"Apabila seseorang dari kamu bangun dari tidurnya, hendaklah dia menyedut dan menghembus rongga khaisyummnya dengan air sebanyak tiga kali kerana sesungguhnya syaitan sememangnya melepak di dalam rongga khaisyum tersebut." (HR. Bukhari dan Muslim)
Berdasarkan kepada hadith Nabi SAW ini, jelas menunjukkan bahawa syaitan suka berada atau melepak di dalam rongga khaisyum. Khaisyum bermaksud rongga hidung. Mengapa syaitan suka lepak dalam rongga hidung kerana rongga hidung kita merupakan filter (penyaring) kepada kotoran-kotoran seperti debu-debu dan kadangkala kotoran ini akan terelepas masuk ke dalam rongga hidung, jadi syaitan amat suka tempat yang ada kotoran seperti ini. Maka sebab itulah kita disuruh oleh Nabi SAW untuk membersihkannya terutama selepas bangun tidur.
Dalam ilmu perubatan, hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong. Selsema akan terjadi apabila proses pembuangan toksin berlaku di bahagian kerongkong dan kebiasaannya suhu badan akan meningkat kerana badan mengandungi asid yang berlebihan. Selain itu, hidung juga akan menjadi sebu kerana paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
Ilmu yang diajarkan oleh Rasulullah SAW seperti yang disebut dalam hadith ini, bukan sahaja dapat menyahkan syaitan yang suka melepak dalam rongga hidung kita, malah dapat menjaga kesihatan fizikal tubuh badan kita seperti hidung, paru-paru dan kerongkong.
0 comments:
Post a Comment