Pada sebuah pertemuan antara Menteri Teknologi Sedunia di Langkawi. Menteri Jepun, Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia sedang ‘mengeteh’.
Menteri Jepun : Kalau anda ke Jepun, anda gali tanah kami, baru saja sampai 7 meter, anda akan temukan banyak chip, rangka-rangka besi, papan sirkit elektronik dan lain-lain. Ini menunjukkan bahawa sejak zaman nenek moyang, kami bangsa Jepun sudah mengenal teknologi robot.
Menteri AS : Kalau anda ke Amerika, anda gali tanah kami, baru saja sampai 3 meter, anda akan temukan jejak-jejak radioaktif. Ini adalah petanda bahawa sejak zaman dahulu kala, kami bangsa Amerika sudah mengenal teknologi nuklear.
Menteri Malaysia : Oleh kerana tuan-tuan sedang di Malaysia, saya persilakan tuan-tuan untuk menggali di sini biar tahu ada apa di bawah tanah kami.
(Dipanggillah 2 orang tukang untuk segera menggali tanah. Setelah kedalaman 70 meter, ke-2 tukang naik ke atas lagi)
Menteri Malaysia : Apa korang jumpa ?
Tukang gali : Tidak ada apa-apa
Menteri Malaysia : Ada KABEL TELEFON tak di bawah sana ?
Tukang gali : Takde Dato’..
Menteri Malaysia : (sambil ‘menjeling kerek’ ke menteri Jepun dan Amerika) Itulah petanda bahawa kami bangsa Malaysia, sejak zaman purbakala, sudah mengenal teknologi WIRELESS
Monday, June 20, 2011
sendi sendi manusia...
Dr. Hamid Ahmad Hamid dalam bukunya “The Journey of Faith Inside The Human Body”, mengisahkan terdapatnya 360 sendi pada tubuh manusia seperti yang disabdakan oleh Nabi S.A.W. 1400 tahun yang lalu, iaitu seperti berikut:
147 sendi di tulang belakang
25 sendi antara tulang belakang
72 sendi antara tulang dan tulang rusuk
50 sendi antara tulang bahagian luqaimat (lumbar)
24 sendi di dada
2 sendi antara tulang sternum dan sangkar torasik
18 sendi antara tulang dada dan tulang rusuk
2 sendi antara klavikula dan skapula (tulang belikat)
2 sendi antara skapula dan dada
86 sendi di hujung teratas
2 sendi antara tulang skapula
6 sambungan antara siku
8 sendi antara pergelangan tangan
70 sendi antara tulang tangan
92 sendi di hujung terbawah
2 sendi pinggul
6 sendi antara tulang lutut
6 sambungan antara pergelangan kaki
74 sendi antara tulang kaki
11 sendi di pelvis
4 sendi antara vertebra tulang ekor (coccyx)
6 sendi antara tulang acetabulm
1 sendi simphisis kemaluan
Jumlah sendi 360
‘Aisyah RA meriwayatkan bahawasanya Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Setiap manusia telah diciptakan dengannya tiga ratus enam puluh sendi. Oleh itu, sesiapa yang mengagungkan Allah, bersyukur kepada-Nya, bertahlil, memuji Allah, dan mencari pengampunan dari Allah, dan mengalih batu, atau duri, atau tulang dari laluan orang ramai, dan mengajak kepada kebajikan dan melarang daripada kejahatan, dengan sendinya tiga ratus enam puluh, ia akan berjalan pada hari akhirat dengan mengeluarkan dirinya dari neraka.”
[HR Muslim]
Sunday, June 19, 2011
Pengalaman menjadi fasalitator di SK Sri Perdana,Alor Star....
Baru sekarang aku tahu tugas mendidik ni bukan la tugas yg senang.kalau dulu dok tengok cikgu,ustaz n ustazah dok tempit dalam kelas,baru sekarang aku rasa cm na susahnya menjadi seorang guru....papa pon tabik spring kat cikgu2 kat seluruh dunia... :-)
![]() |
| 1) time ni depa dok dapat penerangan tentang program depa la...2 pon hingaq xkira dunya |
![]() |
| 2) time waktu maghrib,kami suma kena conduct...harap darjah enam saja..sembahyang dok men pijak2 kaki |
![]() |
| 3) yang dok tunjuk best 2 la aku,time ni dok taaruf sorang2 fasi...boleh dok merapu dengan depa |
![]() |
| 4) ni time LDK lepas subuh....first time interaksi dengan budak2..nasib bek depa dengaq cakap kalua x,lempangan maut nanti mai la...huhuhu |
![]() |
| 5) yang ni cikgu besaq depa.... |
MARAH...Apabila kita marah...sebenarnya kepada siapa kita maraH? Adakah kita marah kpd diri sendiri? kepada org yg berada di hadapan kita? atau kpd org yg tidak ada kena mengena dng kita?
