dengan hutang dengan meminjam melalui 'Ah Long' dan ceti haram.

2) Ianya boleh menjadi punca perpecahan di kalangan masyarakat. Sekiranya tidak dibendung, parasit ini akan terus membiak dan menjadi barah kepada generasi akan datang dan negara akan mempunyai sahsiah yang sangat buruk. Jika diamalkan, ia akan memberi kesan buruk terhadap diri sendiri, keluarga, masyarakat dan seterusnya kepada negara.

3) Perkara haram inilah yang menjadi punca penyakit dan perosak fikiran dan akhlak umat Islam masa kini. 

4) Ia juga meruntuhkan moral dan integriti sesebuah masyrakat. 

5) Judi juga boleh menyebabkan rasuah.
Dan rasuah juga memberi kesan yang sangat besar kepada masyarakat. Perasuah adalah mereka yang tidak berintegriti. System pemerintahan akan menjadi lemah kerana setiap kali berlakunya rasuah, pemerintah mungkin akan menggunakan wang hasil cukai rakyat dan manfaatnya akan digunakan untuk kepentingan para perasuah. Seterusnya menyebabkan pentadbiran sesebuah negeri dan negara akan menjadi kucar kacir dan menimbulkan masalah lain seperti masalah ekonomi, pengabaian terhadap masyarakat jika amalan rasuah terus berleluasa di perikat pimpinan negara. Begitulah kesan-kesan arak, judi dan rasuah terhadap masyarakat.

6) Bagi yang menang akan mengundang kebencian, kedua bagi yang kalah akan tertekan kerana kehilangan wang, ketiga tidak ada perkataan yang boleh digunakan untuk pembelaannya di mahkamah, keempat dia akan dijauhi oleh rakan dan keluarga, kelima dia akan susah untuk menemui jodoh kerana tiada yang mahu bersuamikan si penjudi dan keenam mencari kekayaan atas pertaruhan menyebabkan kesengsaraan kepada orang lain (yang kalah)'

1.8 Langkah Mengatasi Masalah Judi Mengikut Islam 

Bagaimanakah kita mahu mengatasi masalah ini? Kita sebagai masyarakat yang berfikiran waras patut memikirkan cara-cara yang yan berkesan untuk menangani penyakit yang melanda pada masa ini. Penyakit judi ini sangat merbahaya dan boleh mengancam negara dan seterusnya kita tidak lagi berada di landasan yang betul. Kita boleh mengikut contoh seperti yang digariskan oleh Hasan Al-Banna, sebagai "pembersihan" kepada gejala ini.

1) Yang pertama, mengislah peribadi. Seseorang insan perlulah mengislah peribadinya dahulu serta menyucikan hatinya. Individu itu perlulah memperkuatkan dirinya agar tidak mudah tertewas dengan pujukan syaitan dengan melakukan amal-amal yang dituntut Allah dan menjaga nafsunya. Kita sendiri hendaklah beramal dan membuat kebaikan, sebelum menyuruh orang lain. Kesedaran dan keinsafan itu mestilah datang dari diri sendiri, dan bukannya mengikut orang lain. 

Rasulullah S.a.w bersabda: " Janganlah ada seorang di antara kalian yang suka mengikut-ikut dan berkata: aku mengikuti orang lain, jika orang lain berbuat baik dan aku berbuat baik dan jika mereka berbuat buruk aku pun berbuat buruk. Akan tetapi hendaknya kalian dapat menempatkan diri kalian, apabila orang lain berbuat baik hendaklah kalian pun berbuat baik, tetapi apabila mereka berbuat buruk hendaklah kalian menjauhi perbuatan buruk mereka." (Hadith riwayat At-Tirmizi). 

Begitulah maksudnya, dengan berbuat baik dan menjauhi perbuatan mungka sesungguhnya kita dapat menyucikan diri kita dan mengislah diri kepada yang lebih baik. Jika kita apat membersihkan jiwa kita, kita tidak akan mudah terpengaruh dengan ketiga penyakit di atas. Kita juga hendaklah menjauhi rakan yang cuba mempengaruhi kita kearah yang tidak baik.

2) Kedua, mengislah keluarga. Selepas mengislah diri, kita hendaklah mengislah seluruh keluarga kita, agar berada di atas landasan Islam, dan menjauhi perkara-perkara yang dilarang oleh Islam. Pembentukan keluarga yang menamalkan seluruh prinsip Islam dan ajarannya dapat melahirkan generasi insan yang saleh wa musleh. Seterusnya mengislah masyarakat. Sebagai seorang mukmin, kita adalah bersaudara dengan mukmin yang lain. Jika seorang mukmin melihat kemungkaran yang dlakukan oleh saudaranya yang lain, mereka hendaklah sama-sama mebetulkan kesilapan tersebut. 

Jika saudaranya bertindak melampaui batasan, hendaklah dia segera menahannya. Mreka hendaklah saling tolong menolong agar tidak menganiayai diri sendiri dan juga saudaranya yang lain. Rasulullah s.a.w penah menegaskan: " Bantulah saudaramu, baik dia zalim mahupun mazlum (dizalimi). Seorang sahabat bertanya: "Apabila mazlum (dizalimi) aku membantunya, tetapi bagaimana membantunya jika dia zalim?" Rasulullah S.a.w menjelaskan: "Engkau harus menahannya dari membuat zalim, itulah cara membantunya." (Hadith Riwayat Bukhari).

3) Seterusnya membebaskan negara dan mengislah kerajaan. Ketika hendak memilih memimpin, pilihlah pemimpin yang boleh memimpin negara mengikut ajaran Islam yang betul, dan membebaskan negara dari unsur-unsur yang boleh menghancurkan umat. Penyakit judi dan rasuah sangat membahayakan umat. Para pemimpin negara di peringkat tertinggi perlulah mengislah diri mereka terlebih dahulu daripada gejala ini, kerana sikap pepimpin yang baik akan dicontohi oleh masyarakat. Sesungguhnya judi dan rasuah adalah parasit yang boleh membunuh jiwa umat Islam. Dosanya pula sangat besar di sisi Allah.

1.9 Kesimpulan


Islam adalah agama yang sejajar dengan fitrah manusia. Oleh itu, Islam mengharuskan hiburan dan pelbagai permainan. Mengikut prinsip hukum Islam, apa jua hiburan dan permainan adalah halal kecuali ada dalil yang menjadikannya haram.
Atas dasar ini, pada hakikatnya terdapat pelbagai hiburan dan permainan yang manusia boleh menceburinya dibandingkan apa yang tidak dibenarkan. Oleh itu, adalah satu kesilapan untuk mentohmah Islam sebagai satu agama yang sempit dan jumud kerana sikap tegasnya terhadap judi.
Islam melarang judi kerana ia menjadikan manusia menggantungkan harapannya kepada nasib, keuntungan yang tiba-tiba serta cita-cita kosong bukan kepada pekerjaan dan usaha melalui sebab musabab yang ditentukan oleh Allah taala.

0 comments:

Post a Comment