Sebenarnya.. apabila seseorg itu marah... dia sebenarnya memarahi Allah SWT yg menghidupkannya, yang menentukan nasibnya, dan yg mengatur kehidupannya.
Apa tidaknya?... Allah SWT lah yg menjadikan segala-galanya....samada nasib baik atau nasib buruk yg menimpanya...
Analogi mudahnya seperti cerita seorang suami bersama isterinya.
Suatu hari, seorg suami ini membeli sebiji tembikai untuk dinikmati bersama dng isterinya. Apabila sampai di rumah, isterinya menymbutnya dng riang, dan diambilnya tembikai tersebut, dibelah dan dihidangkan untuk dinikmati bersama. selepas membaca doa... si isteri terus menjamahnya dng berselera.... seketika...mukanya masam, dahinya berkedut seribu, mulutnya mula mengeluarkan bunyi sesuatu.... "haram bejadah.... buah tembikai tawar... tak guna... potong selera aku je..."
Si suami dng tenang berkata: "isteriku !!!! mengapa ayang marah? marahkan buah tembikai yg tawar? Ayang marahkan siapa? marahkan abang? marahkan penjual? marahkan pekebun? atau siapa?
Sebenarnya, tadi abg berusaha mencari buah yg terbaik, manis, air yg banyak dan gred satu untuk kita .... abg x bersalah, penjual tadi juga berusaha mencari, meneliti dan menggunakan pengalaman yg ada utk mendptkan buah yg paling baik utk abg... mn ada penjual hendak menjualkan buah yg x manis utk pelanggan tetapnya ... rasanya dia juga tidak bersalah....... pekebun juga telah berusaha bersungguh2, membajai tanaman, menyiramnya, meracun serangga yg mengganggunya, untuk menghasilkan buah yg terbaik kepada kita... rasanya dia x bersalah... SEMUA MEREKA MENGGUNAKAN ILMU, KEPAKARAN, DAN PENGALAMAN utk menghasilkan buah yg terbaik. tapi buah tembikai itu tetap tawar...
Siapa yg harus dimarahi di sini.. Adakah ayang memarahi Allah yg menjadikan buah itu tawar ???????????
SIAPAKAH KITA UNTUK MEMARAHI YG MAHA KUASA, YANG MAHA EMPUNYA SEKELIAN ALAM, YANG MENGHIDUP DAN MEMATIKAN.... SIAPA KITA ??
mendengar kata2 si suami... si isteri membisu... mulutnya berkumit2 beristighfar kpd Allah...
MORALNYA:
Kita hamba... nilai kehambaan itu ialah bersyukur dng rezeki yg dikurniakan Allah... yakinlah dng hikmah Allah di sebalik setiap kejadian...Terimalah ketentuan ilahi itu dng hati terbuka ... ingatlah Firman Allah
Allah berfirman:
وَعَسَى أَن تَكْرَهُواْ شَيْئاً وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ وَعَسَى أَن تُحِبُّواْ شَيْئاً وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ وَاللّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ }البقرة216
maksudnya: "dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." al-Baqarah 216.
Allah A'lam
HUKUM LELAKI MEMAKAI GELANG
Ustaz Azhar Idrus: HUKUM LELAKI MEMAKAI GELANG
Fenomena pemakaian gelang, subang dan rantai leher bagi kaum lelaki di kalangan masyarakat kita sememangnya tidak dinafikan sehingga bermacam-macam jenis gelang, subang & rantai yang dipakai, sama ada ia daripada emas, perak, besi, tembaga, kayu, getah atau benang. Kalau gelang itu terdiri daripada besi atau terdiri daripada jenis logam tertentu ia biasanya dikaitkan dengan tujuan perubatan. Walau bagaimanapun ia mempunyai hukum tersendiri.
Pemakai-pemakai gelang, subang & rantai tersebut tidak mengira sama ada ia daripada golongan remaja, orang muda mahupun orang tua. Perkara pemakaian gelang, subang & rantai bagi kaum lelaki ini pada dasarnya tidak selari dengan apa yang telah ditetapkan dalam hukum syara‘. Seringkali kita melihat zaman sekarang tak kiralah tua muda yang kecik besar kadang-kadang baby lelaki pon dah pakai gelang dan rantai silver. Biasalah kan terikut peredaran zaman kononnya pakai gelang ni Nampak kiut n macho tapi apakah hukumnya..
Hukum lelaki memakai gelang
Kaum lelaki haram memakai gelang sekalipun bukan diperbuat daripada emas, sama ada ianya diperbuat daripada perak, besi, tembaga, kayu atau sebagainya. Ini kerana gelang itu adalah perhiasan yang khusus bagi kaum perempuan, seperti juga rantai atau subang.
Oleh yang demikian lelaki yang memakai gelang itu adalah perbuatan menyerupai perempuan. Hukum lelaki menyerupai perempuan adalah haram dan berdosa besar. Ini kerana Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam melaknat lelaki menyerupai perempuan dan perempuan menyerupai lelaki sebagaimana hadits daripada Ibnu ‘Abbas Radhiyallahu ‘anhuma, katanya: Maksudnya: “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam melaknat orang-orang lelaki yang menyerupai perempuan dan orang-orang perempuan yang menyerupai lelaki.” (Hadis riwayat al-Bukhari)
Hadits di atas jelas menunjukkan bahawa Rasullullah Shallallahu àlaihi wasallam melaknat lelaki menyerupai perempuan dan perempuan menyerupai lelaki. Laknat bermaksud jauh dari rahmat, taufiq dan hidayat Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Berdasarkan hadits tersebut, Imam Ibnu Hajar al-Haitami Rahimahullah berkata: “Sesungguhnya haram (orang lelaki) menyerupai mereka (orang perempuan antaranya ialah) dengan memakai perhiasan yang khusus bagi mereka lagi yang lazim menjadi hak mereka seperti memakai gelang tangan, gelang kaki dan seumpama keduanya.”
Syeikh al-Islam Zakariyya al-Anshari Rahimahullah pula berkata: “Dan daripada apa yang haram ialah gelang tangan dan gelang kaki untuk dipakai oleh orang lelaki dan orang khuntsa (orang yang mempunyai dua jantina).” Maka jelaslah bahawa kaum lelaki haram memakai gelang kerana ia adalah perhiasan yang khusus bagi kaum perempuan. Akan tetapi, bagaimana pula dalam situasi tertentu seperti memakai gelang ketika majlis perkahwinan atau memakainya kerana tujuan perubatan?
Lelaki memakai gelang ketika Majlis Persandingan
Memakai gelang hukumnya adalah haram walaupun dipakai untuk majlis persandingan atau perkahwinan. Haram bagi pengantin lelaki memakai aksesori baju pengantin seperti gelang dan rantai walaupun ia bukan daripada emas. Perbuatan sedemikian bukan sahaja menyerupai perempuan bahkan ia tidak layak dengan keperkasaan seorang lelaki sepertimana yang dikatakan oleh Syeikh al-Islam Zakariyya al- Anshari Rahimahullahu Ta‘ala: “Dan bagi kaum lelaki (dibolehkan) memakai cincin perak kerana mengikut sunnah dan ijma‘ (keharusannya), bahkan disunatkan bagi kaum lelaki (memakai cincin perak), bukan memakai gelang dan yang seumpamannya seperti dumluj (gelang yang dipakai di antara siku dengan bahu) dan kalung (rantai). Tidak halal bagi kaum lelaki (memakainya) sekalipun daripadam perak, kerana padanya ciri kewanitaan yang tidak layak dengan keperkasaan (kelakian) orang-orang lelaki.” Oleh itu jelaslah memakai gelang ketika majlis persandingan juga
tidak dibolehkan dan hukumnya haram.
Lelaki memakai gelang kerana tujuan perubatan
Adapun memakai gelang dengan tujuan semata-mata berubat dan ia memang betul-betul ubat, maka tiadalah mengapa kerana ada keperluan dan hajat. Dalam perkara ini, ia boleh dilihat sebagai satu keuzuran sebagaimana persoalan orang lelaki dibolehkan memakai inai kerana keuzuran. Sehubungan dengan ini Imam ar-Ramli Rahimahullah berkata: “Maka haram berinai ke atas keduanya (orang lelaki dan khuntsa (orang yang mempunyai dua jantina) kecuali kerana ada keuzuran.” Imam Asy-Syibramalissi Rahimahullah pula menjelaskan, skop pengecualian yang dikatakan oleh imam Ramli Rahimahullah di atas ialah apabila tidak ada selain inai yang dapat menggantikannya untuk dijadikan ubat. Jelaslah hukum asal memakai gelang adalah tetap haram ke atas
lelaki kecuali ada keuzuran seperti tidak ada ubat lain yang boleh menggantikan gelang tersebut sebagai ubat untuk mengubati penyakit. Dalam makna tanpa ada keuzuran, ia tetap haram dan dilarang memakainya bagi lelaki dan khuntsa.
Apa yang penting ialah hendaklah memakai gelang itu dengan niat tujuan perubatan semata-mata dan ia memang betul-betul ubat, bukan dengan niat untuk bermegah-megah atau bergaya, maka yang demikian itu adalah haram. Apatah lagi dengan niat untuk bergaya semata-mata.
Kesan kaum lelaki memakai gelang, subang & rantai.
Sebagaimana yang dijelaskan, lelaki yang memakai gelang, subang & rantai adalah perbuatan menyerupai perempuan dan perbuatan menyerupai perempuan itu adalah perbuatan dosa besar. Orang yang seperti ini boleh dicap sebagai fasiq. Orang yang fasiq itu adalah orang yang melakukan dosa-dosa besar atau berterusan melakukan dosa-dosa kecil. Oleh yang demikian, lelaki yang memakai gelang akan memberi kesan terhadap kelayakannya untuk menjadi seorang saksi dan wali nikah. Kesaksiannya tidak akan diterima, begitu juga tidak sah dia menjadi wali nikah selagi tidak bertaubat dan menyesali perbuatannya. Sebab, salah satu daripada syarat saksi dan wali nikah itu hendaklah mempunyai sifat al-‘adalah iaitu tidak fasiq.
Oleh yang demikian, elakkan memakai gelang, subang & rantai sekalipun bagi tujuan berubat, kerana dalam tujuan berubat itu ditakuti tidak dapat memenuhi tuntutan maksud keuzuran yang dikehendaki itu.
AWAS ! JANGAN MENGADAP KOMPUTER LEBIH DARI 5 JAM SEHARI ?
Awas, Jangan Menghadap komputer Lebih 5 Jam Sehari. Mengapa? Baca!
DCM pernah menyiarkan sebuah artikel berkaitan dengan hal ini beberapa bulan yang lalu.
Kali ini sebuah portal menyiarkan dapatan kajian yang mendakwa seseorang yang menghabiskan waktu lebih daripada 5 jam sehari di depan komputer akan menhgadapi masalah jantung dan menyebabkan mereka mati lebih awal. Punca utamanyanya ialah posisi duduk, terutamanya duduk bersandar, yang merupakan posisi umum ketika seseorang sedang bekerja menghadap komputer, bermain permainan video/komputer, ataupun ketika menonton televisyen.
Kajian tersebut dijalankan oleh Emmanuel Stamatakis dari University College London, Britain. Beliau melakukan penelitian terhadap lebih daripada 4.500 orang respondan yang berusia 35 tahun ke atas dan hasilnya diterbitkankan di Journal of the American College of Cardiology. Kajian ini menambah bukti-bukti yang terus terkumpul berkaitan risiko dan bahaya duduk dalam jangka masa yang lama.
“Orang yang menghabiskan waktu lebih daripada 4 jam berturut-turut sehari di depan komputer/televisyen memiliki peluang 125 peratus lebih tinggi mati akibat penyakit jantung berbanding dengan mereka yang hanya menghabiskan waktu kurang daripada 2 jam di depan komputer/televisyen,” kata Stamatakis, seperti yang disiarkan dalam Examiner, 20 April 2011.
Kajian juga mendapati posisi duduk menyebabkan penurunan 90 peratus lipoprotein lipase dan enzim jantung yang sihat. Pembengkakan dan masalah metabolisme yang disebabkan oleh ketidakatifan dalam waktu panjang juga menjadi sumber permasalahan.
Antara solusi yang dicadangkan bagi mereka yang terpaksa bekerja di depan komputer sepanjang hari, “Anda harus bangun setiap 20 minit dan berjalan kaki sejenak. Pergerakan itu akan mengurangkan masalah-masalah yang timbul daripada duduk yang lama dan mungkin akan meningkatkan peluang anda untuk hidup lebih lama” kata Stamatakis.
Saturday, June 18, 2011
Kelebihan Solat Tahajud
Tunaikan sembahyang pada malam hari dijanjikan kedudukan terpuji di akhirat
AMALAN solat sunat yang paling utama di sisi Islam adalah solat tahajud seperti sabda Nabi SAW: “Puasa paling utama selepas puasa Ramadan adalah puasa (sunat) pada bulan Allah, iaitu Muharam, sedangkan solat paling utama selepas solat wajib adalah solat malam (tahajud).” Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Sahihnya, Nombor 1163.
Namun begitu hanya segelintir umat Islam pada masa kini yang prihatin dan mengambil peduli berkaitan pelaksanaan ibadat solat tahajud ini. Majoriti umat Islam lebih memilih untuk tidur.
Tahajud terbentuk daripada kata dasar hajada bererti tidur dan tahajjada bererti berjaga. Jika seseorang berkata: Tahajjadtu bermaksud saya membuang jauh perasaan ingin tidur dari diri saya. Al-Hafiz Ibn Hajar al-’Asqalani r.h berkata: “Imam al-Tobari menyatakan tahajjud berjaga selepas tidur terlebih dulu.
Menurut Ibn Faris: Al-Mutahajjid bermaksud orang yang solat pada malam hari. Menurut al-Kurra’ pula, tahajjud adalah solat malam secara khusus.” � Rujuk kitab al-Hafiz Ibn Hajar al-’Asqalani, Fathul Baari, jilid 6, ms. 203
Oleh itu, solat tahajud adalah solat sunat yang dikerjakan pada waktu malam, iaitu selepas mengerjakan solat Isyak dan sebelum masuk waktu solat Subuh. Namun, waktu paling utama dilaksanakan solat tahajud adalah satu pertiga malam terakhir iaitu bermula jam 3 pagi hingga masuk waktu Subuh.
Dalil disyariatkan solat tahajud ini adalah sebagaimana firman Allah SWT: “Dan bangunlah pada sebahagian dari malam serta kerjakanlah solat tahajud pada waktu itu sebagai solat tambahan bagimu semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkan kamu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.” (Surah al-Israa’: 79)
Abu Ubaidah menyatakan di dalam Kitab al-Majaz: “Maksud firman Allah kerjakanlah solat tahajud pada waktu itu ialah berjagalah pada malam hari untuk melakukan solat.” � Rujuk kitab al-Hafiz Ibn Hajar al-’Asqalani, Fathul Baari, jilid 6, ms. 202
Dalil solat tahajud lebih utama dilakukan satu pertiga malam terakhir berdasarkan sabda Rasulullah SAW: “Rabb kita Tabaraka wa Ta’ala turun pada setiap malam ke langit dunia ketika masih ada baki satu pertiga malam yang akhir.
Allah berfirman: Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, pasti Aku akan memakbulkannya, sesiapa yang meminta kepada-Ku pasti Aku akan memberinya dan sesiapa yang memohon ampun kepada-Ku pasti Aku akan mengampuninya.”
Ternyata ibadat di dalamnya ada doa, permintaan dan permohonan ampun adalah solat.
Rasulullah SAW seorang insan dijamin Allah akan masuk syurga. Baginda juga sebaik-baik manusia, malah digelar sayyid al-Mursalin, iaitu penghulu segala Rasul. Baginda insan maksum dan bebas daripada sebarang bentuk dosa.
Walaupun dengan kedudukan sedemikian, Baginda tetap bersungguh-sungguh mengerjakan solat tahajud sehingga pecah tumit kakinya. Isterinya Aisyah r.a melihat sendiri kesungguhan luar biasa Baginda ini dan beliau hairan kenapa Rasulullah masih ingin bersusah payah melakukan ibadat itu sedangkan dia seorang yang dijamin syurga.
Kisah ini disampaikan Aisyah r.a sendiri dalam sebuah hadis: Sesungguhnya Nabi SAW mengerjakan solat malam hingga kedua tapak kakinya merekah. Aisyah berkata kepada Baginda: Mengapa engkau melakukan hal ini wahai Rasulullah, pada hal Allah mengampuni dosamu yang lalu dan yang akan datang? Baginda bersabda: Apakah aku tidak ingin menjadi hamba yang sangat bersyukur?” � Hadis riwayat al-Bukhari.
Justeru, selepas dibandingkan amalan Rasulullah SAW ini dengan diri kita yang sentiasa bergelumang dengan dosa, mengapa kita tidak mahu bersungguh-sungguh melaksanakan solat tahajud? Adakah kita menganggap diri kita setanding atau lebih baik daripada Rasulullah SAW?
Allah mengurniakan pelbagai keutamaan besar bagi mereka yang melaksanakan solat tahajud. Mereka mengerjakan ibadat pada malam hari akan dikurniakan kedudukan terpuji di sisi Allah di akhirat kelak yakni menjadi ahli syurga.
Sumber: http://www.bharian.com.my
Subscribe to:
Posts (Atom)













